Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volvo XC40 – Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi
Pandu Uji

#PanduUji: Volvo XC40 – Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/02/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BABY Sweden ini memberikan sesuatu janji yang berbeza kepada peminat kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak. Sejak diperkenalkan, Volvo XC40 sudah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Bayangkan dalam sekian banyak kereta Jepun, model ini dipilih sebagai Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2018 di negara itu dengan mengalahkan pesaing termpatan terdekat, Toyota Corolla Sport. Ini termasuk merangkul Anugerah Kereta Terbaik Eropah (COTYE) 2018.

Di Malaysia, model itu dilancarkan penghujung tahun lalu, atau lebih tepat lagi 5 Oktober. Pasaran tempatan hanya menerima satu varian, XC40 R Design yang dijual pada harga RM255,888 seunit.

XC40 YANG BERBEZA

Jika dilihat dekat, rekabentuk XC40 jauh lebih ke depan berbanding SUV lain. Penampilan dan nisbah ukuran tidak kelihatan seperti SUV konvensional yang biasa dilihat atas jalan. Walaupun masih menampilkan rekabentuk tipikal yang berkotak dan tinggi, tetapi pereka Volvo cuba bermain dengan cara unik.

BACA >>> 10 Fakta Pantas Tentang Volvo XC40 yang Perlu Anda Tahu – Harga RM255,888

Penampilan lebih tegap diserlahkan menerusi penggunaan gril depan tegak bersama lampu signatur ‘tukul Thor’ Volvo. Karakter tersebut dikukuhkan lagi dengan garisan sisi badan yang membuatkan XC40 nampak besar. Bahagian belakang masih lagi mempertahankan lengguk rekaan tradisional Volvo menerusi lampu ‘L’, sedikit terkeluar.

Bampar bawah hitam sedikit tebal menjadikan XC40 nampak lebih tinggi. Secara visual, XC40 sebenarnya nampak lembut, tetapi memiliki cebisan elemen agresif jika diperhatikan lebih dekat. Sentuhan R-Design boleh dilihat pada bahagian pedal kaki, pelapik kepala hitam, dan kemasan aluminium pada pintu, roda stereng dan  tuil gear, manakala rim bersaiz 19 inci.

KABIN MINIMALIS, PRAKTIKAL

Sebaik melangkah masuk ke kabin XC40, kemasan lembut dan keras berkualiti tinggi bersama kesan holografik memberikan aura mewah dan kelihatan lebih cantik. Volvo menawarkan praktikaliti semaksimum mungkin buat pengguna ketika berada dalam kabin.

Bahagian sisi pintu menawarkan ruang simpanan agak besar menerusi pemindahan pembesar suara dan meletakkan subwufer pada papan pemuka dengan bukaan ruang udara yang pertama seumpamanya. Ruang di tepi pintu mampu menyimpan komputer riba sehingga 15-inci, peranti tablet dan dua botol air.

BACA >>> Lara Croft Pandu Volvo XC40 dalam Filem Tomb Rider (2018)

Kemudian bahagian bawahnya dibalut dengan fabrik lembut agar barangan tidak mengeluarkan bunyi bergesel ketika pemanduan. Ruangan simpanan tambahan lain turut tersedia pada bahagian depan yang mana terletaknya peranti kecil pengecas wayarles, dua slot USB dan di konsol tengah tersedia dua tempat meletak botol air.

Bukan itu sahaja, pada bahagian perehat tangan antara pemandu dan penumpang depan tersedia kotak kecil ibarat seperti tong sampah dan boleh ditanggalkan. Di tengah papan pemuka anda akan melihat skrin besar seperti i pad yang menjadi pusat kawalan kepada pelbagai fungsi kereta.

Kawalan pendingin hawa juga perlu dilakukan pada skrin tersebut. Cuma ia kurang praktikal ketika sedang memandu kerana anda perlu mengalihkan mata dari pandangan depan.

MUDAH DAPATKAN POSISI ERGONOMIK

Sebagai SUV kompak, cubaan mendapatkan posisi ergonomik tidak sukar kerana semua butang kawalan mampu dicapai mudah tanpa menggerakkan bahagian bahu. Walaupun kompak, duduk di belakang masih selesa kepada mereka yang berketinggian 5 kaki 11 inci. Malah, kaki masih lagi boleh melunjur selesa di bawah kerusi belakang penumpang dan permandu depan.

Cuma kedudukan tingkap belakang yang tinggi kurang selesa kepada penumpang bertubuh kecil terutamanya mereka yang klaustrofobia. Tersedianya corong pendingin hawa di belakang konsol tengah mempercepatkan proses aliran udara sejuk buat penumpang. Selain itu, jika anda ingin merancang perjalanan jauh tidak perlu bimbang untuk menempatkan barangan lima penumpang.

BACA>>>#PanduUji: Mercedes GLA 200, Kecil Tapi Menawan

Saiz but 580 liter cukup luas untuk menempatkan pelbagai saiz barangan. Lipatan kerusi belakang 40:60 memberikan ruangan tambahan untuk membawa barangan panjang. Posisi lantai but tinggi juga memudahkan proses mengeluarkan dan memasukkan barangan.

Tidak cukup dengan itu, Volvo berfikir jauh yang mana lantai but boleh dilipat untuk membahagikan ruangan but kepada dua bahagian. Cukup praktikal.

PEMANDUAN 2.0L TURBO YANG RESPONSIF

Volvo XC40 menggunakan enjin 2.0L Drive E berkuasa 252hp dan tork 350Nm. Sebenarnya jika kaki sentiasa menekan pedal minyak lebih dalam, penggunaan minyak juga akan turun sama laju. Sepanjang pemanduan, saya lebih selesa menggunakan mod Eco dan Pilot Assist.

Pemanduan cara hemah itu membolehkan saya mencapai 500km perbatuan dengan 50 liter tangki penuh. Enjin cukup responsif pada kebanyakan masa itupun jika anda tidak mengambil kira gejala turbo lag. Bagi mendapatkan lebih banyak kawalan gunakanlah pedal shifter yang tersedia di belakang stereng.

BACA>>>#PanduUji: Selepas Kenal Jenama H Ini, Anda Pasti Tidak Percaya SUV Ini Dari…

Walaupun tanpa tukaran gear secara manual, kotak gear 8-kelajuan sebenarnya sudah bekerja dengan bagus tanpa sentakan dan jeda ke semua roda (AWD). Ketika anda cuba memasuki selekoh gejala understeer masih lagi wujud tetapi XC40 bukanlah hot hatch. Jadi ini adalah satu perkara biasa.

Menariknya, sebagai SUV, gejala olengan cukup minimum ketika melalui jalan berselekoh dan tidak rata. Malah kereta ini mampu didesak hingga mencapai kelajuan sewajarnya tanpa menghadirkan sebarang olengan kurang menyenangkan. Tetapan suspensi XC40 merupakan antara yang padu dalam model Volvo tetapi tidaklah terlalu keras, dan masih menyenangkan.

Stereng pula ditala sedikit berat yang memberikan lagi keyakinan untuk mengawal kenderaan mengikut kehendak pemandu. Kabin juga senyap dan pengedap meredam bunyi jentera dengan baik.

Dengan harga RM255,000, anda mampu memiliki model Volvo yang penuh dengan teknologi semi autonomi, terdiri daripada Pilot Assist, City Safety, Run-Off Road Protection, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan Brek Automantik (BA) sama seperti model abangnya yang lebih mahal.

Malah, jika memilih Golf R pada harga RM294,000 ataupun GLA 250 4Matic AMG (RM269,000), anda tidak akan dapat semua teknologi terkini yang ada dalam industri automotif seperti pemanduan autonomi yang menajadi nilai cukup bagus untuk wang kepada mereka yang berkemampuan.

SPESIFIKASI

VOLVO XC40

ENJIN: 2.0L turbo 4-silinder Drive-E
KUASA: 252hp @ 5500rpm
TORK: 350Nm @ 1800-4800rpm
TRANSMISI: Automatik 8-kelajuan
HARGA: RM255,888

GALERI
Pandu uji SUV SUV kompak SUV kompak mewah Volvo Volvo Car Malaysia Volvo XC40
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Volvo EX60 Cross Country 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX60 Cross Country 2027 Diperkenal, Posisi Pandu Lebih Tinggi!

22/01/2026
Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Roda4

Suzuki Fronx Hybrid 2025 Lancar di Malaysia, SUV Subkompak 5-Bintang Asean NCAP, Harga RM147.8k

19/11/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.