• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Baby Harley' Dijangka Lancar Jun Ini di China

'Baby Harley' Dijangka Lancar Jun Ini di China

January 8, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL Harley-Davidson paling hangat diperkatakan sejak pertengahan tahun lalu, HD338 dijangka dilancarkan Jun ini di China. Spekulasi tercetus berikutan tersebar foto dokumen di Internet yang dipercayai pelan pengenalan dan pelancaran produk Benelli tahun ini.

Projek pembangunan model Harley-Davidson bawah 500cc mula dilaporkan pada Jun 2019. Pengeluar motosikal Amerika Syarikat (AS) dikatakan menjalinkan kerjasama dengan pengeluar dan pengilang motosikal China, Qianjiang Motorcycle Company Limited (Qianjiang).

BACA >>> Harley-Davidson Sedia Lancar Model 2-Silinder 338cc 'Baby Harley'

Pada Disember lalu, Harley-Davidson dan Qianjiang bersetuju meluluskan rekabentuk HD338 atau 'Baby Harley' yang sedia memasuki barisan pengeluaran China. Kedua-dua pengeluar nyata bijak menyembunyikan rahsia tentang model projek khas itu, termasuk aspek rekabentuk. Apa yang dikongsi cuma gambar lakaran sebuah jentera naked jingga hitam dengan lampu depan bulat.

benelli-302s-usa-25
benelli-302s-usa-16

Baby Harley dipercayai menjadikan model Benelli 302S sebagai asas platform dengan enjin V-Twin berkapasiti 338cc. Pengenalan model itu akan menumpukan pasaran Asia yang memiliki potensi pembeli tinggi.

Harley-Davidson bukan jenama motosikal premium pertama dunia yang mencuba nasib untuk meneroka pasaran segmen dua roda berenjin kecil. Sebelum ini, pesaing Jerman, iaitu BMW sudah pun mengorak langkah dengan produk GS 310, dan begitu juga KTM (Austria) menerusi model Duke dan RC 200, 250 dan 390.

BACA >>> Benelli 302S (2020) Versi Kemas Kini Lancar di Amerika, Harga RM17.9k

SUMBER: Otosia | RideApart

Artikel Berkaitan

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Baby Harley, Harley-Davidson, HD338, Qianjiang, Qianjiang Motorcycle Company Limited, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
    Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
  • Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
    Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
  • Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
    Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
  • JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
    JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my