Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Armada NISMO 2026 – Besar dan Sporty, Gabungan Rekabentuk dan Fungsi
Auto Terkini

Nissan Armada NISMO 2026 – Besar dan Sporty, Gabungan Rekabentuk dan Fungsi

Abang HirataBy Abang Hirata25/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NISSAN Armada NISMO 2026 diperkenal pada Jun lalu. Kenderaan utiliti sukan (SUV) body-on-frame seberat 2,767 kilogram ini telah direka semula dengan teliti untuk menawarkan keseimbangan sempurna antara bentuk dan fungsi, menjadikannya sesuai untuk jalan raya berliku.

Di Timur Tengah, model ini dikenali sebagai Nissan Patrol NISMO. Warisan sukan permotoran legenda Nissan menjadi asas bagi pereka bentuk untuk menerapkan prestasi dan ketepatan pada Armada NISMO.

 

Mitsunori Morita, Ketua Reka Bentuk NISMO, menjelaskan pendekatan mereka,

“Semua model NISMO dilengkapi teknologi perlumbaan yang diasah di litar. Dengan pendekatan reka bentuk saintifik, kami telah mencipta kecantikan fungsional.”

Reka Bentuk Luaran yang Menyerlah dan Aerodinamik

Armada NISMO 2026 menonjol dengan reka bentuk luaran yang berbeza daripada varian Armada lain. Perubahan utama termasuk fascia hadapan dan belakang yang gah dan unik, ambang sisi, dan roda.

Penampilan sporty ini bukan sekadar estetik semata-mata, kerana banyak perubahan direka untuk meningkatkan prestasi.

Morita menjelaskan kesan aerodinamik,

“Reka bentuk aerodinamik NISMO meningkatkan daya mendap dan penyejukan tanpa menjejaskan pekali seretan secara negatif.

Chin spoiler di bawah bampar mengawal aliran udara di bawah kenderaan secara optimum. Side air splitter dan  tirai udara mencipta aliran udara yang pantas dan lancar di sisi badan, menghasilkan daya mendap dengan menyedut udara keluar dari ruang roda.”

Di bahagian hadapan, gril baharu yang besar membantu menyalurkan udara ke enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar. Enjin ini menghasilkan 460 kuasa kuda (hp), peningkatan 35 hp berbanding varian lain.

Fascia hadapan turut menampilkan saluran yang diarahkan ke brek untuk penyejukan yang lebih baik. Brek cakera besar dilengkapi dengan kaliper merah eksklusif NISMO dan ditempatkan di belakang roda tempa RAYS 22-inci, yang 23% lebih ringan daripada roda model standard.

Di bahagian belakang, aspek aerodinamik diteruskan dengan spoiler, side air splitter dan air diffuser.

Morita mengesahkan peningkatan prestasi aerodinamik, dengan menyatakan,

“Komponen ini meningkatkan kawasan tekanan negatif di bahagian bawah kenderaan dan meningkatkan daya mendap sambil mengurangkan seretan.”

Turut menarik pada bahagian luar, aksen merah menyerlahkan mesej prestasi tinggi, terutamanya apabila digandingkan dengan cat Stealth Gray eksklusif NISMO, yang merupakan salah satu daripada empat pilihan warna yang ditawarkan.

Di bawah hud, penutup enjin merah dan plak peringatan NISMO menyerlahkan penalaan khas yang dilakukan oleh pekerja Takumi yang mahir di kilang Nissan di Jepun.

Ruang Dalaman yang Berinspirasikan Perlumbaan

Tumpuan pada prestasi turut dibawa ke dalam kabin, di mana setiap perincian mengimbangi kesukanan dan keselesaan. Pereka bentuk Nissan menghiasi ruang dalaman dengan bahan dan ciri unik NISMO.

Tempat duduk dihiasi kemasan merah dan mengingatkan akar sporty Armada NISMO. Tempat duduk ini menggabungkan bentuk dan fungsi, dilengkapi dengan fabrik Ultrasuede tidak licin dan bolster sisi pneumatik yang boleh dilaras.

Aksen merah dan kelabu diguna dengan meluas, gabungan uni NISMO ini boleh digunakan pada papan pemuka, konsol tengah, corong udara, dan stereng, yang menampilkan jalur tengah merah yang diinspirasikan daripada perlumbaan.

Di sebalik stereng pula terdapat tolok unik NISMO. Butiran dalaman lain termasuk pedal aluminium dan pencahayaan ambien pelbagai warna.

Pasaran Amerika Syarikat

Patrol NISMO melengkapkan penawaran Armada yang menampilkan enam varian, termasuk PRO-4X untuk off-road dan Platinum Reserve yang ultra-mewah.

SUV NISMO ini dijangka tersedia untuk pasaran A.S pada musim luruh atau di antara bulan September hingga November 2025.

Kredit gambar: Nissan

Nissan Nissan Armada Nissan Armada NISMO Nissan Patrol Nissan Patrol NISMO
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Presiden CAKE, Mohd Yusrizal Yusof
    Auto Terkini

    Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20

    14/05/2026
    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.