Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Peugeot 208 GTi Ada Umphh
Pandu Uji

PANDU UJI: Peugeot 208 GTi Ada Umphh

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1270727ALANGKAH seronoknya dapat memandu kereta baru pulang ke kampung halaman, apatah lagi ketika sambutan Tahun baru Cina, baru-baru ini.

Bukan saja seronok bawa pulang kereta baru, perasaan teruja lebih memuncak apabila diberi peluang memandu Peugeot 208 GTi, model hatchback segmen B berkuasa tinggi.

P1270741Mana tidaknya, jentera yang saya pandu ketika pulang beraya sentiasa menjadi perhatian ramai sehingga ada yang menjeling tak puas hati. Haha…

Sebelum bercerita lebih lanjut pengalaman sepanjang mengemudi jentera ini selama seminggu, ada baiknya saya perkenalkan satu persatu kehebatannya.

HARGA:

  • Peugeot 208 GTi – RM139,888 (atas jalan termasuk insurans)

2 WARNA MENARIK:

  • Digital White (putih)
  • Rogue Red (merah)

Melihat pada harga ditawarkan, mungkin ramai beranggapan ia sedikit mahal dan mempunyai pelbagai pilihan jenama lain.

Ya, sudah pasti Kehadiran 208 GTi dijangka memberi saingan sengit kepada model supermini sedia ada seperti Volkswagen Polo GTI, Renault Clio RS200 EDC, Honda CR-Z, Citroen DS3 dan Audi A1. Saya pasti anda akan mendapat jawapan sebaik memandu jentera ini.

PRESTASI TINGGI

Sedia maklum, lencana GTi sememangnya sinonim dengan model Peugeot siri-2 dan dikenali umum sebagai jenama yang mendapat sentuhan kejuruteraan automotif terkini daripada pembabitan aktif pengeluar automobil dari Perancis itu dalam arena perlumbaan.

P1270776Bermula daripda model 205 GTi, 206 GTi dan 207 GTi, kemunculan 208 GTi adalah isyarat mengenai keghairahan dan kesungguhan Peugeot dalam menghasilkan kereta berprestasi tinggi.

LUARAN

Berasaskan genetik model  208 standard, 208 GTi diperhalusi dari segi prestasi dan gaya dengan bermotifkan aspirasi jentera berprestasi tinggi. Penampilan gril radiator bercorak dam (petak) memberikan pandangan 3D memukau, ditambah pula lampu utama dengan LED siang. Dinamisme 208 GTi diekspresikan menerusi identiti luaran dan imej spesifik yang mudah dikenali berasaskan postur karakter tersendiri.

Antaranya, garis lekuk badan serba baharu, sil khas dan kemasan krom sepanjang bawah bingkai tingkap, manakala rim aloi 17 inci dua tona rekaan Carbon menyerlahkan visual kelajuan ketika memecut laju di atas jalan raya.

P1270699

Imej paling menyentap perasaan pencinta kereta sejati sudah tentu lencana GTi di bucu bingkai tingkap belakang dan sudut kanan but. Menambahkan lagi daya penarik 208 GTi adalah kehadiran spoiler dengan deretan LED brek ketiga dan rekaan baru difuser bampar dengan kemasan garis krom berserta set paip ekzos berkembar yang juga dikromkan.

DALAMAN

Memasuki ruang dalama, tona merah gelap bergabung dengan hitam sebagai warna asas 208 GTi dapat dilihat pada roda stereng, pemegang pintu, tombol gear, ventilator, kluster meter dan kerusi.

Apa yang membuatkan saya teruja adalah kehadiran imej sporty dengan kemasan upholsteri menggunakan material kuliy Club Nappa dengan fabrik Caro Weave menerusi trim benang merah yang melatari balutan kulit pada panel papan pemuka, roda stereng, panel pintu, brek tangan, tombol gear, kerusi dan perehat lengan.

P1270765P1270761  P1270760  P1270759  P1270782

Beberapa bahagian kabin diberikan sentuhan kemasan aluminium seperti pedal kaki dan sil pintu yang siap tertera logo GTi, termasuk tombol gear dan roda stereng bentuk-D.

Selain perubahan material, 208 GTi masih mengekalkan rekabentuk asal 208 standard yang memuatkan skrin sentuh definisi tinggi (HD) 7 inci, penyaman udara zon duaan, radio digital dalam format DAB, sambungan Bluetooth, fungsi striman (streaming) audio, sistem audio dengan enam pembesar suara yang diaputkan kawalan volum dan bantuan Parkir Pintar.

PEMANDUAN

208 GTi dijana enjin 1.6L turbo skrol berkembar tekanan tinggi (twin scroll turbo high pressure) dengan suntikan terus yang menghasilkan kuasa 200hp dan tork puncak 275Nm.

Hadir bersama transmisi manual 6-kelajuan, pecutan 0-100kmj 208 GTi mampu dicapai dalam masa 6.8 saat saja dengan kelajuan maksimum 230kmj. Ya, memang pantas!

P1270736P1270751    Sepanjang pemanduan, mahu mencapai kelajuan 100kmj cukup mudah. Apatah lagi ketika beraksi di kawasan lebuh raya. Penukaran gear manual 6-kelajuan dapat dilaksanakan dengan mudah selain dan terasa lembut tidak melenguhkan kaki saat berhadapan kesesakan lalu lintas.

Saat mengambil selekoh pada kelajuan sederhana, kerjasama antara sistem suspensi depan mengunakan topang MacPherson dan bar anti- goleng, manakala belakang sedia berkompromi dengan lengan ekor (trailing arm) dan gandar anggota-silang (cross-member axle) dinamik cukup meyakinkan.

Ketepatan membrek pula diperkuat dengan penggunaan set rim aloi 17 inci dan tayar 205/45 serta brek cakera ventilasi 302mm di depan dan 249mm (belakang) yang mampu membuatkan anda menarik nafas lega dan yakin ketika menghadapi situasi di luar jangka.

Apa yang boleh saya simpulkan, Peugeot 208 GTi ini nyata memahami kehendak anak-anak muda yang inginkan sebuah jentera yang menarik dan pada masa sama tidak melupakan aspek prestasi.

Jika saya mempunyai kemampuan, mungkin 208 GTi ini menjadi antara jentera prestasi tinggi yang termasuk dalam senarai. Anda pula bagaimana? Kalau tak percaya, apa kata pandu uji dahulu sebelum mengkritik!

P1270699SPESIFIKASI

ENJIN 1.6L Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dengan Suntikan Terus, DOHC, 4 silinder sebaris 16-valve VTI
TRANSMISI Manual 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 200hp@5,800rpm
TORK MAKSIMUM 275Nm@1,700-4,500rpm
0-100KMJ 6.8 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 230kmj
CIRI 6-beg udara, Program Stabiliti Elektronik (ESP), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Traksi (TRC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek Elektronik (EBA) dan Agihan Daya-Brek Elektronik (EBFD).
HARGA RM139,888 (termasuk insurans dan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, serta servis Bantuan Peugeot 24-jam seumur hidup)

Audi A1 Citroen DS3 Honda CR-Z Nasim Pandu uji Peugeot 208 GTi Peugeot 208 Peugeot 208 GTi Renault Clio RS200 EDC Test Drive Peugeot 208 GTi Volkswagen Polo GTI
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.