Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Viva Dirempuh Lamborghini Dapat Ganti Myvi
Auto Terkini

Pemandu Viva Dirempuh Lamborghini Dapat Ganti Myvi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJADIAN seperti ini sangat jarang berlaku dan memang patut dihebohkan. Apa yang terjadi mengingatkan kita bahawa masih ramai lagi warga Malaysia yang baik hati, bertimbang rasa dan rasional.

Kisahnya begini, seorang pemilik Lamborghini yang terbabit kemalangan dengan sebuah Perodua Viva dipandu seorang ibu tunggal, memutuskan tidak menuntut sebarang ganti rugi akibat kerugian dialaminya. Sebaliknya, dia ‘menghadiahkan’ pula Myvi terpakai kepada pemilik model kompak tempatan itu.

BACA >>> #RetroAuto: Daihatsu Charade (2006) – Perodua Viva Versi UK, Siap Varian 3 Pintu!

Apa dilakukan Thomas Heng, 40, memang layak dipuji apabila tindakannya itu ditularkan rakannya, Azman Nor menerusi Facebook, tiga hari lalu.

Heng sebenarnya bukan pemandu Lamborghini tersebut ketika kemalangan berlaku, tetapi keretanya itu dipandu seorang rakan perniaaannya yang mahu keluar beli barang keperluan.

Ketika di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor, rakannya itu dikatakan tidak sempat mengelak sebuah Viva di depan yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan sebarang isyarat. Akibat kemalangan tersebut, Lamborghini miliknya remuk sekitar bahagian depan kanan, manakala Viva dipandu wanita itu rosak teruk, yang diklasifikasikan sebagai ‘total lost’ (musnah).

Heng berkata, kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan, dan kedua-dua pihak terlibat sudah buat repot polis untuk proses tuntutan insurans. Cuma tuntutan untuk kereta ‘total lost’ biasanya akan mengambil masa sedikit lama, dan jumlah diinsuranskan pula sangat rendah.

BACA>>>#BikinKereta: Mekap Lamborghini Aventador SV Gaya Chris Brown

Pemilik kedai ‘wrapping’ itu berkata, simpati dan prihatin dengan kesulitan dialami wanita berkenaan, dia bermurah hati menghadiahkan sebuah kereta terpakai sebagai ganti apabila mengetahui wanita itu ibu tunggal dan ada tiga anak.

“Hati saya tersentuh bimbang dia terputus sumber rezeki, jadi saya belikan Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan yang dijual menerusi dalam talian. Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada memudahkan urusan dan mengurangkan beban dialaminya,” katanya.

Kata Heng lagi, bagi menjamin ketelusan, mereka membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan.

“Dalam perjanjian itu, saya rela hati beli kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita tersebut. Malah, saya tidak akan menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kemusnahan Viva tersebut dan akan jadi hak wanita itu sepenuhnya untuk kegunaan dan keperluannya,” katanya.

“Proses penukaran hak milik kereta akan diuruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bagi membantunya mempromosikan perniagaan atas talian, saya hantar Myvi itu untuk proses rekabentuk iklan,” kata Heng yang merancang menyerahkan Myvi berkenaan Isnin ini.

BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

SUMBER: BHarian| FBAzmanNor

Auto Terkini kemalangan Lamborghini Myvi Perodua Perodua Myvi Perodua Viva Viva Dilanggar Lamborghini
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.