Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Leaf (2018) Kembali! Mampu Redah Sejauh 378km, Tiada Lagi Rekaan Alien
Roda4

Nissan Leaf (2018) Kembali! Mampu Redah Sejauh 378km, Tiada Lagi Rekaan Alien

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS tujuh tahun menyepi, Nissan Leaf kini kembali dengan rekabentuk dan trenkuasa serba baharu yang dinaik taraf. Bersedia dilancarkan menjelang Pameran Motor Frankfurt 2018, Leaf (2018) dijangka berada di pasaran Jepun seawal Oktober nanti sebelum disusuli Amerika Syarikat (AS), Kanada, dan Eropah pada harga sebelum insentif bermula AS$29,990 (RM127,322).

Leaf (2018) dikuasakan pek bateri litium-ion 40kWh yang dipadankan bersama motor elektrik berkuasa 147hp dan tork 320Nm. Menurut Nissan, unjuran anggaran-EPA di AS adalah pada 241km, manakala dibawah ujian Eropah, sekitar 378km.

Tempoh mengecas mengambil masa 16 jam menerusi plag 3kW, dan 8 jam (plag 6kW). Leaf (2018) turut menyokong fungsi pengecasan pantas yang mampu mengecas bateri hingga 80 peratus dalam tempoh 40 minit.

TEKNOLOGI TERMAJU

Model kenderaan elektrik (EV) itu turut menampilkan beberapa teknologi termaju yang tiada pada pesaing lain, dipanggil ProPILOT, iaitu teknologi pemanduan autonomi lorong-tunggal. Sistem tersebut secara automatik mengawal jarak dengan kenderaan hadapan pada kelajuan antara 30kmj dan 100kmj, termasuk mengekalkan kedudukan kereta di tengah lorong jalan.

Jika diperlukan, sistem tersebut juga mampu menghentikan Leaf sepenuhnya, manakala satu sentuhan mudah pada pendikit akan mengaktifkan semula ProPILOT. Teknologi berkenaan turut memuatkan fungsi parkir autonomi yang menggunakan 12 sensor ultrasonik sekeliling kereta untuk memudahkan pemandu memarkir kenderaan mereka.

TIADA LAGI REKAAN PELIK

Antara tambahan lain ialah teknologi e-Pedal yang ditawarkan sebagai ciri standard. Teknologi tersebut membolehkan pemandu memecut, menyahpecut, berhenti dan mengawal kereta menggunakan pedal minyak. Menurut Nissan, tetapan pedal tunggal boleh digunakan pada kadar lebih 90 peratus bagi purata keperluan seseorang pemandu.

Antara ciri teknologi lain ialah Intervensi Lorong Pintar (ILI), Amaran Keluar Lorong (LDW), Brek Kecemasan Pintar (IEB), Amaran Titik Buta (BSW), Pengecaman Tanda Trafik (TSR), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Monitor Papar Keliling Pintar (IAVM).

Sementara itu, rekabentuk luaran dan dalaman direka berbeza berbanding model lama yang diperkenalkan pada 2010. Tiada lagi rekabentuk EV pelik, sebalik Leaf (2018) menampilkan banyak garis badan halus yang dipadukan dengan rekaan serba matang. Antara rekaan paling menonjol ialah lampu utama dan belakang baharu, gril depan tersendiri dan pilar-C tipis.

GALERI

e-pedal EV Kenderaan Elektrik (EV) Nissan Nissan LEAF (2018) ProPILOT Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.