Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
Auto Terkini

Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize26/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS tular klip video di media sosial, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V merah akhirnya disaman polis kerana memandu cuai hingga menyebabkan kemalangan di Jalan 21/37, Petaling Jaya, 3 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan klip video 2 minit 9 saat tular itu, pemandu SUV tersebut didapati melanggar penunggang motosikal jenis Yamaha sekitar jam 7.10 pagi.

Kita menerima laporan daripada kedua-dua pihak terlibat dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Tindakan saman sudah dikeluarkan ke atas pemandu SUV terbabit atas kesalahan gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin juga mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang insiden kemalangan.

Kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya.

Baru-baru ini, satu lagi klip video kamera pemuka lain (lihat atas) tular di media sosial yang menunjukkan pemandu HR-V merah  sama dikesan melakukan provokasi terhadap kenderaan lain yang cuba memasuki simpang dengan sengaja berhenti beberapa kali di tengah jalan untuk menghalang laluan.

BACA >>> Pernah Langgar Lari Motosikal, Pemandu HR-V Samseng Buat Hal Lagi!
BACA >>> Polis Temerloh Sita 51 Motor, Keluar 251 Saman dalam Op Samseng Jalanan

SUMBER: Kosmo

Auto Terkini Honda HR-V jalan raya Langgar Lari motosikal Pemandu HR-V Merah Tular Pemandu HR-V Samseng Samseng
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.