Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Kembali Gegar, Kini di Lokasi Baru – MITEC
Auto Terkini

Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Kembali Gegar, Kini di Lokasi Baru – MITEC

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA gembira buat peminat automotif seluruh negara kerana Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) dimaklumkan akan kembali berlangsung tahun ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, KLIMS akan terus kekal sebagai acara kereta yang unggul peringkat kebangsaan dan memainkan peranan penting dalam industri automotif di Malaysia.

“Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kos operasi perniagaan yang memberikan kesan ke atas pengeluar, sektor automotif tempatan dijangka berdepan satu lagi tahun mencabar.

BACA >>> #GIIAS2016: Baca 8 Info Travel Ini Supaya Cuti-Cuti Indonesia Anda Tidak Lagi Klise

“MAA dan pengeluar kereta terkemuka berpendapat 2018 adalah masa sesuai untuk mengadakan pameran kereta bagi menghidupkan kembali sentimen pengguna, menjelaskan kewujudan jenama, dan mengukuhkan industri,” katanya.

Menurut Aishah, kehadiran semula KLIMS 2018 turut didorong pembukaan pusat pameran terbesar negara, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

“MAA yakin tapak baru KLIMS akan memberikan pengalaman baru kepada pempamer dan pengunjung,” tambah Aishah lagi.

Berikut Info Ringkas Tentang KLIMS 2018:
  • KLIMS 2018 bakal berlangsung bermula 23 November – 2 Disember 2018 di MITEC, Kuala Lumpur
  • Tema KLIMS 2018 ialah ‘Beyond Mobility’. Pilihan tema adalah tentang usaha mempersiapkan industri automotif bagi menghadapi cabaran pasaran masa depan, di samping memenuhi keperluan pelanggan masa kini.
  • Kedatangan KLIMS 2018 ialah siri ke-9 selepas kali terakhir penganjuran lima tahun lalu.
  • KLIMS 2018 dijangka dapat menarik kehadiran lebih 350,000 pengunjung sepanjang tempoh 10 hari acara.
  • KILMS 2018 akan menghimpunkan pengeluar utama industri automotif tempatan dan antarabangsa, pengusaha dan peniaga kereta, pembekal aksesori, penyedia perkhidmatan berkaitan kereta dan peminat automotif termasuk orang ramai dalam satu acara permotoran berorientasikan keluarga di Malaysia.
  • KLIMS 2018 dijangka kembali menggegar dengan ruang pameran seluas lebih 50,000 meter persegi, dan disertai lebih 100 pempamer serta menarik lebih 350,000 pengunjung.
  • Antara jenama terawal mengesahkan ruang pameran ialah Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Kawasaki, Kia, Lexus, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Perodua, Proton, Toyota, UD, V-Kool dan 3M. 

Sebarang maklumat lanjut mengenai KLIMS 2018, sila layari laman web KLIMS.com.my, atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd di talian +603-7842 9863 dan e-mel info@trade-link-group.com

GALERI

Auto Terkini AutoShow KLIMS 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 pameran kereta Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) roda2 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.