Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#NYIAS2017: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Dodge Challenger SRT Demon (2018)
Roda4

#NYIAS2017: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Dodge Challenger SRT Demon (2018)

Han OthmanBy Han Othman18/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS kira-kira 10,000 teaser (ya, sepuluh ribu foto + video, bukan satu atau dua) beredar di laman maya, Dodge Challenger SRT Demon akhirnya melakukan debut di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2017. Bagi peminat automotif Amerika Syarikat (AS), Dodge adalah antara pengeluar automobil paling disegani rakyat negara Uncle Sam itu.

Ketika pengeluar-pengeluar AS lain cuba berlembut dan bertoleransi dengan tuntutan pasaran global, Dodge pula mengambil sikap angkuh dan sombong. Malah, setiap model dibangunkan Dodge boleh dianggap sebagai simbol ketulenan kejuruteraan AS di mata dunia. Tidak hairanlah media-media sana begitu kecoh bercerita tentang Dodge Challenger SRT Demon. Apa benda yang hebat sangat dengan ‘Syaitan’ ini?

1. KUASA KUDA 840hp, TORK 1,044Nm!

Dengan enjin supercaj (supercharged) 6.3L – sama seperti saudaranya, Hellcat – enjin Demon dinaik taraf hingga berkuasa 840hp dan tork 1,044Nm!

Sebenarnya, kuasa dimiliki Hellcat pun sudah cukup mengujakan (707hp dan 881Nm). Tetapi tidak cukup bagi Demon.

Output tambahan dicapai daripada saiz supercaj besar yang dipadukan bersama enjin 2.7L. Semua kuasa yang dijana itu dipindahkan pula ke roda belakang menerusi transmisi automatik 8-kelajuan.

2.  PECUTAN ~100KMJ SEPANTAS 2.3 SAAT

Menurut Dodge, kereta ini mampu memecut 0 – ~100kmj sepantas 2.3 saat. Terima kasih kepada ciri khas drag, iaitu brek transmisi yang seumpamanya dipasang pada kereta pengeluaran. Sistem ini berfungsi menyambung gear depan dan undur serentak untuk mengelak kereta ‘menggelupur’ ketika enjin sedang menghimpun kelajuan sebelum diluncurkan bagai roket.

3. SUKU BATU (402 METER) 9.65 SAAT

Apakah perbezaan pecutan 0-100kmj dan suku batu (402 meter)? Bezanya, pecutan suku batu adalah merujuk kepada ukuran standard panjang  trek drag. Ini bermakna dalam jarak tidak sampai separuh kilometer, Demon cuma memerlukan kurang 10 saat untuk memecut hingga 225kmj ke garisan penamat.

Kebetulan, kelajuan tersebut ialah had maksimum ditetapkan Persatuan Hot Rod Kebangsaan (NHRA) untuk mana-mana lumba drag anjuran badan penguatkuasa sukan permotoran itu di AS. Maknanya, Demon hampir pasti diharamkan menyertai sebarang perlumbaan drag di bawah NHRA kerana kerana terlajak laju. Sebagai makluman, kelajuan maksimum Demon ialah 270kmj!

4. TAYAR SANGAT LEBAR

Dengan kelebaran 12-inci, tayar 315/40R18 Nitto NT05R memang dibikin khas untuk berlumba drag, termasuk beraksi mengasah tayar (burnout). Ciri punat pengunci-garis atau line-lock turut membantu memudahkan aksi burnout dengan mengunci tayar depan dan pada masa sama membebaskan tayar belakang untuk meligat laju, sekali gus mnghasilkan kepulan asap.

5. KOTAK TRANSFORMASI

Disebut sebagai Demon Crate (Kotak Demon), pemilik akan diberikan beberapa kelengkapan dan alatan penting yang memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian jalanan dan trek.

Antaranya, jek lantai, beg alatan, perengkuh impak dan tork, serta lain-lain barang supaya pemandu sentiasa dapat bersiap sedia berlumba pada bila-bila masa. Turut disertakan ialah set tayar kedua yang siap dengan logo Demon pada penutup tengah.

6. LEBIH RINGAN DARIPADA HELLCAT

Walaupun seberat 1,950kg, Demon lebih ringan kira-kira 97.5kg berbanding Hellcat. Pengurangan berat banyak dibantu komponen ringan seperti brek, suspensi dan roda, termasuk menggadaikan kerusi belakang. Segalanya demi kelajuan.

7. BOLEH GUNA OKTANA 100+

Demon didatangkan dengan Modul Kawalan Trenkuasa (PCM) yang membolehkan Demon beroperasi menggunakan bahan api Oktana 100+ atau RON100, termasuk mencampur adukkan antara bahan api Oktana rendah dan tinggi. PCM turut menawarkan pilihan mod untuk disesuaikan dengan gaya pemanduan dan keperluan trek seperti Auto, Drag dan Custom.

8. BONET SEJUK

Menurut Dodge, Demon ialah kereta pengeluaran pertama memuatkan sistem pendingin udara (air chiller) caj cecair-kepada-udara yang menggunakan sistem penyaman udara kereta untuk menyejukkan suhu ambilan udara sebanyak 7.22°C.

9. SKUP BONET BESAR

Bagi membolehkan enjin kekal sejuk dan bernafas dengan betul, Demon juga dibekalkan dengan skup bonet besar yang juga terbesar pernah dipasang pada sesebuah model pengeluaran. Dengan lebar 45-inci, udara dapat disuapkan lebih banyak. Jadi, tidak hairanlah kereta ini mampu menghasilkan output yang cukup buas.

10. PENGELUARAN TERHAD

Harga belum diumumkan, tetapi dijangka berada dalam julat harga Hellcat. Bagaimanapun, pengeluaran yang dihadkan kepada 3,300 unit mungkin melonjakkan lagi harga jentera ini. Pengeluaran Demon barisan pertama akan menyaksikan 3,000 unit dijual di AS, manakala 300 lagi di Kanada.

Ada 14 warna ditawarkan, iaitu B5 Blue (biru cerah), Billet Silver (perak), Destroyer Grey (kelabu cerah), F8 Green (hijau), Go Mango (jingga), Granite Crystal (kelabu), Indigo Blue (biru gelap), Maximum Steel (hitam), Octane Red (merah gelap), Pitch Black (hitam pekat), Plum Crazy (ungu gelap), TorRed (merah cerah), White Knuckle (putih ) dan Yellow Jacket (kuning).

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Dodge Dodge Challenger SRT Demon (2018) New York International Auto Show 2017 NYIAS 2017 Pameran Auto Antarabangsa New York (2017) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Range Rover GT – Model Paling Senyap, Rekaan Lebih Rendah

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026
Auto Terkini

OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

23/07/2026
Roda4

Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.