Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu
Roda2

#Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA motosikal premium, BMW Motorrad dilihat semakin hampir memperkenalkan S1000 RR generasi baharu 2027 apabila sebuah prototaip model itu berjaya dikesan menjalani ujian di Litar Nürburgring, Jerman. Penemuan itu hadir hanya beberapa hari selepas imej Concept RR muncul dalam dokumen pemfailan tanda dagangan, sekali gus menguatkan petanda bahawa superbike ikonik tersebut kini berada di fasa akhir pembangunan.

Berdasarkan imej yang tersebar, motosikal itu kelihatan hampir bersedia untuk memasuki fasa pengeluaran. Ia sudah dilengkapi lampu hadapan, panel suis, paparan TFT dan komponen lain yang menyerupai model produksi, menunjukkan pelancarannya mungkin tidak lagi mengambil masa yang lama.

Tiada Lagi ‘Wonder Wheel’, Casis Serba Baharu Jadi Tumpuan

Antara perubahan paling ketara ialah kehilangan Multi-Function Controller atau lebih dikenali sebagai ‘Wonder Wheel‘ pada bahagian kiri hendal. Sistem yang mula diperkenalkan BMW sejak 2013 itu sebelum ini menjadi identiti kebanyakan model sport, touring dan adventure jenama Jerman berkenaan.

Sebagai gantinya, BMW menggunakan suis jenis joystick empat arah bersama beberapa butang kawalan mod tunggangan dan tetapan motosikal. Selain itu, casis utama juga dipercayai direka semula sepenuhnya dengan kedudukan subframe serta tapak pemijak kaki penunggang dipasang menggunakan konfigurasi berbeza berbanding S1000 RR generasi semasa.

Rekaan Lebih Dekat Dengan Model Semasa

Dari segi penampilan, prototaip tersebut dilihat lebih menyerupai S1000 RR sedia ada berbanding Concept RR yang diperkenalkan di acara Villa d’Este pada 2025. Lampu hadapan tampil lebih besar dan konvensional, manakala winglet aerodinamik pada fairing kini menerima rekaan baharu dengan tambahan plat hujung di bahagian atas dan bawah bagi meningkatkan kecekapan aliran udara.

Sistem suspensi hadapan masih menggunakan komponen Marzocchi, manakala perubahan menarik turut melibatkan sistem brek apabila prototaip itu dipasang dengan angkup brek Brembo Hypure, iaitu spesifikasi premium yang turut digunakan pada model seperti Ducati Panigale V4, Norton Manx R dan Honda CBR1000RR-R Fireblade.

Berpotensi Debut Rasmi di EICMA 2026

Setakat ini, BMW Motorrad masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran S1000 RR generasi baharu tersebut. Namun, melihat kepada tahap kesediaan prototaip yang sudah hampir menyerupai model produksi, ramai menjangkakan ia akan membuat penampilan sulung pada pameran motosikal EICMA 2026 di Milan, Itali sekitar November ini.

Sekiranya benar, model baharu itu dijangka membawa peningkatan bukan sahaja dari aspek aerodinamik dan ergonomik, malah turut menerima penambahbaikan pada teknologi elektronik serta prestasi bagi memastikan BMW S1000 RR terus kekal sebagai antara penanda aras dalam segmen superbike satu liter.

SUMBER: VisorDown

BMW Motorrad BMW S1000 RR 2027 EICMA 2026 Litar Nurburgring superbike winglet Wonder Wheel
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Adventure Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.