Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Hyundai Kona – SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!
Pandu Uji

#PanduUji: Hyundai Kona – SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/10/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru ini diberikan kesempatan memandu uji Hyundai Kona ke Sepang bersama rakan media lain.

Kona, yang juga model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B pertama Hyundai untuk pasaran Malaysia, didatangkan dengan tiga pilihan varian seperti berikut:

  • Hyundai Kona 2.0 Standard
  • Hyundai Kona 2.0 Active
  • Hyundai Kona 1.6 TGDi High (premium)

Buat masa ini, Hyundai Sime Darby Motors masih belum mendedahkan harga SUV ini. Saya anggarkan harga bermula RM115,000 memandangkan ini ialah model import penuh (CBU) dari Korea Selatan.

Apa yang perlu anda tahu tentang Kona versi Malaysia ini?

ADA DUA PILIHAN ENJIN – NA, TURBO

Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 1.6 TGDi High

Kona bakal didatangkan dengan dua pilihan enjin, iaitu aspirasi natural (NA) dengan enjin 2.0L dan pengecas turbo dengan enjin 1.6L TGDi.

Varian 2.0 Standard dan 2.0 Active menggunakan enjin 2.0 MPI D-CVVT, sama seperti trenkuasa Sonata, Elantra dan Tucson, tetapi mendapat talaan berbeza dengan padanan kitaran Atkinson supaya bersesuaian karakter SUV. Enjin ini menghasilkan kuasa 147hp @ 6,200rpm dan tork 180Nm @ 4,500rpm serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.

Varian premium, 1.6 TGDi High pula menggunakan enjin 1.6 T-GDI berkuasa 177hp @ 5,500rpm dan tork 265Nm @ 1,500-4,500rpm, serta dipadankan transmisi jenis dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan tiga mod pemanduan: Comfort, Eco dan Sport.

Kotak gear DCT ini dibangunkan sendiri Hyundai dan kali pertama digunakan model Ioniq pada 2016. Transmisi jenis klac kering ini nyata membanggakan pengeluar dari Korea itu kerana sehingga kini tiada isu dan masalah dilaporkan. Kona versi Malaysia didatangkan dengan sistem pacuan roda depan (FWD) sahaja berbanding luar negara yang turut ditawarkan dalam pacuan semua roda (AWD).

Dalam sesi pandu uji ringkas ke Sepang, saya berpeluang memandu uji dua varian Kona: 2.0 Active (warna hitam) dan 1.6 TGDi High (ditutup seragam kamoflaj). Ciri kedua-dua varian tidak banyak berbeza.

BACA >>> Iron Man Muncul Pandu Hyundai Kona Edisi Khas di Ibu Kota London

GAYA FUNKI, RANGGI

Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 1.6 TGDi High

Luaran kedua-dua varian dilengkapi lampu LED, lampu kabus, plat skid perak dan rim 18 inci (varian asas rim 17 inci). Cuma varian tertinggi memiliki rel bumbung dan warna badan dwi-tona.

Walaupun garis nampak bumbung rendah, ruang kepala sebenarnya tinggi. Ada rakan media dengan ketinggian 6 kaki masih dapat duduk dan pandang ke depan dengan selesa.  Cermin kecil di sudut tingkap pintu belakang memberikan rasa lapang berbanding pesaing. Saiz but 361 liter cukup luas untuk membawa muatan 5 penumpang.

Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 1.6 TGDi High

Imej funki mendominasi kabin SUV subkompak ini menerusi kemasan dwi-tona terang seperti hijau, merah dan hitam. Berikut kombinasi warna badan-aksen kabin mengikut varian.

  • 2.0 Standard – Hitam-kelabu dan perak-hitam
  • 2.0 Active – Putih-hijau; hitam-merah; biru-hitam dan merah-merah
  • 1.6 TGDi High – Putih-merah; hitam-merah; biru-hitam; merah-merah dan biru seramik-hitam (hanya seramik biru ditawarkan dengan bumbung hitam)
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 1.6 TGDi High

Sentuhan warna kontra itu disematkan pada ventilator penyaman udara, konsol gear, tali keledar, sulaman kerusi dan frem punat tekan mula (push start button). Misalnya, model 1.6 TGDi yang saya pandu menggunakan aksen hijau, manakala 2.0 Active aksen merah.

Pendapat saya, penggunaan warna funki ini sesuai buat mereka berjiwa muda. Seperti kita tahu, Hyundai memang antara pengeluar yang berani bermain dengan warna. Material keras dapat dilihat pada bahagian papan pemuka dan tepi pintu. Varian premium mendapat kerusi kulit, manakala varian pertengahan campuran fabrik dan kulit.

Kerusi pemandu disediakan ciri boleh laras automatik, tetapi kerusi penumpang depan perlu dilaraskan secara manual. Rekaletak  kabin disusun ringkas dan kemas yang mudah diakses pemandu dan penumpang.

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?

Konsep rekaletak begini dinamakan Hyundai sebagai Antaramuka Mesin Manusia (Human Machine Interface, HMI). Motifnya cuma satu, iaitu memudahkan pengguna menyesuaikan diri dengan butang kawalan sekitar papan pemuka. Kedua-dua varian ditawarkan dengan kluster instrumen supervision, unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple Car Play dan Android Auto, dan kawalan klimat AC satu zon.

SUV ini turut dilengkapkan dengan ciri pengecas wayarles Qi, sistem henti lahu Idle Stop, sensor parkir depan dan belakang (2.0 sensor belakang sahaja) dan cermin pandang belakang automalap (untuk 1.6 TGDi High).

Mengenai aspek keselamatan, varian 1.6 T-GDi High dipakejkan sistem bantuan pemandu SmartSense yang terdiri daripada ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki, Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Lampu Suluh Tinggi  Automatik (AHB). Bagaimanapun, varian 2.0 diberikan ciri standard  seperti Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), kamera belakang, enam beg udara dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), serta tidak dilupakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).

PANDU UJI RINGKAS

Pada sesi pemanduan singkat Kona 1.6 TGD-i High menawarkan karakter responsif. Tork pecutan begitu kuat terasa dan dalam situasi pegun dan gerak, saya dapat rasanya tiada masalah jeda turbo (turbo lag) berlaku. Pemanduan begitu lancar dan apa yang mengagumkan saya ialah aspek kualiti pengendalian Kona ketika melayan selekoh.

Kawalan stereng padat dan tepat membuatkan pengalaman membelok pada halaju tinggi rasa meyakinkan. Gejala olengan juga minimum, jauh berbeza dengan model pesaing dari Jepun yang satu lagi, tetapi masih tidak setajam Mazda CX-3. Anjakan gear juga lancar.

Dalam sesi ini, gaya pemanduan tidaklah ekstrem, cuma lebih kepada santai. Pemanduan di lebuh raya memang selesa dan seperti tidak sedar spidometer sudah mencecah 155kmj. Tahap kesenyapan kabin memang terbaik. Desiran angin kedengaran minimum dan begitu juga bunyi kenderaan luar.

Kona 2.0 Active pula lebih kepada pemanduan santai dan linear yang sesuai untuk pemanduan lebuh raya dan bandar. Jika mahu memecut tanpa mod pemanduan, enjin 2.0L MPI sedikit berat, pedal minyak perlu diinjak lebih rapat seiring deruman enjin kuat.

Tetapan suspensi McPherson di depan dan gandar torsion ganda (CTBA) di belakang agak beralun walaupun atas jalan raya biasa yang mungkin membuatkan penumpang belakang rasa kurang selesa. Namun, tetapan suspensi begini sebenarnya bonus untuk pemanduan lasak.

Kehadiran Kona bakal merancakkan lagi saingan SUV segmen-B di Malaysia dengan pesaing seperti Honda HR-V dan Toyota CH-R. Bagaimanapun, dua model ini tidak dipakejkan dengan ciri bantuan pemandu seperti bakal diperkenalkan Proton pada X50 yang akan debut tidak lama lagi.

Harga juga mungkin jadi faktor penentu kejayaan Kona kerana sebagai model CBU, SUV Hyundai ini tiada banyak kelebihan jika mahu berperang harga dengan lawan. Tetapi sekurang-kurangnya Kona datang dengan pakej moden paling lengkap.

BACA >>>#TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?
BACA >>> #ApaNakBuat: Apakah Langkah Keselamatan Perlu Pemilik Bengkel, Mekanik Patuh?

GALERI
Hyundai Kona 1.6 TGDi High
Hyundai Kona 1.6 TGDi High
Hyundai Kona 1.6 TGDi High
Hyundai Kona 1.6 TGDi High
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
hyundai Hyundai Kona Hyundai Kona 1.6 Turbo Hyundai-Sime Darby Motors Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Roda4 SUV SUV segmen-B
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026

    1 Comment

    1. Wan Shaari on 04/02/2021 11:33

      woooo sangat mangagumkan melihat nya, bagaikan mimpi ke Syurga jika saya dapat memilikinya sebuah mesin jentera spoty menerjah kedaerah kita.
      Jika saya mampu pasti saya akan mendahului nya dari yang lain

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.