• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lara Croft Pandu Volvo XC40 dalam Filem Tomb Rider (2018)

Lara Croft Pandu Volvo XC40 dalam Filem Tomb Rider (2018)

March 15, 2018 By Admin 1 Comment

FacebookTwitter


VOLVO mengumumkan model baru XC40 akan ditampilkan dalam filem aksi advencer, Tomb Raider sebagai kenderaan peribadi yang akan dipandu karakter ikonik, Lara Croft.

Pengeluar kereta dari Sweden itu turut mewujudkan konfigurasi ala 'Lara Croft' secara online kepada peminat yang berhasrat membeli XC40 yang sama seperti ditayangkan dalam filem tersebut. SUV yang bakal tampil bersama Lara Croft itu ialah model versi Britain, Volvo XC40 White R-Design.

Model SUV subkompak itu dijangka mencabar model lain seperti BMW X2 dan Mercedes GLA, sebaik saja memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) pada musim bunga akan datang.

BACA >>> Volvo XC40 Raih Anugerah Kereta Terbaik Eropah 2018

XC40 dijana enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo berkuasa 247hp dan tork 359Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan dalam pacuan 4-roda (4WD).

HOLYWOOD JADI STRATEGI PEMASARAN

2019-volvo-xc40-6
2019-volvo-xc40-5
2019-volvo-xc40-2

Volvo turut serta bersama jaringan pembuat kereta lain yang memilih Holywood sebagai platform pemasaran yang ampuh bagi pengeluaran model-model baru mereka. Selain Volvo, strategi ini turut digunakan oleh Lexus yang sedang mempersiapkan model khas LC Coupe untuk ditampilkan di dalam filem Black Panther produksi Marvel.

BACA >>> Dokumentari 'I Am Paul Walker' dalam Pembikinan, Dedah Kisah Hidup Aktor Fast & Furious

Naib Presiden Pemasaran, Produk dan Komunikasi Jenama, Volvo Car USA, Bob Jacobs berkata, Volvo nyata teruja kerana XC40 akan melakukan debut dalam filem popular seperti Tomb Raider.

"Antara faktor mengujakan tentang Tomb Raider ialah karakter Lara Croft itu sendiri yang selamba, berani, dan sentiasa bersedia mengharungi cabaran dan pengembaraan yang sinonim dengan karakter XC40," katanya.

Filem Tomb Raider dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh AS bermula 16 Mac ini (esok).

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4, Volvo Tagged With: filem, Holywood, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV, Tomb Raider, Volvo, Volvo XC40

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!
    Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my