Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Patrol NISMO (2022), SUV Edisi Khas untuk Pak Arab, Harga RM434k
Roda4

Nissan Patrol NISMO (2022), SUV Edisi Khas untuk Pak Arab, Harga RM434k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN menambah satu lagi produk berkuasa tinggi dalam barisan NISMO dan kali ini bukan varian sedan atau kereta coupe, tetapi kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz penuh, Patrol yang cuma dijual untuk pembeli Timur Tengah sahaja.

Model dipanggil Patrol NISMO (2022) itu nampaknya masih produk generasi keenam (Y62), tetapi menerima sentuhan kosmetik lebih agresif selain talaan spesifikasi baharu. Berikut perinciannya:

  • Ada empat warna pilihan, White Pearl (putih), Black Solid (hitam), Gray (kelabu) dan Silver (perak). Model ini cuma ditawarkan di Timur Tengah pada harga cuma 385,000 dirham (RM434,190).
  • Trenkuasa jenis aspirasi biasa (NA) 5.6L V8 yang ditala semula untuk menghasilkan kuasa 428hp, lebih 28hp berbanding versi standard. Tork kekal sama 560Nm, tetapi memiliki rev lebih tinggi berbanding Patrol V8 biasa.

  • Struktur badan diperkuat untuk meningkatkan ketegaran dengan sistem suspensi diubah kepada jenama Bilstein. Rim aluminium 22 inci RAYS pada Patrol Nismo ini 4.5kg lebih ringan berbanding stok standard. Talaan lain membabitkan sistem stereng kuasa untuk pengendalian lebih baik.
  • Menggunakan kit badan, termasuk set bampar gaya agresif saiz lebih lebar dan gril depan signatur V-motion baharu corak sarang lebah (honey comb) hitam dengan tambahan lencana Nismo. Aksen merah turut dikenakan pada bampar depan dan belakang.

BACA >>> Kembar Patrol, Nissan Armada (2020) Kini di AS, Harga Bermula RM197k

  • Bahagian belakang dipasang spoiler bumbung dan bampar belakang beserta difuser selain dan sistem ekzos sport. Model SUV ini menggunakan lampu kabus LED mirip kereta Formula Satu (F1).
  • Kabin dihiasi tona merah-hitam yang menonjolkan sifat agresif. Stereng dibalut material Alcantara dan kemasan gentian karbon di beberapa sudut dalaman kabin. Sulaman benang merah dikenakan pada stereng, panel pintu, konsol tengah dan papan pemuka.
  • SUV ini turut diberikan bantuan pemanduan elektronik sebagai ciri standard seperti pengesan pejalan kaki, cermin pandang belakang digital dan Bantuan Suluh Lampu Tinggi (HBA).

BACA >>> Perbandingan: Kereta Apa Lagi Boleh Beli dengan Harga Perodua Ativa AV, RM72k?

SUMBER: CarThrottle | Motor1 |MotorAuthority

Nismo Patrol UAE Nissan Nissan Patrol Nismo (2022) SUV Nissan Patrol
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.