Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pasangan Kekasih Terlanggar Kerbau, Mayat Teman Wanita Dibiarkan di Garaj
Auto Terkini

Pasangan Kekasih Terlanggar Kerbau, Mayat Teman Wanita Dibiarkan di Garaj

Han OthmanBy Han Othman13/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
* Gambar kerbau dan motosikal sekadar hiasan.

DISEBABKAN panik dan takut, seorang remaja lelaki nekad meninggalkan mayat teman wanitanya di garaj rumah keluarga mangsa di Felda Keratong 10, Rompin, Pahang selepas mereka terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata, mayat mangsa dijumpai datuk mangsa sekitar jam 10 pagi semalam ketika hendak memarkir kenderaan pacuan empat roda miliknya di garaj itu. Dia dikatakan keluar dari kenderaan untuk memeriksa ‘bungkusan’ ditutup kain pelikat. Apabila dibuka, kelihatan cucu perempuannya berusia 17 tahun dalam keadaan berlumuran darah.

BACA >>> Covid-19: Jumlah Kemalangan Seluruh Malaysia Menurun Sepanjang Tempoh PKP

Siasatan awal terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 17 tahun mendakwa mereka keluar berjalan-jalan sekitar 3.30 pagi dengan menunggang sebuah motosikal sebelum terlanggar seekor kerbau di tengah jalan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3.

“Teman lelaki mangsa mendakwa kemalangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana parah di kepala dan paha manakala dirinya hanya cedera ringan di tangan dan kaki,” katanya.

Azari berkata teman lelaki mangsa yang tinggal di Felda Keratong 5 mendakwa membawa mangsa pulang dan terus beredar dari lokasi kejadian selepas meletakkan mangsa di situ kerana takut dimarahi keluarga mangsa. Keluarga mangsa pula tidak menyedari kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu kerana menganggap mangsa masih tidur di tingkat atas rumah.

Katanya, remaja lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat.

BACA >>> Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang

SUMBER: Bernama

Auto Terkini DSP Azari Miskon kemalangan jalan raya kemalangan motosikal Kemalangan Pahang Langgar Kerbau
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.