Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Ranger (2019) Lompat Kelas, daripada Kompak kepada Saiz Pertengahan
Roda4

Ford Ranger (2019) Lompat Kelas, daripada Kompak kepada Saiz Pertengahan

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS lebih separuh dekad, Ford memutuskan memperkenalkan semula model Ranger ke pasaran Amerika Utara sempena 2019 untuk dijadikan alternatif kepada trak pikap yang lebih kecil berbanding F-150.

Didedahkan secara rasmi pada Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 atau Pameran Auto Detroit, Ranger baharu kali ini menampilkan rekabentuk lebih segar yang mampu menawan hati pasaran pembeli di Amerika. Tidak seperti versi terdahulu sebagai trak pikap kompak, Ranger (2019) kali ini tampil dengan kelibat trak pikap saiz pertengahan (mid size), antara segmen yang mencatatkan peningkatan permintaan di rantau sana.

Menurut Ford, segmen trak pikap seperti Ranger kini sedang mengalami pertumbuhan pasaran kira-kira 84 peratus pada 2017 dengan mencatatkan 452,000 jualan. Jadi, keputusan Ford mengembalikan semula Ranger dilihat tepat pada masanya untuk merebut pasaran yang sebelum ini didominasi model-model buatan Nissan, Toyota, dan General Motors (GM).

NILAI UNTUK WANG

Tambahan lagi, harga trak pikap saiz penuh mula jadi tidak terkawal hingga membuatkan ramai pembeli berpotensi mula beralih arah dan melihat kepada produk yang lebih memberikan nilai wang kepada mereka. Dan Ranger dijangka memberikan jawapan kepada dilema tersebut apabila dilancarkan tahun depan – 2019.

Rekabentuk Ranger (2019) dilihat lebih bercirikan Amerika berbanding model sedia ada. Panel badan direka semula dengan mengemas kini setiap sudut bahagian. Bonet dan belakang kereta dibuat daripada aluminium, manakala keseluruhan aerodinamik dioptimumkan untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

BACA >>> Ford Ranger (2018) Kini Tampil 2 Warna Baharu – Putih dan Kelabu

Antara ciri baharu lain Ranger (2019) ialah penampilan bampar besi yang menjadi keunikan trak pikap gaya Amerika. Ini termasuk membariskan lapan warna luaran dan lapan rekaan rim. Malah, tiada varian Ranger yang didatangkan dalam bentuk cab biasa atau bahasa slanga Malaysia, ‘standard pekak. Sebaliknya ditawarkan dalam konfigurasi SuperCab dan SuperCrew.

RINGAN DAN BERKUASA

Membuktikan kelasakan Ranger (2019) ialah penggunaan material yang sama diaplikasikan pada trak pikap saiz penuh seperti F-150, jauh berbeza berbanding Ranger pasaran global. Walaupun tiada butiran spesifikasi didedahkan, Ranger baharu dijangka dapat meningkatkan keupayaan dan kapasiti tundaan berikutan penambahbaikan material yang digunakan.

Di sebalik bonet ialah enjin 2.3L EcoBoost 4-silinder, juga enjin sama digunakan pada barisan kereta penumpang Ford. Bagaimanapun, versi trak pikap ini semestinya diberikan talaan baru supaya sesuai dengan karakter tugasan berat.

Sistem transmisi menggunakan kotak gear automatik 10-kelajuan, dan tiada versi manual ditawarkan. Ranger (2019) turut dibekalkan ciri keselamatan moden seperti sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), sistem audio B&O, Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan banyak lagi.

BACA >>> Ford Ranger Terima Pengiktirafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Ranger (2019) turut dibekalkan sistem pengurusan rupa bumi dengan 4 mod pacuan, termasuk normal, rumput/kerikil/salji, lumpur/selut dan pasir serta apa saja situasi off-road

Kawalan Jejak (Trail Control) juga baharu bagi Ford yang berfungsi seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk pemanduan off-road. Pemandu boleh memilih kelajuan diingini dan kereta akan dipandu automatik dalam kelajuan itu ketika meredah sesuatu laluan off-road. Tetapan kelajuan pula boleh ditetapkan antara 1.6kmj hingga 32kmj.

DIjangka berada di pasaran pada suku pertama 2019. Apakah Ranger Malaysia juga akan mendapat kunjungan Ranger gaya Amerika ini? Bagaimana pula dengan harga?

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Ford Ford Ranger Ford Ranger (2019) NAIAS 2018 Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 Roda4 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Chery Tiggo V 2026
Roda4

#AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

11/05/2026
YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
Auto Terkini

YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

11/05/2026
Roda4

Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

11/05/2026
Auto Terkini

Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

09/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie08/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.