Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu GrabCar, Uber dan Teksi Persendirian Bakal Ada Insurans
Auto Terkini

Pemandu GrabCar, Uber dan Teksi Persendirian Bakal Ada Insurans

Han OthmanBy Han Othman06/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://www.todayonline.com/sites/default/files/styles/photo_gallery_image_lightbox/public/photos/43_images/25402105.jpg?itok=7pXRJk84
BERMULA 1 Jun 2017, semua pemandu teksi bekerja sendiri, termasuk pemandu GrabCar dan Uber akan dilindungi di bawah Skim Kecederaan Pekerjaan (EIS), sama seperti pekerja lain di bawah skim Perkhidmatan Kontrak, menurut laporan TheSun, tadi.

Semua pemandu yang bekerja sendiri itu akan menyumbang pada kadar 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan yang diinsuranskan.

Perlindungan insurans itu bakal memberikan manfaat kepada lebih 73,000 pemandu teksi bekerja sendiri atau persendirian dan 35,000 pemandu GrabCar dan Uber aktif.

Sebelum ini, pemandu teksi persendirian perlu memberi polisi insurans mereka sendiri.

WAJIB DAFTAR PERKESO

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau Socso, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memberitahu TheSun, sebaik saja dilaksanakan, semua pemandu teksi persendirian akan diwajibkan mendaftar dengan Perkeso di bawah skim tersebut.

“Julat bayaran sumbangan tahunan adalah daripada RM157.20 (RM13.10 sebulan) hingga RM592.80 ( RM49.40 sebulan),” katanya.

Menurut Mohammed Azman, lanjutan perlindungan Perkeso di bawah skim untuk bekerja sendiri bermula dengan pemandu teksi persendirian dan individu yang menawarkan perkhidmatan sama dalam negara ini.

“Menteri Sumber Manusia sudah bersetuju untuk memasukkan pemandu GrabCar dan Uber di bawah skim ini,” kata Mohammed Azman.

“Pemandu teksi persendirian yang terdedah kepada kemalangan atau penyakit pekerjaan akan dilindungi di bawah EIS dan tanggungan mereka akan ada perlindungan Perkeso jika berlaku kematian,” katanya.

ELAUN PERAWAT-TETAP JIKA HILANG UPAYA

https://mybajet.my/wp-content/uploads/2013/03/socso.jpg
Mohammed Azman berkata lagi, perubatan, hilang upaya kekal atau sementara, pengebumian dan manfaat tanggungan (pencen) adalah antara perlindungan yang diberikan di bawah skim tersebut bagi pemandu teksi persendirian.

Manfaat lain termasuk elaun perawat-tetap, pinjaman pendidikan, fasiliti pemulihan fizikal dan vokasional, dan Program Kembali Bekerja.

Elaun perawat-tetap adalah sesuatu yang berbeza dan tambahan yang diberikan Perkeso.

“Apabila pekerja 100 peratus atau hilang upaya kekal akibat kecederaan ketika bekerja, mereka akan bergantung kepada penjaga sama ada isteri, ibu atau pengasuh. Elaun perawat-tetap akan diberikan kepada penjaga itu,”

– Ketua Eksekutif Perkeso, Mohammed Azman Aziz Mohammed

EIS akan menjadi enakmen baharu dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Persendirian 2017.

PERUNTUKAN RM60 BILION

https://media.licdn.com/mpr/mpr/AAEAAQAAAAAAAAQnAAAAJGY1NjJkNTJmLTgzMWYtNDEyYy1iNDFlLTEwMzJmYjkyZmEzMQ.jpg
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richarf Riot Jaem dijangka membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat dalam sidang yang dijadualkan pada 6 Mac – 6 April.

“Akta tersebut akan membolehkan Perkeso mentadbir skim tersebut untuk pemandu teksi persendirian,” kata Mohammed Azman.

Tempoh tangguh dua bulan akan diberikan kepada pemandu teksi untuk mendaftar dengan Perkeso selepas RUU itu diluluskan Parlimen.

“Pegawai penguatkuasa Perkeso akan turun padang untuk bertemu pemandu teksi dan golongan yang terbabit untuk memaklumkan kepada mereka tentang skim tersebut dan mendaftarkan mereka,” katanya.

Peruntukan RM60 bilion diumumkan di bawah Bajet 2016 untuk mengimplementasikan skim tersebut untuk pemandu teksi persendirian dengan pendapatan bulanan hingga RM3,000.

Perlindungan untuk pekerja persendirian adalah berdasarkan prinsip keadilan sosial sejagat di bawah Artikel 23 Hak Asasi Manusia (Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948) dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa C102 Keselamatan Sosial (Standard Minimum) 1952 dan R202 Rekomendasi Lantai Perlindungan Keselamatan Sosial 2012.

SUMBER: TheSun

Auto Terkini GrabCar Perkeso Socso teksi persendirian Uber
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

05/06/2026
Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
Auto Terkini

Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.