• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pas My30: Boleh Naik Pengangkutan Awam Tanpa Had Sepanjang Sebulan

Pas My30: Boleh Naik Pengangkutan Awam Tanpa Had Sepanjang Sebulan

June 18, 2020 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


PAS perjalanan tanpa had My30 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menawarkan penjimatan hingga 60 peratus berbanding My100, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd, Abdul Hadi Amran.

Menurutnya, jika melanggan pas bulanan itu, penjimatan maksimum boleh dinikmati semua rakyat Malaysia bermula 15 Jun hingga 31 Disember tahun ini.

BACA >>> PKPB: Rapid KL Pertingkat SOP, Hadkan Penumpang dan Tambah Kekerapan Tren

Abdul Hadi berkata;

Dengan My30, pengguna boleh jimat 60 peratus berbanding My100. Hanya RM1 sehari, selama sebulan mereka boleh menggunakan semua pengangkutan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang secara tanpa had.

"Produk ini (My30) juga sebagai penjana kepada ekonomi. Ada penjimatan, pengguna boleh gunakan untuk menjana semula ekonomi negara. Dengan hanya RM30, mereka boleh bergerak ke mana-mana sahaja. Pergerakan dan perbelanjaan yang ada itu boleh menggerakkan lagi ekonomi."

TIADA HALANGAN KANAK-KANAK NAIK PENGANGKUTAN AWAM

tanda-penjarakan-sosial-rapidkl-pkpb-13
tanda-penjarakan-sosial-rapidkl-pkpb-bg

Menurutnya, kanak-kanak bawah usia 12 tahun tiada halangan untuk menaiki pengangkutan awam.

Selagi bayar tiket, kita benarkan mereka masuk. Cuma ibu bapa diingatkan untuk jaga keselamatan anak. Kawalan kendiri itu amat penting," katanya.

Pihak RapidRail turut membuat pembersihan sanitasi harian secara aktif, termasuk melakukan pemantauan pematuhan prosedut operasi standard (SOP) pengguna supaya amalan penjarakan sosial dipatuhi

BACA >>> Honda Rebel (2020) Kini Lebih Trendy dan Moden dengan Ciri Klac Anti-Gelincir

SUMBER: Bernama

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdul Hadi Amran, auto terkini, My100, My30, Pas Perjalanan Tanpa Had, Prasarana, Rapid KL, RAPID Rail Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my