Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nak Susun Semula Kiraan Cukai Jalan Kereta ICE? Ini Jawapan Menteri…
Auto Terkini

Nak Susun Semula Kiraan Cukai Jalan Kereta ICE? Ini Jawapan Menteri…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGUMUMAN kadar cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Lok Siew Fook menjadi topik perbincangan hangat khususnya kalangan pemilik kenderaan petrol dan diesel.

Ada beberapa netizen bertanyakan tentang apa pula pendekatan dilakukan Kerajaan dan Kementerian Pengangkutan untuk pengguna dan pemilik kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sebenarnya, persoalan tentang ICE ada diutarakan kepada Loke pada sidang media tengah hari tadi yang menyentuh tentang kadar bayaran cukai jalan ICE. Berikut soalan diajukan dan jawapan beliau:

Soalan: Ada rancangan susun semula cukai jalan ICE?

Loke;

Tiada. Kerana kami sedang menggalakkan penerimaan dan penggunaan EV (kenderaan elektrik). Saya merasakan kadar cukai jalan ICE semasa adalah sudah cukup rendah.

“Ia sudah mampu dimiliki dan kami mahu jadikan EV lebih mampu milik dan menarik. Sebab itu kami fokus kepada pengurangan (kadar fi) cukai jalan EV.”

Soalan: Komen YB tentang cukai jalan ICE berasaskan CO2?

Loke;

Ini sebabnya kita kata yang pertamanya kita nak menggalakkan (peralihan) ke arah EV. Dan kami hasilkan struktur cukai jalan ini (EV).

“Untuk kenderaan ICE sedia ada, sudah tentu buat masa ini kami tidak mengambil apa-apa tindakan tentang perubahan berhubung cukai jalan kerana kebanyakan pengguna dan rakyat kita menggunakan kenderaan ICE.

“Sekiranya kita nak meningkatkan kadar (cukai jalan ICE), mungkin itu akan menjejaskan… menjadi kos kepada mereka. Setakat ini, kita belum mengamalkan pendekatan itu.

“Kalau kita nak melihat perubahan lain… umpamanya menggunakan (kiraan) kadar CO2 (emisi), sudah tentu kadar (bayaran cukai jalan) adalah lebih tinggi. Jika ia lebih tinggi (mahal), bebannya ditanggung orang awam. Ditambah pula dengan rasionalisasi subsidi dan lain-lain.

“So, we are not looking into that (tidak melihat pendekatan CO2). What we’re looking at is to encourage the adoption of EV (apa yang kami lakukan adalah menggalakkan penerimaan EV).

“That’s why we are lowering down the roadtax for EV (sebab itu kami turunkan harga untuk cukai jalan EV).”

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini cukai jalan EV 2026 Kementerian Pengangkutan Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.