Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Opibus Cipta Motosikal Elektrik Mampu Miliki, Praktikal untuk Orang Afrika, Harga RM5.4k
Roda2

Opibus Cipta Motosikal Elektrik Mampu Miliki, Praktikal untuk Orang Afrika, Harga RM5.4k

AryonBy Aryon22/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kenderasan elektrik (EV) dari Kenya, Opibus melancarkan motosikal elektrik, yang juga jentera dua roda elektrik pertama dibina di Afrika dengan mengetengahkan ciri mampu milik dan praktikal untuk pengangkutan tempatan.

Motosikal elektrik itu adalah projek kajian bersama dengan salah satu universiti terkemukan Sweden dan akan dijual pada harga anggaran kira-kira AS$1,300 (RM5,440) yang dijadualkan memasuki pasaran tahun depan.

Model tersebut mampu ditunggang hingga 200km dengan kelajuan maksimum 90kmj. Kos perbelanjaan dikatakan cuma separuh daripada motosikal petrol konvensional yang dijangka berpotensi memberikan impak besar terhadap pasaran.

BACA >>> #TahukahAnda: Pemandu Afrika Selatan Boleh Pasang Penyembur Api untuk Lawan Perompak

Opibus ditubuhkan pada 2017 di Sweden dengan misi mewujudkan penyelesaian mobiliti elektrik baharu untuk pasaran yang semakin berkembang.

Kenya mjadi lokasi ibu pejabat pengeluar itu, dipilih bukan kerana menjadi satu-satu negara sub-Afrika Sahara yang pantas berkembang, tetapi turut memiliki jumlah pengguna petrol dan diesel ramai.

Produk pertama Opibus ialah kereta pacuan empat roda (4×4) konvensional yang diubah suai kepada elektrik seperti Toyota Land Cruiser, dan Land Rover Defender yang sudah pun berada di pasaran sebelum disusuli bas elektrik.

BACA >>> Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun

Kini, pengeluar itu mendedahkan motosikal elektrik pertama yang direka serba baharu sepenuhnya dan bukan model ubah suai.

Antara ciri utama motosikal elektrik Opibus ialah:

  • Dua bateir besar boleh alih menambah jarak tunggangan.
  • Selain cas semula, unit bateri boleh ditukar pakai di stesen cas.
  • Direka dengan struktur lasak supaya jadi mampu milik dan praktikal.
  • Dwi-absorber di belakang dan pelana besar membolah penunggang membawa muatan hingga 150kg.
  • Ada panel meter digital slik dan lampu utama LED serta boleh dicas menggunakan soket domestik.
  • Ada tangki rata yang berfungsi sebagai storan berkunci.

  • Menggunakan teknologi elektronik hemat tenaga.
  • Tampil lasak dan praktikal dengan dwi-absorber, pelana dan rak besar untuk memaksimumkan praktikaliti membawa muatan, enjin tengah dan rantai ditutup untuk memudahkan penyelenggaraan.

  • Bateri kembar 2.9kWh mudah diakses, ditanggalkan dan dicas semula.
  • Mampu menjana kuasa 12hp dan tork 185Nm, cukup unyuk kelajuan maksimum 90kmj dan jarak tunggangan sejauh 200km.

BACA >>> BMW Concept CE 02 – Idea Motosikal Elektrik Mini untuk Remaja Bandar?
BACA >>> Davinci DC100 – Motosikal Elektrik Dengan Ciri Robotik

SUMBER: MCN

Auto Terkini Kenya motosikal elektrik motosikal EV Opibus roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.