Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Mazda CX-5 2.5L (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Mazda CX-5 2.5L (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1210316APABILA SUV ini menjengah pasaran Malaysia pada Mei 2012, perhatian yang diberikan ke atasnya cukup memberangsangkan. Selain model kompak Mazda3, CX-5 sememangnya watak penting dalam mempopularkan kembali jenama Mazda di mata pengguna tempatan.

CX-5 jentera yang cukup istimewa. Ia dianggap sebagai pengubah permainan (game changer) bagi Mazda. Sebabnya mudah. CX-5 menjadi model pertama yang mengaplikasikan sepenuhnya teknologi SKYACTIV dan  menerapkan rekaan KODO – Soul of Motion Design.

SKYACTIV secara ringkasnya adalah penyelesaian terhadap keperluan pengguna yang mahukan kenderaan jimat minyak dan mesra alam dan penting sekali, tidak berkrompromi dalam aspek keselamatan, prestasi dan pemanduan.

Jadi, SKYACTIV meliputi semua aspek kenderaan seperti enjin, transmisi, kerangka dan casis. Semua komponen tersebut direka agar lebih ringan, cekap dan melakukan kerjasama jitu.

PERBEZAAN

Sebelum ini saya pernah pandu uji CX-5 2.0L versi CKD dan CBU. Sudah tentu terdapat beberapa ‘luxury item’ yang terdapat di model CBU tidak ada di model CKD.

Paling ketara ialah secara praktikalnya. Model CKD tidak didatangkan bersama bumbung suria. Kedua, sistem suara BOSE dengan 11 pembesar suara digantikan dengan sistem audio bersama enam pembesar suara. Perbezaannya? Memang ketara bagi mereka yang ‘kaki audio.’

P1210276P1210339    P1210267P1210259Selain itu, ketiadaan ciri dibezakan menerusi varian yang dipilih. Contohnya, varian rendah tidak mempunyai sistem kemasukan tanpa kunci, lampu DRL (Day-time running lights), tempat duduk kuasa yang dibalut kulit, kawalan jelajah dan lampu Bi-Xenon.

Terbaharu, saya diberi peluang memandu uji CX-5 bersesaran 2.5L. Yang pasti, kehadirannya pasti menggembirakan mereka yang inginkan sebuah SUV berkuasa tinggi. Saya turut tidak terkecuali mahu merasakan tujahan kuasa bersedia menerima arahan. Dari sini, saya dapat merasakan perbezaan kuasa antara CX-5 2.0L dan 2.5L.

P1210338PRESTASI: Berkuasa Tinggi

Dari aspek mekanikal, CX-5 yang dipandu uji ini menggunakan enjin petrol DOHC SKYAVTIV –G bersesaran 2.5L. Ia berupaya menghasilkan kuasa maksimum 185hp pada 5,700rpm dan tork puncak 250Nm (3,250rpm). Lebih jelas, kuasa yang dijana adalah 30hp lebih tinggi berbanding enjin 2.0L.

Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear SKYACTIV-DRIVE automatik 6-kelajuan yang menjanjikan pemanduan lancar dan menjimatkan.

Sepanjang pemanduan, saya memilih laluan melibatkan lebuhraya dan jalan kampung yang sememangnya mencetuskan minat saya untuk memahami karakter pemanduan.

PEMANDUAN: Lancar

Sebaik melabuhkan punggung dan memegang stereng, saya teruja dan bersedia untuk ‘lenjan’ jentera ini. Sebaik menekan butang penghidup enjin, bunyi enjin ternyata lebih senyap dan lancar.

Maklum balas gear bertindak responsif apabila menyusuri kawasan lebuhraya dengan kelajuan 160kmj. Untuk mendapatkan kuasa pecutan yang lebih, saya hanya perlu menukar kepada transmisi manual. Ternyata, kuasa dihasilkan tidak mengecewakan.

P1210325P1210308    P1210296P1210279Ketika itu, kelajuan jentera ini mencapai sehingga 180kmj dan saya merasakan pedal minyak masih mempunyai ruang untuk ditekan. Walau bagaimana, saya melupakan hasrat untuk menekan lagi pedal minyak kerana ia sudah mencapai sasaran dengan prestasi ditunjukkan pada sebuah SUV.

Enjin juga tidak terlalu bising apabila pedal minyak ditekan secara agresif dan respon enjin juga tidak menghampakan. Cuma disebabkan ketinggiannya, anda tidak digalakkan mengambil selekoh pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan risiko terbabas.

P1210252P1210305  P1210298  P1210341  P1210286P1210262KUALITI: Tiada Kompromi

Kualiti buatan dapat dilihat dengan jelas pada bahagian kabin CX-5. Anda tidak akan jumpa ruang komponen yang ternganga luas. Semuanya dicantum dengan kemas, sekali gus mencipta ambien selesa, mewah dan memuaskan hati.

Secara peribadinya saya sukakan CX-5 varian 2WD  terutama dalam aspek pemanduan. Ia rasa lebih ringan berbanding model AWD. Namun, versi AWD menawarkan cengkaman lebih baik terutama bila melalui jalan  licin. Jika anda sekadar memandunya di bandar, 2WD sudah memadai.

Apa yang pasti, pengenalan CX-5 yang juga model SKYACTIV pertama adalah isyarat jelas betapa seriusnya Mazda Jepun terhadap potensi jenama tersebut di pasaran negara ini dan serantau.

SPESIFIKASI
Mazda CX-5 2.5L

ENJIN DOHC SKYAVTIV –G
TRANSMISI SKYACTIV-DRIVE automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 185hp @5,700rpm
TORK MAKSIMUM 250Nm @3,250rpm
CIRI KESELAMATAN 4WD-ABS, EBD dengan BA, DSC dan TCS, 6 beg udara dan lain-lain
HARGA RM165,083 (atas jalan termasuk insurans)

bermaz Motor KODO Mazda CX-5 Mazda CX-5 CBU Mazda CX-5 CKD Pandu uji Mazda CX-5 skyactiv Skyactiv-Drive Skyactive-G
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.