Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Trak dan Lori»KGM Musso Rhino, Musso Rhino+ 2027 Lancar di UK
Trak dan Lori

KGM Musso Rhino, Musso Rhino+ 2027 Lancar di UK

Abang HirataBy Abang Hirata08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KGM Musso Rhino di UK

KGM Motors UK memperkenalkan Musso Rhino dan Musso Rhino+, iaitu generasi baharu trak pikap Musso yang tampil dengan rekabentuk lebih lasak, kabin lebih moden dan keupayaan kerja dipertingkat.

Musso terbaharu itu (generasi kedua) terlebih dahulu dilancarkan di Korea Selatan pada Disember 2025.

KGM Musso Rhino dan Musso Rhino+ di UK

Musso baharu diletakkan atas varian Musso Rebel dan Saracen di Britain, sekali gus meneruskan legasi lebih 70 tahun pengalaman KGM dalam pembangunan kenderaan komersial.

Nama Musso, yang bermaksud ‘badak sumbu‘ dalam bahasa Korea, terus dikekalkan sebagai simbol ketahanan, kekuatan dan keupayaan utiliti.

Legasi Pikap KGM Sejak 2002

Ssangyong Actyon 2007
Logo KGM

Sejarah trak pikap KGM bermula 2002 menerusi Musso Sports, yang dibangunkan berasaskan kenderaan utiliti sukan (SUV) Musso asal sebelum diubah suai dengan ruang kargo terbuka bagi menghasilkan Trak Utiliti Sukan (SUT) pertama dari Korea Selatan.

Sejak itu, KGM (dahulu SsangYong Motor) terus meluaskan segmen trak pikap menerusi model yang menggabungkan keupayaan membawa muatan untuk kegunaan kerja dengan keselesaan dan fleksibiliti sebuah SUV moden, sekali gus memenuhi keperluan pengguna komersial serta gaya hidup.

Pengguna di Malaysia juga pernah menikmati trak pikap buatan Korea Selatan menerusi SsangYong Actyon SUT (foto atas kiri) yang diperkenalkan pada 2007. Model itu tampil dengan rekabentuk sporty dan berbeza daripada kebanyakan trak pikap zaman itu.

Actyon SUT kemudian kekal berada di pasaran selama beberapa tahun sebelum menerima model rupa baharu dikenali sebagai Actyon Sports pada 2012, sekali gus meneruskan kehadiran jenama SsangYong dalam segmen trak pikap negara ini.

Rekabentuk Lebih Garang, Identiti Off-Road Lebih Menonjol

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

KGM Musso Rhino dan KGM Musso Rhino+ (lebih panjang) menerima rekabentuk bahagian depan serba baharu dengan penampilan lebih tegap dan karakter off-road lebih jelas.

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

Antara pembaharuan luaran seperti:

  • Lampu posisi tengah
  • Lampu utama HID LED
  • Kluster lampu LED
  • Gril depan baharu
  • Rim aloi 18 inci kemasan krom berus
  • Pemijak sisi perak
  • Rel bumbung hitam/perak
  • Grafik Rhino
  • Pintu belakang dengan logo timbul KGM

Enjin Diesel 2.2L Berkuasa 202ps, Tork 400Nm

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

Trak pikap itu dijana enjin diesel 2.2L e-XDi yang menghasilkan output kuasa 202ps @ 3,800rpm dan tork 400Nm @ 1,400 – 2,800rpm.

Enjin dipadankan transmisi automatik Aisin 6-kelajuan, yang menawarkan kuasa tarikan pada halaju rendah, prestasi pemanduan harian lebih lancar dan keupayaan membawa beban, termasuk menunda.

Sistem 4WD Gear Rendah

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

Kedua-dua model didatangkan dengan sistem pacuan empat roda Selectable 4WD yang membolehkan pemandu memilih mod 2WD High, 4WD High atau 4WD Low.

Turut melengkapkan keupayaan trak pikap itu ialah ciri Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Kunci Diferensial

Sistem tersebut membantu meningkatkan cengkaman atas permukaan licin seperti lumpur dan salji.

Keupayaan Off-Road

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

Musso Rhino

  • Jarak tinggi bumi: 245mm
  • Sudut daki depan: 30.9º
  • Sudut lepas belakang: 27.8º

Musso Rhino+

  • Jarak tinggi bumi: 248mm
  • Sudut daki depan: 30.6º
  • Sudut lepas belakang: 24.5º

Tunda 3.5 Tan, Muatan hingga 1,200kg

KGM Musso Rhino+ 2027 UK

Keupayaan kerja terus menjadi kekuatan utama Musso. Kedua-dua model menawarkan:

  • Kapasiti tunda sehingga 3.5 tan
  • Kawalan Oleng Treler (Trailer Sway Control)
  • Kamera undur
  • Paparan Pandangan Jelas (Clear Sight View)
  • Sistem Pemantauan Keliling 360º 3D

Berat Gabungan Maksimum (Gross Train Weight) pula ialah:

  • Musso Rhino: 6,750kg
  • Musso Rhino+: 6,900kg (antara tertinggi dalam segmen)

Ruang Kargo Lebih Besar

KGM Musso Rhino 2027 UK

KGM Musso Rhino menawarkan kapasiti ruang kargo 1,011 liter dan muatan maksimum 1,090kg, manakala KGM Musso Rhino+ menyediakan kapasiti ruang kargo 1,262 liter, dan muatan maksimum 1,200kg.

Menurut KGM, Rhino+ menawarkan ruang kargo terbesar berbanding trak pikap lain di pasaran berdasarkan isipadu.

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

Dimensi ruang kargo KGM Musso Rhino menawarkan panjang 1,300mm, lebar 1,570mm, dan kedalaman 570mm, manakala KGM Musso Rhino+ memiliki panjang 1,610mm, lebar: 1,570mm, dan kedalaman 570mm

Kedua-dua model turut dilengkapi:

  • Pelapik ruang kargo standard
  • Lapan cangkuk pengikat
  • Lampu LED ruang kargo
  • Pintu kargo belakang buka luas
  • Anak tangga pada bucu bampar belakang

Kabin Baharu Lebih Premium

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

Bahagian dalaman menerima perubahan ketara dengan suasana ala SUV premium. Antara ciri standard:

  • Kerusi kulit Nappa
  • Kerusi depan boleh laras elektrik dengan fungsi pemanas dan ventilasi
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
  • Kerusi belakang dengan pemanas
  • Penyaman udara automatik dwi-zon
  • Corong penyaman udara belakang

Dua Skrin 12.3 Inci, Apple CarPlay Wayarles

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

KGM Musso Rhino dan KGM Musso Rhino+ turut dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci dan unit infotainmen 12.3 inci dengan antaramuka Athena 3.0 GUI, navigasi TomTom, Apple CarPlay dan Android Auto wayarles.

KGM Musso Rhino 2027 UK

Turut disediakan pengecas telefon wayarles, port pengecas USB Type-C belakang, radio DAB, Bluetooth, butang kawalan stereng, kunci pintar, butang tekan-mula, ciri penghidup enjin kawalan jauh, wiper automatik dan Kawalan Jelajah Adaptif Pintar (IACC).

Ciri Keselamatan Lengkap

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

KGM Musso Rhino dibina menggunakan struktur keluli kekuatan tinggi bersama casis Ultra-Rigid Quad Frame.

Ciri kelamatan lain yang turut disediakan ialah:

  • Enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESP), Agihan Brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem Bantuan Brek (BAS)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Tukar Lorong (LDW), Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Amaran Keluar Kenderaan dengan Selamat (SEA)
  • Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Kawalan Olengan Treler (Trailer Sway Control).

Harga Britain

KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK

Di Britain, KGM Musso Rhino dijual pada harga bermula £38,995 (RM212,830), tidak termasuk cukai, manakala KGM Musso Rhino+ bermula £39,995 (RM218,290), tidak termasuk cukai.

Kedua-dua model turut didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 100,000 batu.

KGM Musso Rhino+ 2027 UK
KGM Musso Rhino+ 2027 UK
KGM Musso Rhino+ 2027 UK
KGM Musso Rhino+ 2027 UK
KGM Musso Rhino+ 2027 UK
KGM Musso Rhino dan Musso Rhino+ 2027 UK
KGM Musso Rhino dan Musso Rhino+ di UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
KGM Musso Rhino 2027 UK
4WD 4x4 Kenderaan Komersial KGM KGM Motors UK KGM Musso Rhino KGM Musso Rhino+ 2027 Roda4 SsangYong Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.