Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelancong ke Thailand Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Bermula 1 Mei 2025
Auto Terkini

Pelancong ke Thailand Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Bermula 1 Mei 2025

SyafieBy Syafie08/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pelancongan dan Sukan Thailand mengumumkan pelancaran sistem Kad Ketibaan Digital (TDAC) bagi semua pengembara asing yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei depan.

Langkah itu diumumkan melalui portal berita VNExpress semalam (Khamis) yang bertujuan untuk memudahkan proses kemasukan pelancong ke negara tersebut.

Bermula 1 Mei, semua pelawat yang tiba melalui udara, laut, atau darat ke Thailand diwajibkan melengkapkan Kad Ketibaan Digital dalam tempoh 72 jam sebelum kemasukan.

Langkah itu seiring sistem serupa yang dilaksanakan di Singapura dan Malaysia. Ia juga menggantikan borang ketibaan tradisional TM6 yang digunakan sebelum ini.

Inisiatif tersebut diambil untuk mengurangkan masa pemprosesan di pintu masuk dan meningkatkan kecekapan proses kemasukan.

Pejabat Imigresen Thailand menjelaskan sistem TDAC akan mempermudah prosedur kemasukan dan memperbaiki pengalaman perjalanan pelancong.

Kad Ketibaan Digital Thailand boleh diisi dalam talian melalui laman web tdac.immigration.go.th, yang menyediakan pilihan untuk individu, keluarga, atau kumpulan yang melakukan perjalanan bersama.

Selepas borang dilengkapkan, pelancong akan menerima kod QR yang perlu ditunjukkan kepada pegawai imigresen ketika tiba di Thailand.

Dengan pelaksanaan sistem itu, Kerajaan Thailand berharap dapat meningkatkan aliran pelancongan dan mempermudah prosedur kemasukan bagi pengembara asing.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kad Ketibaan Digital Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand Thailand
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.