Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nahas Treler RnR USJ: Ini Punca Treler Rempuh 9 Beranak dalam Wira
Auto Terkini

Nahas Treler RnR USJ: Ini Punca Treler Rempuh 9 Beranak dalam Wira

Han OthmanBy Han Othman18/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIANG tadi kita dikejutkan dengan insiden kemalangan ngeri melibatkan sebuah treler merempuh tiga kenderaan hingga menyebabkan 10 mangsa maut di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Shah Alam dekat Hentian Rehat dan Rawat (RnR) USJ.

Lebih menyayat hati, lapan daripada mangsa itu adalah anak-beranak (ibu bersama tujuh anaknya) dalam kereta jenis Proton Wira dipandu suaminya. Mungkin ada mencari apakah punca kejadian.

BACA >>> 8 Kanak-Kanak, Termasuk Bayi 10 Bulan, dan 2 Dewasa Maut Nahas Treler di RnR USJ
BACA >>> Treler Langgar Jejambat, Penunggang Motosikal Nyaris Tergolek Elak Konkrit Jatuh

PUNCA KEMALANGAN?

Menurut laporan dipetik portal MStar, punca kemalangan bermula apabila bateri Proton Wira dinaiki mangsa rosak hingga menyebabkan mereka tersadai di lorong kecemasan.

Disebabkan hujan lebat, hanya suami mangsa keluar meminta bantuan, manakala isteri ditinggalkan bersama anak dalam kereta. Juga dimaklumkan beberapa kereta berhenti untuk memberikan bantuan ‘jumper’ dan ketika itulah treler datang merempuh mereka dan mangsa lain.

Selain kereta mangsa, ada dua lagi kereta berhenti untuk memberikan bantuan, dan salah satu ialah milik Muhamad Rohimi Rolex, 27, yang juga mekanik dan kenalan pemandu Wira rosak.

Mengenai pemandu treler berumur 37 tahun, ujian alkohol dan air kencing menunjukkan keputusan negatif, tetapi polis melanjutkan perintah reman hingga 21 Disember ini untuk membantu siasatan.

BUTIRAN KEMALANGAN

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira tengah malam semalam, mangsa terlibat ialah:

  • 3 kereta – Dua Proton Wira, satu Perodua Axia
  • 1 treler
  • 17 mangsa keseluruhan
Mangsa Maut
  • 1 lelaki dewasa dalam Wira.
  • 1 perempuan dewasa dan lapan anak (terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan, termasuk bayi 10 bulan) dalam satu lagi Wira. Terperosok bawah treler.
Mangsa cedera:
  • 1 lelaki dalam Axia – patah kaki; 1 perempuan dewasa dalam kereta sama – cedera ringan.
  • Pemandu treler dan dua kanak-kanak dalam kenderaan itu terselamat.
  • Suami mangsa dan bapa kepada lapan beranak selamat.

SUMBER: MStar

Auto Terkini kemalangan Nahas Treler RnR USJ
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.