Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ninja H2 SX SE (2018) – Kenapa Superbike Jelajah Ini Begitu Istimewa?
Roda2

Ninja H2 SX SE (2018) – Kenapa Superbike Jelajah Ini Begitu Istimewa?

ZYBy ZY15/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUPERBIKE jelajah atau touring bike terbaharu Kawasaki, Ninja H2 SX memang dinantikan peminat jenama motosikal terkenal dari Jepun itu.

Menggunakan jentera supercas Kawasaki Ninja H2 sebagai asas, Ninja H2 SX adalah versi lebih praktikal dengan enjin dan ergonomik ditala semula untuk keselesaan tunggangan jalanan. Tambahan pula, tanda harga AS$19,000 (RM74,829, harga tempatan belum didedahkan), membuatkan Ninja H2 SX berada dalam senarai pembelian berbaloi.

Namun, jika berkemampuan, Ninja H2 SX SE yang berharga AS$22,000 (RM86,644) adalah versi lebih lengkap. Ada satu sebab utama kenapa versi ‘SE’ sedikit mahal, ada Lampu Belok (Cornering Light) LED. 😀

JAUH BERJALAN, LUAS PANDANGAN

Tidak seperti desas desus sebelum ini, khabarnya lampu mata tunggal atau mono-eye Ninja H2 akan diapit sepasang lampu LED pelbagai sudut yang membentuk jajaran lampu utama. Sebaliknya, rekaan akhir H2 SX SE mengekalkan rekaan mono-eye asal dengan tambahan Cornering Light pada setiap sisi fairing depan (kiri dan kanan).

BACA >>> Kawasaki H2GT – Jentera HyperSports-Tourer dengan Teknologi Lampu Adaptif, Debut November Ini

Menariknya, setiap kolum Cornering Light dikuasakan tiga lampu yang lebih kecil. Ini bermakna, Cornering Light H2 SX SE bukan saja mampu memberikan pencahayaan pada paksi melintang, tetapi juga menegak! Baiklah, mungkin sukar dibayangkan, tetapi ilustrasi disediakan Kawasaki di bawah ini mungkin dapat membantu pemahaman anda.


Merujuk gambar di atas, tanpa Cornering Light (OFF), suluhan lampu utama kelihatan terbias ke luar selekoh dan menyukarkan anda melihat arah jalan dituju.

Sebaliknya, dengan Cornering Light yang diaktifkan secara berperingkat (ON) mengikut sudut miring motosikal (10°, 20° dan 30°), dan tambahan kombinasi suluhan lampu utama, radius pencahayaan jadi lebih meluas dan menyeluruh sama ada dalam atau luar selekoh.

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

Menurut Kawasaki, teknologi Cornering Light dikawal Unit Unjuran Inersia (Inertial Measurement Unit-IMU)  terbina yang berfungsi mengesan sudut miring motosikal. IMU akan bertindak sebagai sensor, dan Cornering Light diaktifkan hanya apabila motosikal dikesan sudah mula mengambil selekoh. Ini memberikan anda bantuan pencahayan lampu yang lebih luas tanpa menyilaukan pandangan pengguna jalan raya lain.

BEZA AS$3,000 (RM11,815), BERBALOI ATAU TIDAK?


Mungkin anda rasa ciri Cornering Light tidak berbaloi dengan harga premium yang ditawarkan. Tetapi ingat, atas jalan raya apa saja boleh terjadi.

Lebih-lebih lagi jika anda sedang bermotosikal pada waktu malam di kawasan pergunungan, kampung atau pedalaman. Jadi, fungsi Cornering Light memang tidak dapat dinafikan akan membantu anda mengesan sebarang kelibat haiwan, manusia atau sebarang entiti lain (gulpp…) yang gemar menjadikan tepi jalan sebagai port melepak.

Panel Meter TFT
Soket 12V
Quick Shifter

Jika masih tidak cukup meyakinkan, Ninja H2 SX SE turut dilengkapi panel instrumen LCD TFT berwarna dengan ciri multi info canggih yang menyokong mod paparan berbeza, paparan penggunaan brek dan terotel, termasuk bacaan daya-G.

Kalau H2 SX versi standard sudah cukup canggih dengan pilihan mod traksi dan kuasa, kawalan jelajah dan brek enjin, tetapi untuk versi SE, touring bike itu ditambah pula ciri Kawalan Luncur (Launch Control) dan Quick Shifter atas-bawah. Model SE turut didatangkan dengan deflektor angin lebih tinggi, tongkat tengah, brek hos steel-braided (besi pintal), soket 12v dan pemanas grip. Semua ciri tersebut memang dijamin membantu perjalanan kembara anda.

BACA >>> #RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna ‘Trademark’ Kawasaki

Akhir sekali, jika anda peminat setia ‘Hijau Kawasaki’, warna itu juga hanya boleh didapati pada model H2 SX SE. Jadi sila bersiap sedia pecahkan tabung anak atau orang rumah sekali. 😉

cornering light harga kawasaki H2 SX harga kawasaki ninja h2 sx Intertial Measurement Unit Kawasaki Ninja H2 ninja h2 sx ninja h2 sx se
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
Sukan Permotoran

Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

26/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

25/05/2026
Roda2

Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

20/05/2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
Roda2

BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.