Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»MV Agusta Jual Basikal Kayu Gaya Motosikal GP Vintaj, Harga RM810
Aksesori

MV Agusta Jual Basikal Kayu Gaya Motosikal GP Vintaj, Harga RM810

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MV AGUSTA cukup sinonim dengan tawaran pelbagai motosikal mewah prestasi tinggi, termasuk model fairing penuh seperti F4 dan Superveloce 800 serta versi naked bike Rush 1000 dan Brutale.

Jenama motosikal asal Itali itu baru-baru ini menghasilkan model istimewa untuk kanak-kanak, iaitu basikal imbang gaya GP vintaj yang dihasilkan daripada kayu dan kini sudah dijual di pasaran Eropah.

Basikal kayu vintaj itu dibina menggunakan rekabentuk jentera lumba yang pernah ditunggang pelumba legenda Giacomo Agostini yang mencatatkan 311 kali kemenangan. Malah seragam merah-putih dengan nombor lumba ‘1’ digunakan juga sama seperti terdapat pada jentera Agostini.

Basikal imbang itu dibina berasaskan rekod sejarah kemenangan sukan lumba motosikal MV Agusta 1960-1970-an, membabitkan 15 kejuaraan dunia, 123 kemenangan Grand Prix (GP), 18 kejuaraan Itali dan 10 trofi pelancong.

‘Motosikal kayu’ itu dikhaskan untuk budak atau kanak-kanak berusia antara 18 bulan dan 5 tahun, bertujuan melatih mereka mengimbangkan diri dengan lebih yakin ketika menaiki kenderaan dua roda.

Basikal itu turut mendapat kelulusan keselamatan alat permainan Kesatuan Eropah (EU) dan djual pada harga cuma €165 (RM810). Jangan terkejut, basikal kayu mesra alam ini juga diberikan waranti pengilang selama satu tahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
BACA >>> Kajian: Lorong Basikal Punca Lebih Banyak Pencemaran Alam Sekitar?

SUMBER: MVAgusta | Bike-News

Basikal Kayu MV Agusta Basikal MV Agusta Giacomo Agostini MV Agusta
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.