Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MV Agusta Rancang Hidupkan Semula Jenama Cagiva Tahun Depan
Auto Terkini

MV Agusta Rancang Hidupkan Semula Jenama Cagiva Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MV AGUSTA akan menghidupkan semula jenama ikonik Cagiva, tetapi bukan sebagai jenama untuk motosikal 4-lejang, apatah lagi 2-lejang, tetapi elektrik!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov berkata, Cagiva akan membantu MV Agusta melangkah masuk dalam segmen motosikal elektrik menerusi pengenalan barisan model ekonomi bagi tujuan kegunaan dalam bandar.

“Pengeluaran Cagiva akan bermula tahun depan, mungkin awal 2021 dan menumpukan kepada mobiliti elektrik urban. Kami tidak akan hasilkan skuter. Motosikal itu nanti akan mudah ditunggang, dan bawah 4kW,”  katanya.

BACA >>> Cagiva Mito 125 – Legenda Sportbike 2-Lejang yang Pernah Jadi Mainan Rossi

Tetapan trenkuasa 4kW (atau 5.3hp) akan menyaksikan pengenalan motosikal elektrik untuk mengisi jurang antara basikal elektrik dan sportbike elektrik.

Cagiva dijadualkan kembali tahun depan untuk membantu MV Agusta mencapai sasaran jualan 25,000 unit motosikal. Setakat ini belum ada sebarang foto acah atau lakaran artis mengenai motosikal elektrik Cagiva.

Cagiva diasaskan pada 1950 dan 1978 yang mana pengeluar motosikal itu turut terlibat dalam pengeluaran jentera sukan lumba off-road. Pengeluar dari Itali itu banyak menempuh jatuh bangun dalam industri permotoran, termasuk beberapa kali bertukar pemilik sebelum akhirnya terkubur dalam pasaran.

Model terakhir Cagiva dikeluarkan pada 2012 ketika masih dalam pemilikan MV Agusta.

BACA >>> MV Agusta Terima Dana 5 Tahun, Mahu Fokus Segmen Premium dan Pertengahan

SUMBER: Riders | Electrek

Auto Terkini cagiva Cagiva EV motosikal elektrik MV Agusta Timur Sardarov
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.