Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Nissan Kitar Semula Sisa Cat Jadi Bahan Binaan, Kurangkan 1,200 Tan Sisa Setahun
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Nissan Kitar Semula Sisa Cat Jadi Bahan Binaan, Kurangkan 1,200 Tan Sisa Setahun

Abang HirataBy Abang Hirata26/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NISSAN memperkenalkan satu lagi inisiatif kelestarian apabila bekerjasama dengan Takayama Group untuk menghasilkan bahan binaan menggunakan kalsium karbonat yang diperoleh semula daripada proses mengecat kenderaan.

Hasil kerjasama itu menyaksikan penghasilan kepingan penebat akustik TS-12 dan TS-20, yang dibangunkan khusus untuk kegunaan industri pembinaan.

Nissan membekalkan kalsium karbonat yang dipulihkan sebagai bahan mentah, manakala Takayama Group bertanggungjawab mengeluarkan serta memasarkan produk tersebut.

Usaha itu menyokong konsep ekonomi kitaran dengan menukar sisa pengeluaran kepada bahan binaan bernilai tinggi, sekali gus mengurangkan jumlah sisa industri yang dihantar untuk dilupuskan.

Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE dibawa ke Malaysia.

Habuk Cat Boleh Digunakan Semula

Dalam proses mengecat kenderaan, sebahagian cat yang disembur tidak melekat pada badan kenderaan. Zarah halus ini, atau habuk cat (paint mist), kebiasaannya disedut oleh sistem pengudaraan ke dalam tangki air di bawah ruang semburan cat sebelum dirawat sebagai sisa industri.

Bagi mengatasi masalah itu, Nissan memperkenalkan sistem dry booth di kilang Tochigi dan Oppama.

Berbeza dengan sistem konvensional yang menggunakan air, teknologi ini menggunakan penapis berisi kalsium karbonat untuk memerangkap habuk cat.

Hasilnya, bahan tersebut dapat dikumpulkan dalam keadaan kering dan pepejal, sekali gus memudahkan ia digunakan semula sebagai bahan mentah.

Penebat Bunyi Lebih Mesra Alam

Takayama Group, menerusi Takayama Kasei Co., Ltd. sebagai pengeluar dan Taiho Co., Ltd. sebagai pemasar, membangunkan kepingan penebat akustik TS-12 dan TS-20 menggunakan kalsium karbonat yang dipulihkan.

Menurut Nissan, berbanding produk konvensional, bahan binaan baharu itu mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) melebihi 30 peratus, sambil mengekalkan prestasi penebat bunyi yang tinggi.

Kurang Sisa, Jimat Kos Pelupusan

Melalui penggunaan semula bahan tersebut, Nissan menjangkakan beberapa manfaat utama dapat dicapai setiap tahun, antaranya:

  • Mengurangkan kira-kira 1,200 tan sisa industri
  • Menjimatkan kos pelupusan sisa sekitar 25 juta yen (RM634 ribu)

Sasaran Digunakan Pada Komponen Automotif Bermula 2030

Selain penggunaan dalam sektor pembinaan, Nissan turut merancang untuk memperluaskan penggunaan kalsium karbonat yang dipulihkan itu ke dalam komponen automotif bermula 2030.

Menurut syarikat, kerjasama dengan Takayama Group membuktikan bahawa sisa industri tidak semestinya berakhir sebagai bahan buangan, sebaliknya boleh dijadikan sumber bernilai melalui pendekatan kitar semula.

Kredit gambar: Nissan

Nissan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.