Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Kia Optima K5 (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Kia Optima K5 (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/08/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1200352

WALAUPUN sosok penampilan model segmen D ini masih lagi hangat di atas jalan raya Malaysia, tidak lama selepas itu muncul pula Optima K5 baharu yang disebut Kia sebagai model diperhalusi (refined). Dalam erti kata sebenar, Optima K5 bukanlah versi total baharu sepenuhnya dan bukan pula versi facelift dengan penampilan rupa dan ciri ‘biasa-biasa’ sahaja.

Sebagai model yang dibina khas buat pembeli di bawah umur 40 tahun yang mengutamakan keselesaan famili, Optima K5 turut mementingkan gaya sebagai salah satu cara ekspresi diri dalam pakej harga mampu milik.

LUARAN: Rekabentuk Diperhalusi

Masih mengekalkan rekabentuk ikonik sedia ada pada model terdahulu, Optima K5 tampil dengan beberapa sentuhan luaran diperhalusi, membabitkan rekabentuk serba baharu pada bampar depan dengan difuser udara, garis pinggir (edge) but yang lebih tajam berserta spoiler dan rim aloi 18 inci, termasuk rekabentuk semula ke atas bampar belakang dengan difuser udara dan lampu belakang dengan LED.

Tidak ketinggalan juga penampilan dan ciri luaran serba baharu yang ditampilkan menerusi gril heksagon, lampu utama dengan LED siang, lampu belok, lampu kabus kiub ais dalam empat kluster dan cermin sisi ‘burung camar’ yang boleh dilipat automatik.

P1200376  P1200321  P1200328  P1200367

P1200331  P1200368  P1200339  P1200347

DALAMAN: Mewah & Selesa

Memperincikan bahagian kabin, keselesaan pemandu dan penumpang menjadi keutamaan Optima K5 dengan menawarkan kualiti kemasan mewah dan halus. Struktur tempat duduk direka semula dengan menambah baik sokongan kerusi dan keselesaan lutut, termasuk menaik taraf penampilan upholsteri kepada tahap premium menerusi penggunaan material, kemasan dan trim kabin berkualiti tinggi.

Beberapa rekabentuk kabin direka semula dan diperhalusi seperti kunci pintar untuk butang penghidup elektrik, pemegang pintu, trim pintu dengan kemasan logam cerah, panel audio dan penyaman audio dengan fungsi teknologi tinggi dan stereng bentuk-D kemasan berkilat yang berinspirasi perlumbaan. Panel meter di depan pemandu menampilkan kluster penyeliaan dengan skrin LCD-TFT 4.3 inci, cukup jelas untuk paparan pelbagai maklumat penting seperti amaran pintu terbuka, tahap ekonomi bahan api dan lain-lain.

Bukan saja pemandu, Optima K5 kini turut menawarkan kerusi ventilasi udara kepada penumpang depan untuk ekstra keselesaan. Posisi kerusi kuasa (power seat) pemandu boleh dilaraskan secara 8-tetapan berserta fungsi memori yang membolehkan anda mendapatkan posisi pemanduan terbaik dengan hanya menekan satu butang. Ciri tersebut tidak hanya eksklusif buat pemandu, kini penumpang depan juga ditawarkan kerusi kuasa dengan fungsi 4-tetapan tanpa memori. Dapatkan posisi terbaik pemanduan anda hanya dengan menekan satu butang memori.

P1200313  P1200294  P1200310  P1200295

P1200302  P1200309  P1200316  P1200319

PRESTASI: 3 Mod Pacuan Jadi Ciri Baharu

Prestasi sedan mewah ini mempertaruhkan kehebatan enjin Nu 2.0 CVVL yang menghasilkan kuasa maksimum 163hp dan tork maksimum, 198Nm dalam transmisi automatik 6-kelajuan. Pemanduan sentiasa lancar dan meyakinkan. Malah, tahap ekonomi bahan api yang sebelum ini agak bermasalah dengan jenama Kia, kini memberikan keputusan mengagumkan.

Optima K5 juga menjadi model Kia pertama dilengkapi teknologi Pilihan Mod Pacuan yang menawarkan tiga mod berbeza berasaskan prestasi pemanduan, iaitu Eco, Normal dan Sport. Pilih saja untuk disesuaikan dengan gaya pemanduan anda. Pedal anjakan dikekalkan dengan sedikit perubahan rekabentuk, termasuk susun atur butang audio, Bluetooth dan kawalan jelajah auto (auto cruise) pada roda stereng.

Tahap kebisingan jalan juga diminimumkan sebanyak 3.3dB berbanding model terdahulu menerusi peningkatan struktur rim aloi, penambahan baru peredam dinamik palang belakang dan penaiktarafan material pengadang roda belakang daripada fabrik bukan tenun kepada filamen selanjar gebu (bulk continuous filament-BCF). Penggunaan peredam prestasi tinggi (HPD) pada sistem suspensi juga menjadi antara ciri Optima K5 yang diperhalusi untuk memberikan lebih keseronokan dan keselesaan pemanduan.

Tidak lengkap penampilan Optima K5 tanpa ciri keselamatan tinggi yang sememangnya menjadi prioriti setiap model Kia. Setiap bahagian kaca kereta disadur bahan hidrofobik yang membuatkan setiap butiran hujan mengalir lebih pantas apabila bersentuhan dengan permukaan kaca Optima K5, sekali gus memberikan kejelasan pandangan kepada pemandu.

Sama seperti ciri keselamatan kereta moden lain, Optima K5 turut dilengkapi Program Stabiliti Elektronik (ESP) membabitkan gabungan Sistem Brek Anti-Kunci dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Bantuan Brek (BAS) dan Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC). Selain tingkap kuasa dengan ciri anti-jepitan (anti-pinch), Optima K5 dimuatkan sistem 6-beg udara, lampu utama automatik dengan suluhan iring (escort) yang menyala 15 saat apabila enjin dipadamkan bagi tujuan keselamatan.

Sistem hiburan menawarkan lapan pembesar suara jenama Infinity dengan kualiti kejelasan tinggi bersama set audio skrin sentuh TFT-LCD bersaiz 4.3 inci yang membariskan fungsi Bluetooth, pemain CD dan sambungan USB, iPod serta auksiliari.

Menyenaraikan setiap ciri Optima K5 tidak ubah seperti menulis resepi masakan yang paling sukar dimasak kerana setiap ramuan terlalu banyak. Selain apa yang ditulis di atas, jangan dilupakan kehadiran bumbung panoramik, brek parkir elektronik, sensor parkir, bilah pengelap dengan sensor hujan, penyaman udara zon duaan, cermin kromik elektronik (ECM), kamera pandang belakang dan ruang storan pintar. Jika berminat, pilih saja mana-mana warna berikut, Snow White Pearl (putih), Satin Metal (perak), Aurora Black (hitam) dan Smokey Blue (biru).

P1200371

P1200373      P1200348

KESIMPULAN

Sama seperti anda, saya sendiri teruja menyenaraikan satu persatu kehebatan sedan ini. Terpulang anda untuk menilai sama ada sedan saiz pertengahan ini berbaloi dimiliki atau tidak. Mungkin sekarang tiba masanya anda beralih angin daripada jenama sedan yang kedekut serba serbi kepada model seperti Kia yang pemurah. – Azhan Othman

P1200385

SPESIFIKASI
ENJIN Nu 2.0 CVVL
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 163hp@6,500rpm
TORK MAKSIMUM 198Nm@4,800rpm
CIRI 6-beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Bantuan Brek (BAS), Program Stabiliti Elektronik (ESP), ISOFIX, lampu utama auto, sensor parkir, sensor hujan, sistem tanpa kunci (keyless entry), bumbung panoramik.
HARGA RM149,888 (termasuk insurans dan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan)

Kia Kia Optima K5 Sedan 4-Pintu Segmen D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Kia PV5 WAV 2026 (Wheelchair Accesible Vehicle)
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Tayang di KLIMS

    03/07/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.