Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Panduan Rating GrabCar, Uber – Berapa Banyak Bintang Patut Anda Beri?
Autotainment

Panduan Rating GrabCar, Uber – Berapa Banyak Bintang Patut Anda Beri?

Han OthmanBy Han Othman01/02/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

panduan-rating-grabcar-uber
JIKA anda pengguna tegar perkhidmatan pengangkutan atas talian seperti GrabCar dan Uber, anda tentu sudah biasa dengan rating bintang yang wajib diberikan kepada pemandu setiap kali selesai menggunakan aplikasi tersebut.

Anda perlu mengetik seberapa banyak bintang daripada lima bintang yang perlu dipilih sebagai menilai tahap kualiti kereta dan pemandu. Semestinya, penilaian yang diberikan ialah subjektif mengikut cita rasa anda. Anda mungkin memberikan rating penuh jika kereta yang anda tumpang itu bersih dan wangi. Ada pula tertarik dengan kemesraan atau kecekapan pemandu. Tidak kurang pula yang memberikan rating penuh kerana sentimen kasihan, mungkin si pemandu seorang pakcik tua dan pelbagai alasan lain.

Apapun, secara normal, rating lima bintang itu bolehlah didefinisikan kepada beberapa tahap kualiti seperti berikut:

TERUK
AGAK TERUK
SEDERHANA
BAIK
SANGAT BAIK

Tetapi, apakah kriteria utama yang sepatutnya anda nilai untuk menentu rating pemandu atau kereta itu teruk atau cemerlang? Jom kami bantu anda. Biar kita sama-sama sepakat tetapkan penanda aras yang sebenar untuk mereka!

1. KERETA BERSIH DAN WANGI – 3 Bintang

tiga-bintang

Sudah tentu ini kriteria paling utama yang perlu anda nilai. Kalau tidak, apa bezanya mereka dengan teksi yang dikritik teruk ramai pengguna? Jika kereta GrabCar/Uber yang anda tumpang itu bersih dan wangi, pemandu itu sudah boleh terus diberikan 3 bintang.

Tidak mengapa kalau luaran atau dalaman kereta yang anda tumpang itu sedikit lusuh, berusia dan uzur, asalkan ia bersih. Kereta pemandu mesti tiada kertas resit, botol minuman kosong atau apa saja sampah dibiarkan bersepah atas lantai. Pastikan tiada barangan peribadi pemandu seperti fail, dokumen, pakaian atau beg diletakkan begitu saja atas kerusi.

Ingat, anda bukan orang asing yang angkat tangan minta ditumpangkan, tetapi anda membayar supaya mereka menghantar anda ke destinasi dengan tenang dan selesa.

2. BERI UCAPAN SELAMAT – 1 Bintang

satu-bintangJika pemandu beri ucapan salam atau selamat seperti Assalamualaikum atau Selamat Pagi/Petang atau Hai/Hello, terus berikan mereka 1 bintang.

Anda tentu sedia maklum bukan semua pemandu petah bercakap, ada juga kalangan kita yang tidak selesa diajak berbual. Tetapi beri ucapan selamat tiada kena mengena dengan semua itu. Ia lebih kepada asas sesuatu perkhidmatan. Sebagai pelanggan, anda perlu rasa dihargai. Jadi memang layak mereka dapat 1 bintang!

3. PATUHI KESELAMATAN JALAN RAYA – 1 Bintang

satu-bintang

Pastikan mereka pakai tali pinggang keledar dan ikut peraturan lalu lintas. Anggap diri anda seperti seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menilai seorang pelatih baru ambil lesen.

Itu semua tentang keselamatan anda juga. Anda tentu tidak mahu nyawa terancam dengan sikap pemandu yang buat peraturan jalan raya sendiri seperti memotong kenderaan atau masuk simpang sesuka hati, melanggar lampu isyarat, memandu terlampau laju dan berbahaya atau sebagainya. Jika mereka lulus, jangan ragu-ragu berikan mereka 1 bintang.


ANDA BUKAN PENUMPANG TEPI JALAN!

lima-bintang

Sekarang, anda sudah berikan rating pemandu Grabcar/Uber itu lima bintang! Cara memberikan rating juga boleh dimulakan dengan lima bintang dahulu sebelum mula mengurangkan rating mengikut kriteria yang gagal dipenuhi pemandu.

Tentang rating tiga bintang untuk hal kebersihan pula, anda mungkin boleh bahagikan kepada tiga tahap, iaitu sangat baik, baik dan sederhana. Berilah rating dengan tepat, tetapi jika kotor, jangan ragu-ragu terus saja tolak tiga bintang.

Anda bukan kejam, tetapi semua kriteria di atas jika diamati bukanlah sesuatu yang susah dibuat. Sesiapa saja boleh lakukannya. Bukankah itu yang kita mahukan sebagai pengguna perkhidmatan pengangkutan seperti GrabCar dan Uber?

Sekali lagi diingatkan, anda bukan orang asing yang melambai tangan minta ditumpangkan seperti dalam drama televisyen! Sebaliknya anda membayar mereka supaya dapat menghantar anda ke destinasi yang dimahukan dengan tenang, selamat dan selesa. Kita cuma mahukan kereta yang bersih, disambut pemandu dengan mesra dan inginkan rasa selamat sepanjang perjalanan.

GrabCar panduan rating GrabCar dan Uber pemandu GrabCar pemandu Uber perkhidmatan pengangkutan atas talian rating GrabCar rating Uber Uber
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

4 Comments

  1. g on 12/07/2017 07:17

    the way u write articke is kinda childish we dont want to read this kind of sentence blerhhhh

    Reply
    • AO on 12/07/2017 15:46

      K

      Reply
  2. peace, love, empathy on 14/01/2018 05:03

    mohon maaf tuan, penarafan sebegini tidak dtg dr cara berfikir yg holistik & nurani yg murni.

    pemandu juga tlh berusaha sedaya upaya. utk mberikn yg terbaik. jgn menenyeh bintang mengikut selera n ego. ini mjejaskn periuk nasi sekeluarga pemandu. ada ibu,adik, anak dan isteri yg hndak ditanggung.

    Reply
  3. Siye on 10/02/2018 03:25

    Waklo bintang2

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.