Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan X-Trail (2021) Mula Jual di Amerika, Harga Mula RM106k
Roda4

Nissan X-Trail (2021) Mula Jual di Amerika, Harga Mula RM106k

Abang HirataBy Abang Hirata09/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI Malaysia, Nissan X-Trail adalah antara pilihan model kenderaan utiliti sukan (SUV) popular pengguna Malaysia yang mahukan SUV yang menawarkan konfigurasi tempat duduk 7-kerusi.

X-Trail T32 di pasaran sekarang ialah model generasi ketiga atau kedua untuk versi Amerika Syarikat (AS), yang dikenali sebagai Rouge. X-Trail dan Rogue T32 mula dijual pada 2013, bermakna sudah lama di pasaran mengikut standard kitaran produk masa kini.

Di AS, Rogue sudah pun digantikan model generasi ketiga (T33) pada Jun tahun ini dan mula memasuki bilik pameran seluruh negara Uncle Sam itu bulan ini. Berapakah harga Rouge (2021)? Model asas iaitu Rogue S FWD dijual pada harga AS$25,650 (RM106,510).

BACA >>> ETCM Perkenalkan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL, Harga Mula RM139k

Rekabentuk SUV segmen-C ini membawakan gayaan ranggi dan bersegi, berbeza berbanding gaya slik yang menjadi trend pengeluar lain seperti Kia Sorento atau Toyota RAV-4.

Bahagian depan Rogue membawa evolusi rekaan Dynamic Shield dengan gril V-motion. Menariknya adalah cara Nissan mengadaptasi dua lampu ala Livina baharu. Dari sisi tidak banyak garisan dramatik kecuali pendakap pintu untuk gaya kontemporari. Dari belakang pula, Rogue tampil ranggi dengan garis dan bentuk bersegi.

Rupa dalaman tampil canggih dengan tiga skrin digital, iaitu paparan dongak (HUD) berwarna 10.8 inci, kluster meter Digital Dashboard 12.3 inci dan unit infotainment skrin sentuh jenis apung 9 inci.

Menggerakkan Rogue ialah enjin 2.5L QR25DE berkuasa 181hp dan tork 245Nm serta dipadankan transmisi CVT dalam dua pilihan pacuan, iaitu roda depan (FWD) atau semua roda (Intelligent AWD). Kemungkinan trenkuasa hibrid akan menjadi alternatif kepada pengguna seperti ditawarkan Rogue T32.

BACA >>> Proton X70: Bukan Sekadar Tukar Logo dan Stereng Kiri ke Kanan

Bukan setakat di AS, pasaran Malaysia turut ditawarkan dengan X-Trail Hybrid. Mengenai ciri keselamatan, semua varian Rogue dilengkapi teknologi Nissan Safety Shield 360 sebagai ciri standard. Selepas jualan di AS, ke mana pula destinasi Rogue atau bilakah X-Trail akan dilancarkan di negara lain?

Walaupun Nissan ialah syarikat Jepun, X-Trail yang dijual di negara itu masih lagi model sekarang. Juga masih belum ada maklumat mengenai SUV itu untuk pasaran Malaysia. Jika rasmi dibawa, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) perlu menggunakan strategi sesuai bagi menyaingi Proton X70.

Berikut harga dan varian Rouge (2021):

  • Rogue S FWD – AS$25,650 (RM 106,650)
  • Rogue SV FWD – AS$27,340 (RM113,680)
  • Rogue SL FWD – AS$32,000 (RM133,060)
  • Rogue Platinum FWD -AS$35,430 (RM147,320)
  • Rogue S AWD – AS$27,050 (RM112,470)
  • Rogue SV AWD – AS$28,740  (RM119,500)
  • Rogue SL AWD – AS$33,400 (RM138,880)
  • Rogue Platinum AWD – $36,830 (RM153,140)

BACA >>> Nissan Maxima 40th Anniversary Edition, Abang Besar Almera dengan Enjin 3.5L V6, 300hp!

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Rouge Nissan Rouge (2021) Nissan X-Trail Roda4 SUV SUV kompak SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
    Auto Terkini

    Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor Pusat Prestasi Nismo Buka di Australia

    25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.