Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Si Ranggi Kota Ford Ranger XLT Plus yang Bukan Klise
Pandu Uji

#PanduUji: Si Ranggi Kota Ford Ranger XLT Plus yang Bukan Klise

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/01/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEHARI sebelum majlis pelancaran rasmi trak pikap Ford Ranger serba baharu, saya bersama 15 media lain berpeluang memandu uji model popular Ford itu. Pandu uji media kali ini berbeza kerana Sime Darby Auto Connexion (SDAC) menyediakan 4 pilihan lokasi iaitu ke Ipoh (Perak); Kuantan (Pahang) dan Port Dickson (Negeri Sembilan) bagi model Ranger Wildtrak dan XLT Plus, manakala dua unit Raptor bergerak ke Bentong, Pahang.

Sistem cabutan dianjurkan supaya adil dan jika ada kalangan media yang mahu menukar lokasi atau pasangan boleh dibuat kemudian. Awalnya saya mendapat model Wildtrak ke Kuantan. Dek tragedi cakaran kucing masih kekal hingga kini dan lokasi chalet di sana meriah dengan haiwan itu, saya memilih menukar dengan media lain.

BACA >>> 16 Fakta Pantas – Ford Ranger Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM91k

Destinasi saya ialah bandar raya Ipoh dengan Ranger XLT Plus. Bolehlah teman menyantap Nasi Vanggey, tambahan pula sesi pandu uji kali ini bebas dan santai.

PERJALANAN SANTAI HIJAU SAWAH TANJUNG KARANG

Sebelum berkelana jauh dengan XLT Plus, kita lihat terlebih dahulu ciri tambahan yang ada pada varian ini. Ranger XLT Plus dilengkapi lampu siang LED, ciri pintu but mudah angkat – Easy Lift Tailgate, rim 18 inci, ciri SYNC 3 dengan sambungan Apple Car Play/Android Auto, paparan kluster TFT Dual 4 inci, skrin sentuh 8 inci, kawalan penyaman udara dual zon, kerusi kulit dan masukan tanpa kunci serta punat henti mula dengan MyKey.

Perjalanan ke Ipoh bermula dari Setia Alam Convention Centre (SACC) dengan menyusur Lebuh Raya Guthrie menuju ke Kuala Selangor sebelum  memasuki laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Bidor. Melihat penampilan, Ranger ialah model trak pikap yang ideal untuk gaya hidup urban.

Imej ranggi ditambah pula aksesori kosmetik membuatkan Ranger lari daripada rekabentuk klise sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4). Hanya dengan memilih gril perkataan F O R D bersaiz besar seperti model Raptor sudah cukup untuk menarik perhatian pengguna jalan raya lain.

BACA >>> Pemijak Pintu Belakang Chevrolet Bakal Jadi Inovasi Baharu Trak Pikap

Sekiranya anda mencari trak pikap lasak dan kukuh, hanya dua nama ini (Toyota Hilux atau Isuzu D-Max) yang sering bermain di mulut pengguna dan jarang sekali mencadangkan Ranger. Janganlah berkecil hati wahai Ranger kerana anda memiliki personaliti berbeza sebagai pilihan golongan eksekutif urban yang sesekali melakukan aktiviti lasak pada hujung minggu.

Daripada perspektif wanita, Ranger sesuai untuk kaum hawa aktif dan bertubuh kecil serta comel seperti saya. Maaf sekali-sekala tak salahkan puji diri sendiri. Hehehe. Ranger baharu ini bukan saja membuat anda tampil bergaya atas jalan tetapi mudah pula dikendalikan sesiapa saja, wanita tentunya.

BUNYI ENJIN DIKEDAP BAIK

Tidak seperti model XLT, versi Plus ini dipacu enjin diesel 2.0L turbo tunggal (178hp/420Nm) dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Bagi wanita berkeluarha yang punya anak kecil, kesenyapan ruang kabin sangat penting. Saya sendiri maklum bunyi enjin diesel memang sedikit bising atau kasar berbanding petrol.

Tetapi, sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Selangor, saya sampai terlupa sedang berada dalam sebuah 4×4. Kabin begitu senyap dan pengedap meredam bunyi jentera dengan baik. Sebaik saja pintu ditutup rapat, bunyi getaran enjin diesel tidak masuk ke dalam kabin, tidak kira masa ada dalam situasi lahu atau sedang bergerak. Hanya kedengaran bunyi angin ketika kelajuan mencecah 120kmj.

Golongan wanita bertubuh rendah seperti saya (157sm) juga tidak perlu bimbang mendapatkan posisi duduk yang ideal. Walaupun kerusi pemandu didatangkan dengan ciri boleh laras manual 4-tetapan, itu sudah cukup untuk mendapatkan kedudukan pemanduan ideal.

Pandangan ideal bagi saya ialah mata dapat melihat bonet depan. Ini disokong pula dengan cermin sisi besar yang mudah dilaraskan untuk melihat sisi belakang kenderaan.

BACA >>> Ford Ranger (2019) Lompat Kelas, daripada Kompak kepada Saiz Pertengahan

Cuma jika memilih trak pikap, perlu mengorbankan sedikit keselesaan penumpang belakang terutamanya ketika perjalanan jauh. Ruang kaki belakang cukup buat mereka yang bertubuh sederhana tinggi, tetapi agak terbatas kepada penumpang tinggi melebihi 170sm. Ruang kelegaan kepala masih boleh dikompromi, begitu juga penyandar kerusi belakang yang tidak terlalu menegak seperti dihadapi model trak pikap dua kabin lain.

Bunyi enjin juga halus dan kurang tegang di sepanjang julat rev walaupun dengan input terotel lebih dalam. Nisbah tukaran gear juga lembut dan lancar hingga penukaran  gear tidak terasa ketika memandu laju di lebuh raya dan berada dalam trafik perlahan.

HANYA SATU TANGAN DIPERLUKAN MENUTUP PINTU KARGO

Mencapai kelajuan 160kmj di lebuh raya cukup mudah dan jentera kekal stabil. Cuma padanan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) yang ringan membuatkan saya kurang merasai cengkaman roda. Alangkah molek jika stereng berubah berat seiring kelajuan supaya pengendalian lebih mantap.

Tetapi EPS sebenarnya cukup membantu golongan wanita atau pemandu urban ketika memandu di bandar atau menukar lorong ketika trafik padat, termasuk melalui laluan sempit. Tidak lupa juga kerja memarkir kenderaan jadi lebih mudah. Cukup mengenakan tenaga fizikal yang minimal, stereng boleh dipusing tanpa perlu bekerja keras. Radius putara 12.7 meter juga cukup besar buat Ranger.

Oh, sebelum terlupa, ada juga ciri ISOFIX yang pastinya memudahkan ibu bapa mengikat anak mereka di kerusi kanak-kanak. Bukan saja meningkatkan keselamatan anak kecil, tetapi juga tidak perlu bimbang dengan bunyi diesel menerjah masuk dalam kabin.

Sementara itu, ciri Pintu But Mudah Angkat aka Easy Lift Tailgate menggunakan mekanisme dalaman baharu yang menjadikan pintu belakang Ranger lebih ringan untuk diangkat dengan kurang 70 peratus tenaga diperlukan untuk menutupnya.

Ya, ini antara ciri terbaik yang ditawarkan Ford kepada pemilik Ranger baharu ini. Saya hanya perlu guna satu tangan untuk menolak pintu kargo berbanding pesaing dalam kelas sama yang memerlukan sedikit kudrat fizikal dengan menggunakan kedua-dua tangan. Sekarang sesiapa saja boleh memandu Ranger!

Atas jalan, Ranger salah satu kereta kukuh dan mantap, cuma sedikit gangguan memasuki kabin terutama ketika meredah jalan yang sedang dalam pembinaan di Kuala Selangor. Suspensi double-wishbone dengan koil spring (depan) dan spring leaf (belakang) menjalankan tugas yang baik ketika kami melalui lorong sawah padi yang berpasir dan berbatu di Tanjung Karang.

BACA >>> 5 Fakta Pantas Tentang Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand

Tetapan suspensi yang keras tidak mengorbankan keselesaan dalam kabin ketika dipandu sekitar bandar dan di bawah 70kmj. Namun, tanpa bebanan di belakang kargo agak kurang selesa pada kelajuan lebuh raya terutamanya ketika meredah permukaan jalan beralun dan tidak rata.

Sayangnya sesi pandu uji dua hari berkenaan tidak memberi kesempatan kepada kami untuk mencuba di laluan off-road.

SPESIFIKASI

FORD RANGER XLT PLUS

ENJIN: 2.0L diesel dengan VGT
KUASA: 178hp @ 3500rpm
TORK: 420Nm @ 1750-2500rpm
TRANSMISI: Automatik 10-kelajuan dengan SelectShift
CIRI KESELAMATAN: 2 beg udara, Isofix, ABS, EBD, ESC, EBA, HDC, HLA, TSC, ROM, dll
HARGA: bermula RM124,888

GALERI
4x4 Catatan jualan terbaik Ford Ford Ford Ranger Ford Ranger XLT isuzu d-max 2018 Pandu uji Toyota Hilux (2018) Trak pikap
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Kenderaan komersil di Malaysia
Auto Terkini

MAA: Jualan Kenderaan Komersial 2025 Susut 11.4 Peratus, Semua Subsegmen Turun

21/01/2026
Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Nissan Frontier Pro PHEV
Roda4

Nissan Frontier Pro, Frontier Pro PHEV 2026 Rasmi Lancar di China, Harga Mula RM99.2k

02/12/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.