Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volvo XC60 (T5) – Crossover ‘Rugged’ Penuh Kuasa
Pandu Uji

#PanduUji: Volvo XC60 (T5) – Crossover ‘Rugged’ Penuh Kuasa

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM famili Volvo, XC60 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kategori crossover – juga dipanggil CUV (kenderaan utiliti crossover) – yang dibina atas platform kereta dan pertama kali diperkenalkan pada 2008. Supaya anda tidak keliru, model yang baru saja ditayangkan pada Pameran Motor Geneva (GIMS) 2017 awal bulan ini ialah XC60 generasi kedua.

Namun, ini bukanlah XC60 generasi pertama sebarangan kerana menggunakan enjin petrol T5 dipertingkat yang dinaik taraf daripada versi pertama (2012-2013), dengan kod nama B4204T11 berserta transmisi serba baharu.

Sekarang ketahui apa yang menarik tentang Volvo XC60 T5 ini:

LUARAN

Nama pun Volvo XC60 generasi pertama, tidak banyak perubahan ketara pada raut rupa T5 versi segar semula ini yang dilancarkan pada 2014, setahun selepas memperagakan diri di pentas-pentas pameran permotoran.

Antara pembaharuan ditampilkan ialah lampu depan dan gril, lapis plastik hitam sepanjang bawah pintu, termasuk perubahan kecil pada lampu belakang dan ekor ekzos. Melihat desain lampu belakang itu pantas mengingatkan saya kepada model SUV Honda CR-V, tetapi itu sama sekali tidak akan membuatkan anda terkeliru antara Volvo dan Honda. Malah masih kental dengan imej SUV Volvo.

DALAMAN

Ringkas dan elegan. Itulah ayat mudah untuk menggambarkan pengalaman duduk di dalam kabin XC60. Seperti kita sedia maklum, apa saja rekaan Volvo sememangnya direka dengan mengambil kira faktor si pemandu, bukan sekadar mahu nampak cantik dan esklusif semata-mata.

Lihat saja sudut serong konsol tengah papan pemuka yang dihala ke arah posisi pemandu, semestinya rekaan tersebut cukup praktikal yang memberikan paparan visual cukup jelas buat pemandu. Susun atur panel utama masih sama yang dikepit empat tombol kawalan penyaman udara dan tetapan audio. Tombol kawalan suhu penyaman udara zon-dual diletakkan kiri dan kanan untuk capaian pemandu dan penumpang, manakala dua tombol dikhaskan untuk kawalan audio.

Minimalis dan Elegan

Punat-punat lain diatur rapi dalam panel kluster segi empat. Tiada satu pun punat yang dibiarkan terbabas ke luar panel kluster. Malah butang ‘eject’ untuk mengeluarkan cakera padat pun disusun dalam panel kluster tersebut. Cukup ‘bersih’ dan sedap mata memandang. Begitu juga dengan rekaan punat kawalan stereng, paparan info dan panel meter serta konsol gear. Serba minimalis, tetapi pada masa sama menerapkan unsur praktikal dan elegan.

Panel meter direka separas roda stereng, manakala rekabentuk papan pemuka landai, bersih dan licin. Tujuannya supaya pemanduan lebih fokus dan tidak terganggu dengan rekaan papan pemuka yang bergunung-ganang di hadapan mata pemandu. Ini termasuk menghalang niat pemandu meletakkan sebarang objek bukan-bukan atas papan pemuka seperti kereta mainan, botol minyak wangi dan segala macam objek lain. Mungkin ramai tidak tahu semua objek tersebut boleh menjadi senjata berbahaya jika berlaku kemalangan, tetapi Volvo tahu!

Ruang Luas

Bagi saiz Asia, keluasan ruang depan dan belakang XC60 sudah lebih daripada cukup cukup untuk dijadikan kenderaan famili. Posisi penumpang juga selesa dan akses ke ruang belakang juga mudah dengan bukaan pintu luas dan tinggi. Mereka yang bertubuh tinggi dan besar tidaklah perlu merungut lagi.

PANDU UJI

Volvo memperkenalkan terma Flexibilitet untuk menjelaskan potensi crossover ini yang merujuk kepada versatil, efisien dan berkuasa. Xc60 menggabungkan kehalusan prestasi dengan rekabentuk Scandinavia untuk menghasilkan sebuah kereta yang sempurna dengan gaya hidup dinamik pemandu hari ini.

Bersama ledakan trenkuasa Drive-E dan pengecaj turbo, keupayaan enjin 2.0L XC60 adalah setanding model 6 atau 8-silinder dengan kuasa setinggi 245hp dan tork 350Nm. Malah, XC60 juga menjimatkan selain kurang emisi. Pecutan kuat dan lancar, serta masalah lengah (lag) turbo hampir tidak terasa. Terima kasih kepada saiz enjin yang dikompakkan, sekali gus menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan hingga anda tidak kisahpun model ini dibina atas layout pacuan roda depan (FWD).

Pengendalian

Walaupun dibina atas platform sedan, profil XC60 masih tetap sebuah SUV. Namun, fiil cengkaman dan kestabilan sentiasa bagus dengan sistem suspensi lembut membuatkan anda rasa terkawal.

Paling penting kesenyapan dalaman kabin dan saya dapat merasakan XC60 jauh mengalahkan pesaing lain dalam segmen sama. Tiada bunyi bising jalan, enjin atau tayar yang menyakitkan hati menembus masuk dalam telinga walaupun saya sedang memecut dalam kelajuan tinggi di laluan lebuh raya. Tukaran gear beranjak lancar, dengan respon sedikit perlahan.

Praktikaliti dan Fleksibiliti

Kerusi belakang XC60 boleh dilipat secara konfigurasi 40:20:40 untuk mendapatkan lebih ruang bagasi dengan kedudukan lantai rata. But 495 liter rasanya cukup luas untuk memuat barangan milik seisi keluarga pergi bercuti ke mana-mana. Itu belum dikira bukaan but menjadi seluas 1,455 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Keselamatan Terkini

XC60 meraih rating lima bintang dalam ujian perlanggaran Euro NCAP. Sudah nama pun jenama Volvo, semestinya anda dilengkapkan dengan pelbagai ciri keselamatan moden. Ciri Keselamatan Bandar (City Safety) kini memuatkan sistem pembrekan automatik dinaikkan daripada 30kmj kepada kelajuan 50kmj. Ciri Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) pula kini berasaskan radar dan boleh memberikan amaran kepada pemandu tentang kehadiran kenderaan lain dalam jarak 70 meter di belakang Volvo. Lihat saja spesifikasi di hujung artikel nanti sebab panjang pula kalau mahu disenaraikan semuanya.

KESIMPULAN

XC60 bukan SUV murah, tetapi jika dibandingkan dengan pesaing sekelas, Audi Q5 dan BMW X3, ia pastinya kereta yang berbaloi dibeli jika mengambil kira segala macam ciri diberikan. Dengan enjin kompak berkuasa yang dibangunkan dalam sistem FWD, XC60 nampak tidak banyak kerenah, masih mewah, tetapi tidak diva. Apa yang penting ciri praktikaliti, keselamatan dan seronok dipandu.

Memiliki XC60 pasti menyerlahkan sosok anda sebagai seorang yang rugged, fleksibel dan ada cita rasa.

SPESIFIKASI

ENJIN B4204T11, 4-silinder 2.0L turbo suntikan terus petrol dengan henti-mula, pacuan roda depan (FWD)
TRANSMISI Automatik 8-kelajuan dengan pedal anjakan
KUASA MAKSIMUM 245hp @ 5,500rpm
TORK MAKSIMUM 350Nm @ 1,500-4,800rpm
KELAJUAN MAKSIMUM 210kmj
0 – 100KMJ 7.2 saat
CIRI Kit keselamatan bandar City Safety, Sistem Informasi Titik Buta Blind (BLIS) dengan Amaran Kenderaan Rapat (CVW), Amaran Trafik Lintas (CTA) dan Sistem Perlindungan Kecederaan Piut (WPS),
HARGA RM288,888, tanpa insurans

GALERI

Pandu uji Volvo Volvo for Life Volvo Malaysia Volvo XC60 Volvo XC60 T5
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
Pandu Uji

#PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

07/05/2026
Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
Pandu Uji

#PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

20/04/2026
Volvo EX60 Cross Country 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX60 Cross Country 2027 Diperkenal, Posisi Pandu Lebih Tinggi!

22/01/2026
Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.