Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Paten Motosikal Elektrik Harley-Davidson Didedahkan
Auto Terkini

Paten Motosikal Elektrik Harley-Davidson Didedahkan

AryonBy Aryon16/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGAK pelik juga kalau mahu mengaitkan Harley-Davidson dengan motosikal elektrik, tetapi itulah faktanya.

Selepas mengesahkan ketibaan motosikal mini HD350, pengeluar dari Amerika Syarikat itu sekali lagi mengejutkan peminatnya dengan model elektrik menerusi beberapa siri gambarajah paten yang disiarkan Pejabat Harta Intelek Eropah (EIPO).

BACA >>> ‘Baby Harley’ Dijangka Lancar Jun Ini di China

Rekabentuk motosikal elektrk itu sangat ringkas dan tidaklah begitu mengujakan, nampak seakan basikal BMW yang dipasangkan motor elektrik di bahagian tengah. Dengan rekabentuk sama, mungkin saja Harley-Davidson mahu mensasarkan produk berkenaan untuk golongan muda yang mahu menunggang dalam bandar.

BACA >>> Harley-Davidson FXDR 114 – Cruiser Kuasa Tinggi Lancar di Malaysia, Harga RM123k

Casis dan aktuator elektrik nampak seperti produk akhir yang bersedia memasuki barisan pengeluaran. Berasaskan gambarajah itu, motosikal tersebut dilihat menggunakan fork terbalik (USD) di depan, tetapa tiada absorber di belakang yang seakan bergantung sepenuhnya kepada swingarm.

Bar hendal tinggi dan peg kaki  panjang membuatkan motosikal elektrik ini nampak mirip seperti  model Harley-Davidson.

BACA >>> Harley-Davidson Dedah Butiran Lengkap Model Elektrik, LiveWire

Kapasiti kuasa dan bateri tidak didedahkan. Walaupun semacam tidak percaya Harley-Davidson akan menghasilkan motosikal seperti itu, tetapi sebenarnya ia memiliki potensi untuk meluaskan pasaran dengan perhatian pelanggan supaya meminati jenama dari Amerika tersebut. Jika harga ditawarkan berbaloi, rasanya boleh laku keras.

SUMBER: VisorDown| Motorcycle.com

Auto Terkini EV Gambarajah Paten Harley-Davidson motosikal elektrik motosikal EV paten Pejabat Harta Intelek Eropah (EIPO)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 21/01/2020 20:15

      Malaysia juga perlu mula buat motosikal elektrik sendiri, mungkin modenas boleh buat kapcai elektrik, bagus untuk tunggangan dalam bandar, ulang alik kerja tak perlu isi petrol !

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.