Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!
Auto Terkini

#PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!

DeeBy Dee15/03/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN sudah banyak kali memandu uji Mitsubishi Triton (2019), sekalipun abang tidak pernah rasa jemu. Dengan rupa macho dan pengendalian mantap, sesiapa saja yang mengaku peminat trak pikap pasti akan jatuh cinta apabila sudah pegang stereng model ini.

Ramai bertanya, apa yang best sangat pasal Triton (2019)?

Jom abang kongsikan 7 sebab kenapa abang pilih Triton sebagai trak pikap pilihan terbaik. Semoga maklumat yang dikongsikan di bawah ini dapat membantu anda mencari trak pikap idaman!

BACA >>> Mitsubishi Triton (2019) Lebih Seksi dan Garang Kini di Malaysia, Harga Bermula RM100k

1. WARANTI TERBAIK 

Antara perkara penting perlu diambil kira sebelum beli kereta adalah tawaran waranti. Selepas puas mengkaji, Mitsubishi memang menawarkan pakej waranti terbaik, iaitu selama 5 tahun atau had perbatuan 200,000km (mana satu tiba dulu).

2. KHIDMAT SELEPAS JUALAN MANTAP

Bukan saja waranti, Mitsubishi juga mendapat ranking pertama Indeks Perkhidmatan Pelanggan Malaysia dalam kaji selidik J D Power 2019 selama lima tahun berturut-turut. Mitsubishi adalah antara tiga jenama terbaik dalam kaji selidik sama.

3. KOS SELENGGARA JIMAT

Jadual servis Mitsubishi Triton (2019) – klik untuk zum

Selepas dibandingkan dengan model lain, Triton (2019) adalah antara trak pikap yang menawarkan kos selenggara rendah. Gambar di atas adalah jadual selang servis dan kos penyelenggaraan bermula 0-200,000km.

4. PEMANDUAN LASAK, TENANG

Selain tenang memandu di lebuh raya, paling penting penumpang belakang selesa dan tidak rasa seperti menunggang kuda ketika melalui jalan berlopak dan beralun. Selain meredah lubang dan lopak jalan, kami juga memandu trak pikap ini memasuki kawasan off-road dengan permukaan jalan tidak berturap bagi menguji tahap kelasakan ditawarkan.

Memang mantap. Ini bukan acah-acah trak pikap. Boleh buat melaram, dan boleh juga buat melenjan!

BACA >>> Mitsubishi Triton Knight (2020) – Edisi Terhad 120 Unit, Cuma RM137.9k Sahaja

5. REKOD DUNIA JUARA DAKAR RALLY

Memang bukan trak pikap kaleng-kaleng, Triton ialah pemegang rekod dunia Guiness dengan menjuarai 12 kali perlumbaan Rali Dakar dalam tempoh 13 tahun!

BACA >>> #RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap

6. CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Triton (2019) didatangkan dengan ciri bantuan pemanduan yang terdiri daripada:

  • Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM) – Mengesan kenderaan dan pejalan kaki di depan.
  • Amaran Titik Buta (BSW dengan LCA) – Membantu mengesan kelibat kenderaan lain ketika mahu menukar lorong dengan mengesan objek di belakang atau kawasan sepertiga belakang. Amaran kepada pemandu diberikan secara audibel dan kelipan lampu pada cermin sisi.
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) – Mengelak berlaku perlanggaran ketika mengundur.
  • Sistem Mitigasi Nyahpecutan Ultrasonik (UMS) – Mengurangkan kemalangan yang disebabkan kesilapan tertekan pedal minyak ketika mengundur kenderaan di parkir atau ruang tertentu.

Trak pikap ini turut dilengkapkan ciri keselamatan seperti:

  • 7 beg udara
  • Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA),
  • Stabiliti Aktif dengan Kawalan Traksi (ASTC)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Bantuan Stabiliti Trailer (TSA)
  • Sistem Ambil Alih Brek (Brake Override System, BOS) dan Amaran Rehat (ikut varian)
  • Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB)

7. SENANG DAPAT CARUM INSURAN

Trak pikap adalah jenis ‘kereta panas’ yang selalu jadi perhatian pencuri kenderaan. Namun, ciri keselamatan canggih yang ada pada Triton membuatkan model trak pikap ini mudah mendapat perlindungan insuran dengan caj lebih rendah berbanding pesaing lain.

Berikut senarai harga Triton (2019):

  • Mitsubishi Triton VGT Adventure X – RM135,200
  • Mitsubishi Triton AT Premium – RM118,600
  • Mitsubishi Triton MT Premium – RM112,500
  • Mitsubishi Triton AT – RM105,990
  • Mitsubishi Triton MT – RM100,200

Apapun, jom lupa layan video pandu uji penuh di atas. Abang Gan ada jelaskan panjang lebar pasal 7 sebab kenapa dia pilih Triton.

BACA >>> Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

harga Mitsubishi Triton 2019 Mitsubishi Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton (2019) Pandu Uji Mitsubishi Triton pandu uji Mitsubishi Triton (2019) Review Mitsubishi Triton 2019 Test Drive Mitsubishi Triton 2019 Trak pikap trak pikap berbaloi trak pikap terbaik 2020 video Mitsubishi Triton 2019
Dee

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

    15/06/2026

    3 Comments

    1. IQY on 15/03/2020 22:55

      Back seat selesa tak untuk long distance?

      Reply
    2. amir on 23/03/2020 17:18

      tak selesa tuan. tapi hal ni rasanya memang terpakai untuk hampir semua trak pikap

      Reply
    3. lee june loong on 01/08/2020 11:08

      Back seat paling selesa !!! ada aircon vent dan boleh adjust sendiri. Sama aja mcm duduk belakang CX5

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.