Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Toyota Yaris (2019) Lagi Sedap dan Syok daripada Vios!
Pandu Uji

#PanduUji: Toyota Yaris (2019) Lagi Sedap dan Syok daripada Vios!

DeeBy Dee13/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SERIUS lagi sedap daripada Toyota Vios! Inilah pendapat peribadi abang selepas memandu uji Toyota Yaris (2019) ke Janda Baik, baru-baru ini.

Selain menggunakan enjin sama seperti Vios, Yaris (2019) juga menampikan rekabentuk depan yang serupa dengan Vios. Abang lebih suka gelarkan sebagai Vios versi kontot (hatchback). Walaupun ramai kata rupa depan macam ‘meriah’ sangat, abang rasa model ini ni ada penampilan menawan dengan kombinasi imej stailo dan macho!

Selain rupa paras menarik, ada beberapa faktor lain yang membuatkan Yaris (2019) bakal memberikan saingan sengit dalam segmen hatchback subkompak popular lain di Malaysia seperti Honda Jazz, Kia Rio, Perodua Myvi dan Proton Iriz.

BACA >>> Toyota Perkenal Tiga Varian GR Yaris dalam Versi Turbo dan NA

Berikut antara beberapa faktor yang membuatkan Yaris (2019) bakal laku keras:

1. HARGA KOMPETITIF

Yaris (2019) ialah model pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Bukit Raja, Klang. Jadi tidak hairan kenapa ia mampu menawarkan harga yang sangat kompetitif dalam pasaran. Jika dibandingkan Honda Jazz, harga yang diletakkan memang sangat hampir.

Sebagai perbandingan, berikut harga Honda Jazz:

  • Honda Jazz V – RM83,633
  • Honda Jazz E – RM76,316 
  • Honda Jazz S – RM70,242

Harga Yaris (2019) atas jalan tanpa insurans untuk pasaran di Semenanjung Malaysia pula ialah:

  • Toyota Yaris 1.5G – RM83,888     
  • Toyota Yaris 1.5E – RM76,888
  • Toyota Yaris 1.5J – RM70,888   

2. REKABENTUK SPORTY

Sekali pandang, rupa Yaris (2019) memang sudah serupa Vios, ia sangat sporty, dinamik dan berjiwa muda. Bahagian bawah depan membawa penampilan catamaran untuk bahasa rekabentuk lebih beremosi, manakala belakang tampil unik menerusi kombinasi lampu datar dengan kemasan hitam.

Unit lampu depan tirus (dengan pelarasan manual) dilengkapkan dengan lampu siang (DRL) LED pada bampar. Varian 1.5G dan 1.5E didatangkan dengan  lampu belakang kombi LED. Semua varian didatangkan dengan cermin sisi boleh laras elektrik dan antena sirip yu.

3. CIRI KESELAMATAN MANTAP

Yaris (2019) didatangkan pakej keselamatan lengkap, terdiri daripada:

  • 7 beg udara SRS
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Parkir dengan Monitor Pandang Panoramik (PVM)
  • Kawalan Daki Bukit (HAC)
  • Perakam Video Digital (DVR)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

4. YARIS (2019) MEMANG SEDAP, LAGI SEDAP DARIPADA VIOS

Walaupun datang dengan trenkuasa sama seperti Vios, iaitu enjin 4-silinder 2NR-FE 1.5L DOHC Dual VVT-i berkuasa 105hp dan tork 140Nm, Yaris (2019) sebenarnya lebih sedap dipandu.

Hantaran kuasa disalurkan transmisi automatik 7-kelajuan Sport Sequential Shiftmatic. Juga disediakan opsyen manual untuk respon lebih pantas selain mod pemanduan Sporty dan Eco. 

Kalau nak tahu feel pemanduan dan pendapat mengenai Yaris (2019), jom tengok video pandu uji abang di bawah. Persoalannya,  mampukah model ini jadi pencabar kepada model hatchback popular lain di Malaysia? Tepuk dada, tanya selera.

BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)

GALERI
harga Yaris 2019 hatchback Pandu uji pemanduan Toyota Yaris Segmen B Test Drive Toyota Toyota Yaris Yaris Yaris 2019
Dee

    Artikel Berkaitan

    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.