Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L
Pandu Uji

#PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAIK saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, terik mentari terasa mencucuk kulit hingga biasan haba jalan raya dapat dilihat dari jauh. Saya bersama rakan media lain bergegas berjalan menuju parkir dan disambut mesra kakitangan Honda Malaysia.

Tidak perlu menunggu lama kerana kereta pandu uji sudah sedia menanti, kami pun terus masuk berlindung dalam kabin. Butang penghidup enjin HR-V Hybrid ditekan dan tanpa menunggu lama kami terus melaraskan kawalan suhu penyaman udara secara automatik. Hembusan kipas tahap maksimum meredakan kepanasan badan. Paneh lit lit sungguh Langkawi ni!

BACA >>> Honda Malaysia Lancar HR-V Baharu, Tambah Varian Sport Hybrid i-DCD dan RS

Dalam kabin hanya terdengar deruan kipas penyaman udara kerana tentunya ketika enjin dihidupkan kereta hibrid cuma menjana motor elektrik sebelum trenkuasa utama diambil alih enjin pembakaran dalaman. Warna hitam mendominasi ruan kabin dengan kombinasi kemasan semi kulit untuk upholsteri dan tombol gear kecil di konsol tengah. Inilah perbezaan paling ketara antara model hibrid dan varian HR-V lain.

Seperti model hibrid Honda sebelum ini, Malaysia juga sekali lagi menjadi negara pertama selain Jepun yang memasarkan varian HR-V Hybrid. Model ini dipacu enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang bukan lagi asing dalam kalangan peminat Honda, dan juga digunakan model lain seperti City dan Jazz Hybrid.

Walaupun kapasiti enjin sama, tetapi trenkuasa HR-V Hybrid berbeza kerana didatangkan dengan teknologi suntikan terus yang tiada pada dua model HR-V lain dengan output lebih tinggi. HR-V Hybrid mampu menghasilkan kuasa 130hp @ 6,000rpm dan tork 156Nm @ 6,600rpm.

BACA >>> Honda HR-V Kekal Status Raja SUV Subkompak Malaysia!

Dengan bantuan motor elektrik, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini memiliki kuasa tambahan 29hp @ 1,313-2,000rpm dan tork 160Nm @ 0-1,313rpm. Menurut Honda, angka itu menyamai output dihasilkan enjin 2.0L, sekali gus menjadikan HR-V Hybrid memiliki kuasa tertinggi dalam barisan famili lain. Tentunya hantaran kuasa lancar disalurkan menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

KUASA TIADA TANDINGAN

Kemas kini model HR-V facelift boleh dikesan menerusi gril baharu dengan bar krom sado, lampu depan dan bampar baharu, dan kemasan jalur krom di bahagian lampu belakang. Semua varian HR-V didatangkan standard dengan butang penghidup pintar, penyaman udara automatik, lampu depan automatik dengan lampu siang (DRL), kawalan jelajah, pedal syif, HDMI dan palam USB, empat pembesar suara dan kamera belakang multi sudut.

Lampu depan varian hibrid didatangkan dengan jenis halogen, lampu kabus mentol, stereng tiga jejari kemasan kulit, paparan sistem audio 6.8-inci dan rim aloi dua tona 17-inci. Lebih menarik, sepanjang pandu uji mengelilingi pulau indah ini, kesenyapan kabin atau NVH sangat rendah hingga rasa begitu tenang dan selesa sama ada ketika memandu atau duduk sebagai penumpang.

BACA >>> 9 Fakta Pantas | Honda HR-V Baharu Sedia Ditempah, Varian RS Diperkenal

Trenkuasa hibrid juga diperhalusi menerusi hantaran output kuasa lancar dan pantas. Bagi  respons lebih ummphh, tekan saja butang mod Sport dan SUV ini akan mengubah pemetaan gear dengan keupayaan rev tinggi pada gear rendah.

Malah, deruman ekzos kuat dan sporty menjadikan ia lebih seronok dipandu. Padanan kotak gear DCT 7-kelajuan nyata lebih responsif dengan proses menukar gear lancar, seakan tiada langsung simptom lengah kuasa. Walaupun menggunakan sistem sama, versi hibrid ini menerima sedikit talaan berikutan penambahan komponen bateri lithium-ion.

Kerana itulah ketika memandu varian ini, saya dapat merasakan tetapan suspensi sedikit keras yang menjadikan badan lebih kukuh, tidak seperti varian biasa yang agak lembut. Karakter ini dapat dikesan ketika mengambil selekoh, tiada kesan olengan badan melammpau ketika keluar dan masuk selekoh walaupun hanya tiga individu dalam kereta.

Meredah jalan berselekoh, dan berbukit di Langkawi menawarkan keseronokan tambahan apabila anda mula bermain gear menggunakan pedal syif di sisi stereng.  Pengendalian ini nyata mengubah persepsi lama saya tentang pemanduan HR-V.

KEPINTARAN SUSUNAN KERUSI

HR-V Hybrid juga menawarkan rekabentuk dalaman pintar yang memudahkan pemilik dan penumpang memuatkan pelbagai jenis muatan peribadi tanpa mengetepikan aspek keselesaan penumpang. Bagaimanapun, ruang but belakang sebenarnya dikurangkan sedikit (-30L berbanding versi biasa) bagi menempatkan komponen hibrid.

Namun, masih lagi boleh menampung barangan lima penumpang. Jadi tidak perlulah risau sangat OK. Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bantuan Daki Bukit (HSA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

BACA >>> Honda Jepun Perkenal Vezel @ HR-V Touring dengan Enjin 1.5L VTEC Turbo, 180hp

HR-V Hybrid bukan sekadar kenderaan mesra alam tetapi didatangkan dengan prestasi luar jangkaan. Hantaran kuasa lancar, manakala kawalan badan dan stereng mantap menjadikan model ini wajar berada dalam senarai SUV subkompak wajib beli selain model SUV pesaing atau varian HR-V lain. Tidak mungkin ada penyesalan….

SPESIFIKASI

HONDA HR-V HYBRID

ENJIN: 1.5L DOHC i-VTEC
KUASA: 150hp
TORK: 190Nm
TRANSMISI: Dual-kla (DCT) 7-kelajuan
HARGA: RM120,800

GALERI
Honda Honda HR-V (2019) Honda HR-V Hybrid Honda Malaysia Pandu uji SUV SUV kompak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Lepas L6 2026 Euro
    Elektrifikasi

    Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.