Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!
Pandu Uji

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

Han OthmanBy Han Othman17/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUDI Malaysia
bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi e-tron bersama rakan media, termasuk kami di PanduLaju selama dua hari satu malam (20-21 September).

Perjalanan kami bermula dari Audi Centre Glenmarie, di Glenmarie, Shah Alam, Selangor ke pusat peranginan The Banjaran Hotsprings di Ipoh, Perak sejauh lebih 200km dengan berhenti di beberapa lokasi untuk bersantap dan mengambil foto.

Sebelum terlupa, sesi pandu uji ini melibatkan semua model elektrik e-tron seperti model sportback GT Quattro dan RS GT, termasuk model kenderaan utiliti sukan seperti Q8 dan Q8 Sportback.

Sebagai makluman PHS Automotive Malaysia (PHSAM) selaku pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia melancarkan tujuh model e-tron pada 16 Jun tahun ini melibatkan SUV, sportback dan coupé 4-pintu.

Awal perjalanan dari Audi Centre Glenmarie, saya bersama tiga rakan media lain saling bergilir memandu Audi RS e-tron GT berwarna biru gelap (Ascari Blue).

Luaran model Audi RS e-tron GT dapat dibezakan menerusi rim sport hitam 5 jejari kembar bentuk cengkung (concave) berbanding e-tron GT Quattro dengan rim sport dwi-tona hitam-perak.

Satu lagi visual luaran paling ketara varian ini ialah set kaliper brek merah yang jelas mengancam kerana dapat dilihat dari jauh dengan warna kontras daripada warna badan dan rim.

Pengembaraan kami bermula sekitar jam 10.30 pagi ke hentian pertama di Hentian Rehat & Rawat (RnR) Rawang untuk berehat sebentar dan bertukar pemandu kedua. Cuaca cerah sepanjang pemanduan dan perjalanan bergerak lancar.

Sesi kedua ini giliran saya pula memandu hingga ke restoran Ma-Ni Thai di Hulu Bernam, Selangor untuk singgah makan tengah hari. Makanan semua sedap belaka dalam suasana restoran yang cukup santai dikelilingi suasana dalam hutan tropika.

Perjalanan seterusnya kami singgah di Behrang untuk sesi foto dan ujian drag (launch control exercise) di Behrang sebelum meneruskan perjalanan ke resort The Banjaran Hotspring. Selepas makan malam di Atapas, kami dibenarkan melakukan aktiviti bebas sekitar Bandaraya Ipoh.

Hari kedua kami diluangkan dengan sesi temu bual bersama pengurusan PHSAM di resort mengenai kemas kini produk dan jualan Audi di Malaysia sebelum kami pulang semula ke ibu kota.

PENGALAMAN PANDU UJI AUDI RS e-tron GT

Berikut apa saya suka mengenai coupe gran-turismo 4-pintu Audi ini:

  • Rekabentuk luaran sporty dan elegan menerusi lampu utama LED matriks dengan lampu laser Audi, dan lampu belakang LED bentuk-V yang melintang sepanjang but membuatkan banyak mata memandang setiap kali nampak kelibat kereta sport ini.
  • Ruang dalaman direka minimalis yang tidak banyak mengganggu fokus pemanduan, tetapi lengkap dengan ciri kereta sport moden masa kini seperti unit infotainment skrin sentuh 12.3 inci, kerusi sport, pengecas telefon pintar dan material upholsteri berkualiti tinggi.
  • Berbanding kereta sport biasa, tetapi model berstatus GT ini menawarkan tahap keselesaan tinggi dengan ruang kabin luas untuk pemandu dan penumpang. Duduk lama-lama di belakang pun tiada masalah jika mahu memandu jauh.
  • Pengalaman pemanduan memang semacam memandu model enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan ciri anjakan gear artifisial untuk prestasi cemerlang pada bila-bila masa diperlukan.
  • Kredit kepada deruman akustik yang ditala Audi cukup halus dan rapi mengikut tahap kelajuan kereta. Bunyi akan meligat kuat apabila pedal ditekan laju, dan kembali perlahan apabila kereta sedang perlahan.
  • Pada sesi drag, kelajuan 0-100kmj kereta ini yang sepantas 3.3 saat membuatkan badan saya tersandar dan melekap pada kerusi.

APAKATA PENGURUSAN PHSAM?

Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev (foto kanan) berkata, pihaknya merancang membuka stesen cas pantas (DC) berkapasiti 100kW di semua cawangan pengedar Audi seluruh Malaysia dalam usaha memudahkan pemilik e-tron mengecas kenderaan mereka.

PHSAM juga merancang menawarkan pengecas dinding (wall charger) sebagai pakej pemilikan kepada pemilik e-tron.

Denyu turut menjawab persoalan kenapa pihaknya tidak menawarkan pakej pemilikan secara pajakan (leasing) seperti mana disediakan pesaing lain. Ini kerana mentaliti pengguna Malaysia lebih kepada mahu memiliki kereta itu sendiri, dan bukan sekadar menyewa atau pajakan.

Lagipun kos operasi untuk melaksanakan pakej pajakan adalah sangat tinggi,” kata Bostandzhiev.

Apabila ditanya komposisi pemilik Audi di Malaysia, beliau mendakwa kalangan pembeli Audi adalah sama banyak antara baharu dan lama.

 

 

Audi Audi e-Tron audi e-tron gt Audi Malaysia EV Kenderaan Elektrik (EV) Pandu uji PHS Automotive Malaysia Sdn Bhd (PHSAM) PHSAM roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.