• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Pemandu Afrika Selatan Boleh Pasang Penyembur Api untuk Lawan Perompak

#TahukahAnda: Pemandu Afrika Selatan Boleh Pasang Penyembur Api untuk Lawan Perompak

December 12, 2020 By AO Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 1990-an, jenayah keganasan semakin menjadi-jadi di Afrika Selatan, terutama di ibu kota Johannesburg yang menyaksikan peningkatan kes seperti pembunuhan, serangan fizikal, rogol dan rompakan kenderaan antara tertinggi dunia.

Sebagai respon kepada masalah berkenaan, pereka tempatan Charl Fourie menghasilkan 'Blaster', juga dikenal sebagai 'BMW Flamethrower' iaitu mekanisme penyembur api yang dipasangkan pada sisi bawah pintu kereta.

Apabila kereta diserang sekumpulan perompak ketika berhenti di jalan raya, (senario tipikal yang biasa berlaku), mangsa boleh mengetik suis dan menyemburkan api sejauh 5 meter ke arah penjenayah yang cuba memasuki kenderaan menerusi pintu atau tingkat.

Fourie berkata, walaupun mekanisme itu sukar menyebabkan kematian, tetapi cukup untuk membutakan penjenayah. Di Afrika Selatan ketika itu, undang-undang membenarkan mangsa menggunakan senjata maut untuk mempertahankan diri jika nyawa terancam. Jadi pemilikian penyembur api seperti Blaster tidak dihalang.

Kewujudan mekanisme itu mencetuskan kontroversi kerana dikhuatiri menyebabkan perompak cenderung melakukan pembunuhan dengan melepaskan tembakan sebelum menyamun kereta mangsa, iaitu taktik yang juga kerap dilakukan kumpulan penjenayah.

Walaupun tidak diharamkan, tetapi harga tinggi di pasaran menyebabkan kereta dengan penyembur api itu gagal mengaut keuntungan. Menjelang 2001, cuma beberapa ratus unit saja dijual. Fourie kemudian memutuskan menarik balik peranti tersebut dan dijual berasingan sebagai penyembur saiz poket yang lebih murah.

Pada 2009, statistik jenayah bunuh di Afrika Selatan mencatatkan pengurangan hampir 50 peratus sejak 1999, tetapi serangan fizikal masih membimbangkan dan tidak banyak berubah. Jenayah rompakan kereta dan rogol pula meningkat, kekal sebagai antara tertinggi di dunia.

BACA >>> Kes Jenayah Jejas Jualan Moped, Piaggio UK Pula Tawar Peranti GPS Percuma
BACA >>> Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Afrika Selatan, auto terkini, Blaster, BMW, BMW Flamethrower, Charl Fourie, Flamethrower, Jenayah di Afrika Selatan 1990-an, Penyembur Api, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my