Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelumba Selebriti NASCAR, Danica Patrick Mengaku Tidak Pandu Lambo Sebab Tiada Pemegang Cawan
Auto Terkini

Pelumba Selebriti NASCAR, Danica Patrick Mengaku Tidak Pandu Lambo Sebab Tiada Pemegang Cawan

Han OthmanBy Han Othman14/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI mengganggap jika seseorang itu terbabit secara profesional dalam sesuatu bidang, misalnya sukan permotoran, bermakna dia juga akan ‘gila’ dan serba tahu tentang dunia yang diceburi itu. Tetapi anggapan itu tidak sepenuhnya benar.

Contoh paling mudah ialah pelumba dan selebriti sukan lumba NASCAR, Danica Patrick, 35, seperti ditemubual The Street mengakui dirinya bukanlah ‘minah kereta’ (“just not a car person”) seperti difikirkan ramai orang. Menurutnya, dia langsung tidak pernah membeli kereta rare, membaiki kereta, bercakap tentang kereta atau apa saja mengenai kereta seperti yang dilakukan ramai pelumba lain.

BACA >>> Pelumba NASCAR Hilang Tajaan Subway, Dikesan Edar Dunkin’ Donut

TIDAK SELESA PANDU LAMBO

Pengakuan itu agak mengejutkan kerana Danica adalah antara pelumba NASCAR aktif, dan juga pemenang perlumbaan IndyCar. Namun realitinya, memang ada saja ramai pelumba profesional di luar sana selain Danica yang bukan gila kereta seperti disangka.

Danica berkata lagi, dia kini memandu Ford Expedition (SUV saiz penuh), yang bukan milik sendiri, tetapi sebuah kereta syarikat menerusi Ford. Satu-satunya kereta miliknya ialah Lamborghini Gallardo yang hanya disimpan dalam garaj kerana jarang dipandu. Dalam satu temubual pada 2012, Danica sendiri mengakui tidak berminat memandu supercar tersebut kerana tiada pemegang cawan. Sebabnya dia seorang peminum kopi tegar! Rungsing juga fikirkan masalah dia!

TIADA TAJAAN UNTUK 2018?


Sementara itu, pasukan Stewart-Haas Racing (SHR) minggu ini mengumumkan Danica tidak akan berlumba untuk pasukan itu bermula 2018. Pada masa sama syarikat pengeluar makanan, Smithfield Foods dikhabarkan bakal beralih tajaan daripada Richard Petty Motorsports kepada SHR. Justeru ketiadaan Danica dijangka menimbulkan konflik antara SHR dan Smithfield Foods.

BACA >>> 10 Inovasi Teknologi Kereta Lumba, Kini Digunakan Kereta Biasa

Berikut ialah kenyataan Danica berhubung penarikan diri daripada pasukan SHR:

Menjadi penghormatan buat saya untuk memandu bersama Tony Stewart, Gene Haas dan sesiapa saja di SHR sepanjang enam musim lalu. Kami bersama menduduki petak Daytona, menghabiskan kedudukan 7 daripada 10 terbaik, dan kami juga menikmati perlumbaan menyeronokkan sepanjang musim tersebut.

Bagaimanapun, masa saya memandu bersama mereka kini sudah tiba ke penghujung berikutan tetapan penajaan baharu 2018. Penajaan memainkan peranan penting dalam sukan kami, dan saya sangat bernasib baik sepanjang karier, tetapi tahun ini kami di persimpangan.”

Danica, yang akan menghabiskan musim NASCAR 2017 dengan SHR, berkata dia tetap akan kekal fokus dalam siri perlumbaan tahun ini dan berharap dapat menamatkan saingan di kedudukan terbaik.

SUMBER: Auto Guide

autotainment Danica Patrick NASCAR Roda4 Stewart-Haas Racing (SHR) sukan permotoran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.