Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan X-Trail ‘Facelift’ Tampil Teknologi Semi-Autonomi, Rupa Lebih Mengancam
Roda4

Nissan X-Trail ‘Facelift’ Tampil Teknologi Semi-Autonomi, Rupa Lebih Mengancam

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NISSAN memperkenalkan barisan baharu X-Trail versi dipertingkat atau facelift dalam usaha menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kekal kompetitif. Bermula dengan perubahan visual, SUV baharu ini kini tampil dengan gril ‘V-Motion’ lebih lebar dan dipadankan dengan rekaan bampar baharu berserta set kluster lampu utama diperbaharui yang disepadukan bersama lampu siang (DRL) berbentuk boomerang.

Rekabentuk belakang juga direka semula dengan menyerlahkan kemasan krom dan sepasang lampu belakang LED-penuh, manakala rekaan rim aloi 17 dan 18-inci turut diperkemas. Menambahkan seri X-Trail facelift ini ialah empat warna baharu sebagai pilihan pengguna.

TEKNOLOGI SEMI-AUTONOMI

Nissan X-Trail (2014)
Nissan X-Trail facelift

Menjengah ruang kabin, Nissan mengetengahkan roda stereng sporty yang serupa dengan model Micra baharu, ventilator penyaman udara hitam berkilat, kerusi depan dan belakang dengan pemanas, termasuk opsyen kulit hitam dua-tona menggunakan trim Tekna. Pakej kabin juga dinaik taraf, di mana ruang but bagi versi 5-kerusi kini lebih luas iaitu 564 liter, berbanding 550 liter bagi model terdahulu.

Nissan X-Trail juga didatangkan dengan teknologi semi-autonomi, ProPilot yang mana sistem itu mampu mengawal stereng, memecut dan membrek dalam laluan lurus di lebuh raya, ketika kesesakan lalu lintas teruk dan memandu dalam kelajuan tinggi.

Sistem bantuan pemandu lain adalah termasuk Pembrekan Kecemasan Pintar dengan Pengecaman Pejalan Kaki (Intelligent Emergency Braking with Pedestrian Recognition) dan Amaran Lalu Lintas Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Alert – RCTA). Pilihan tiga enjin dikekalkan, iaitu 1.6L petrol, 1.6L diesel (3 varian) and 2.0L diesel (3 varian) dengan dipadukan transmisi variabel berterusan (CVT) dan manual 6-kelajuan dalam format 2WD atau 4WD.


Apakah Nissan Malaysia menerusi Edaran Tan Chong Motor akan membawa masuk X-Trail facelift versi Amerika itu untuk pasaran Malaysia. Tidak dinafikan penampilan SUV facelift itu lebih mengancam, terutama bahagian belakang. 😀

GALERI

Nissan X-Trail facelift

SUMBER: Car Scoops

Edaran Tan Chong Motor Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan X-Trail Nissan X-Trail facelift 2017 Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

13/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026

2 Comments

  1. Izzat on 03/06/2017 23:22

    Ini nissan rouge utk pasaran usa.full spec.bonet belakang pun full auto.

    Reply
    • AO on 04/06/2017 06:12

      Mula Rouge gen-2 dan X-Trail gen-3 sudah kongsi platform sama. Dua-dua tu boleh dirujuk sebagai model serupa untuk pasaran negara masing-masing. Cuma nama berbeza

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.