Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

Han OthmanBy Han Othman01/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Saktygaanapathy Ravichandran hadapi hukuman bunuh kerana memandu mabuk hingga menyebahkan kematian.

KES pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat kini memasuki fasa lebih serius apabila pertuduhan dipinda kepada bunuh di bawah Kanun Keseksaan.

Tertuduh, Saktygaanapathy Ravichandran, 28, didakwa menyebabkan kematian Amirul Hafiz Omar, 33, dalam insiden kira-kira jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.

Daripada Kes Trafik ke Kes Bunuh

Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut

Kes yang sebelum ini disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kini dinaik taraf kepada Seksyen 302 , satu langkah luar biasa yang mencerminkan ketegasan pihak berkuasa terhadap kes pemanduan melulu sehingga menyebabkan kematian.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan:

  • Hukuman mati, atau
  • Penjara minimum 30 tahun hingga maksimum 40 tahun, serta sebatan (jika tidak dihukum mati)

Tiada pengakuan direkodkan setakat ini kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Turut Mengaku Bersalah Kes Dadah

Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut di Klang
Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut di Klang

Dalam prosiding sama, tertuduh turut berdepan pertuduhan berasingan berkaitan penggunaan dadah jenis benzo dan THC.

Bagi kesalahan itu, beliau mengaku bersalah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Signal Paling Keras Setakat Ini

Pendakwaan di bawah Seksyen 302 itu jelas memberi mesej besar, kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian bukan lagi dilihat sekadar kemalangan jalan raya, tetapi boleh dianggap jenayah berat setaraf bunuh.

SUMBER | FOTO: AstroAwani

Auto Terkini kemalangan jalan raya Memandu Mabuk Pemandu Mabuk Klang Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Saktygaanapathy Ravichandran Seksyen 302
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.