Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Mazda6
Pandu Uji

PANDU UJI: Mazda6

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/12/20141 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1250679SUPERB!!! Ayat pertama saya sebaik mengemudi Mazda6, model sedan segmen D yang meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV. Mana tidaknya, Mazda6 memiliki tubuh badan garang, seksi dan elegan. Ditambah pula dengan kehadiran teknologi baharu yang dikenali SKYACTIV.

Bagi mereka yang tidak tahu, SKYACTIV adalah teknologi yang merangkumi elemen kejututeraan bagi setiap komponen untuk membangunkan sebuah kenderaan terbaik.

Dengan adanya kehadiran teknologi ini mampu membantu meningkatkan kecekapan, prestasi enjin dan transmisi. Tujuannya dibangunkan hanya satu iaitu agar ia menjadi lebih ringan dan cekap.

Baiklah, saya akan kupaskan satu persatu apa hebatnya Mazda6 ini sehingga ia berjaya menarik perhatian.

LUARAN – Menarik

Mazda6 hadir dalam tiga varian iaitu 2.0L, 2.5L sedan serta Grand Touring 2.5L. Unit pandu uji saya untuk kali ini adalah Mazda6 2.5L. Melihat keseluruhan jentera ini, kehadiran garis lekuk pada kedua-dua bahagian sisi jelas terserlah dan tampak lebih aerodinamik.

P1250697P1250690    P1250703

P1250745  P1250732  P1250692  P1250701P1250677Dari pandangan depan, rekaan gril berlatarkan warna hitam bersama kemasan jalur krom menaikkan lagi impak keanggunan bergaya masa kini.

Lebih menyerlah, padanan lampu Bi-Xenon bersama lampu LED siang pada bahagian hadapan serta lampu belakang berbucu tajam, seakan kelopak mata yang tampak macho.

DALAMAN – Gaya Eksklusif

Berada di dalam kabin pula, gabungan ciri sport warna gelap ternyata memberi gaya eksklusif dan luas. Kekemasannya jelas teserlah dengan kerusi dibaluti kulit didatangkan dengan kuasa elektrik. Ruangan papan pemuka pula tampak kental selain menyediakan dua tempat letak air pada perehat tangan di bahagian penumpang belakang.

P1250712P1250715    P1250707

P1250763  P1250762  P1250724  P1250674Lebih seronok, hasil bunyi dari sistem audio skrin sentuh yang dihasilkan dengan 11 pembesar suara premium Bose, jenama yang tidak asing lagi bagi peminat automotif kerana bunyi dihasilkan sangat baik seperti mana turut diaplikasikan pada model SUV CX-5.

Bukan saja hebat di luar, saya juga dapat merasakan keseronokan memandu sepanjang mengemudi jentera kini selama tiga hari.

IMG_0231PRESTASI – Mengagumkan

Hadir dengan transmisi automatik 6-kelajuan bersama enjin SKYACTIV-Drive, ia mampu menghamburkan kuasa 185hp pada 5,700rpm dan tork 250Nm (3,250rpm).

Sepanjang pemanduan, untuk mencapai kelajuan 160kmj adalah perkara mudah untuk jentera ini. Apa yang boleh saya simpulkan, penukaran gear cukup responsif dan selesa walaupun memandu pada kelajuan tinggi.

Cuma, enjin sedikit mengaum dan agak kedengaran dari dalam kabin apabila pedal minyak ditekan secara agresif.

IMG_0264Secara peribadi, saya lebih suka menggunakan pedal gear terutamanya ketika mengambil selekoh. Walaupun mengambil selekoh pada kelajuan sederhana iaitu sekitar 100kmj, Mazda6 masih stabil dan tidak bergoyang hasil bantuan teknologi SKYACTIV yang diserapkan pada kerangka badan dan casis.

Kawalan stereng juga mantap dan stabil yang pastinya membuatkan sesiapa saja bersemangat mengambil selekoh.

TEKNOLOGI BAHARU

Selain itu, Mazda6 turut membangunkan dua teknologi inovasi terbaru iaitu sistem i-ELOOP dan i-STOP di mana kedua-dua teknologi ini memerluakan antara satu sama lain. Bunyi macam pelik, tapi apakah fungsinya?

i-ELLOP adalah sistem penjanaan semula hasil daripada pembrekan dan hanya ditawarkan pada varian 2,5L saja.

Apabila saya menekan brek, bateri akan dicas di mana tenaga itu akan digunakan untuk menjana instrumen elektronik di dalam kereta semasa kenderaan berhenti. Ia akan mengambil masa sekitar 10 saat untuk mengecas penuh.IMG_0233i-Stop pula adalah sistem yang akan mematikan enjin secara automatik apabila berhenti sepenuhnya atau menekan brek. Misalnya ketika berhenti di lampu isyarat.

Apabila brek dilepaskan, enjin akan kembali normal semula. Gabungan kedua-dua teknologi ini mampu menjimatkan pembakaran bahan api sehingga 10 peratus. Dalam erti mudah, ia seakan kereta hibrid.

Kata orang, tidak lengkap kesempurnaan kereta sehebat ini jika tidak merumuskan ciri keselamatan yang disediakan.

ASPEK KESELAMATAN

Selain memiliki enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS), Mazda6 turut didatangkan dengan Smart City Brake Support (SCBS).

SCBS akan berfungsi apabila kenderaan bergerak pada kelajuan rendah (20kmj), secara automatik brek akan diaktifkan jika sistem mengesan kereta terdapat objek di hadapannya seperti mana turut digunakan pada kenderaan Volvo dan Ford Focus.

IMG_0522Dalam bahasa mudah, kereta akan berhenti sendiri jika hendak terlibat kemalangan pada kelajuan rendah. Untuk mengesahkannya, wakil media diberi peluang melakukan ujian ini. Terbukti, ianya berkesan dan hanya ditawarkan bagi varian 2.5L saja.

Dari sini, kita dapat lihat syarikat pengeluar kenderaan ini semakin yakin untuk memberi dan menghasilkan produk-produk terbaik buat bakal pelanggannya terutamanya dengan kemunculan Mazda6.

Selain menawarkan pemanduan dramatik, Mazda6 turut disempurnakan ketelitian kemewahan bergaya pada setiap pembinaan kereta ini.

Dengan adanya lambakan sedan mewah di pasaran tempatan, Mazda6 adalah taruhan terbaik Bermaz untuk bersaing dalam segmennya dan saya yakin, jentera ini pasti ‘meletup’ yang tercari-cari keunikan dalam kesempurnaan.

IMG_0099SPESIFIKASI:
MAZDA6 SKYACTIV-G 2.5L

ENJIN SKYACTIV-Drive, 4-silinder DOHC dengan 16 injap
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 185hp@5,700rpm
TORK MAKSIMUM 250Nm@3,250rpm
0-100KMJ 8.1 saat
HARGA RM189,745.50

Agihan Brek Elektronik (EBD) Bantuan Brek (BA) Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) KODO Mazda6 2.5 Sedan Pandu Uji Mazda6 Pandu uji Mazda6 2.5 Sedan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Smart City Brake Support (SCBS) Teknologi SKYACTIV
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

18/11/2025
Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
Pandu Uji

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.