Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pas My30: Boleh Naik Pengangkutan Awam Tanpa Had Sepanjang Sebulan
Auto Terkini

Pas My30: Boleh Naik Pengangkutan Awam Tanpa Had Sepanjang Sebulan

Han OthmanBy Han Othman18/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAS perjalanan tanpa had My30 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menawarkan penjimatan hingga 60 peratus berbanding My100, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd, Abdul Hadi Amran.

Menurutnya, jika melanggan pas bulanan itu, penjimatan maksimum boleh dinikmati semua rakyat Malaysia bermula 15 Jun hingga 31 Disember tahun ini.

BACA >>> PKPB: Rapid KL Pertingkat SOP, Hadkan Penumpang dan Tambah Kekerapan Tren

Abdul Hadi berkata;

Dengan My30, pengguna boleh jimat 60 peratus berbanding My100. Hanya RM1 sehari, selama sebulan mereka boleh menggunakan semua pengangkutan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang secara tanpa had.

“Produk ini (My30) juga sebagai penjana kepada ekonomi. Ada penjimatan, pengguna boleh gunakan untuk menjana semula ekonomi negara. Dengan hanya RM30, mereka boleh bergerak ke mana-mana sahaja. Pergerakan dan perbelanjaan yang ada itu boleh menggerakkan lagi ekonomi.”

TIADA HALANGAN KANAK-KANAK NAIK PENGANGKUTAN AWAM

Menurutnya, kanak-kanak bawah usia 12 tahun tiada halangan untuk menaiki pengangkutan awam.

Selagi bayar tiket, kita benarkan mereka masuk. Cuma ibu bapa diingatkan untuk jaga keselamatan anak. Kawalan kendiri itu amat penting,” katanya.

Pihak RapidRail turut membuat pembersihan sanitasi harian secara aktif, termasuk melakukan pemantauan pematuhan prosedut operasi standard (SOP) pengguna supaya amalan penjarakan sosial dipatuhi

BACA >>> Honda Rebel (2020) Kini Lebih Trendy dan Moden dengan Ciri Klac Anti-Gelincir

SUMBER: Bernama

Abdul Hadi Amran Auto Terkini My100 My30 Pas Perjalanan Tanpa Had Prasarana Rapid KL RAPID Rail Sdn Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.