• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Lorong Basikal Punca Lebih Banyak Pencemaran Alam Sekitar?

Kajian: Lorong Basikal Punca Lebih Banyak Pencemaran Alam Sekitar?

December 14, 2020 By AI Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LORONG khas untuk penunggang basikal kini semakin banyak disediakan pihak berkuasa di kaki lima sekitar bandar utama pelbagai negara, termasuk Malaysia.

Seiring misi mobiliti hijau yang mahu dilaksanakan Eropah dan banyak negara dunia lain, penggunaan basikal kian popular. Malaysia juga tidak terkecuali apabila aktiviti berbasikal kini mula menjadi trend riadah dan bersukan yang dapat dilihat di taman rekreasi dan jalan raya. Malah laluan lebuh raya turut menjadi sasaran berbasikal.

Di Eropah misalnya, memang timbul permintaan daripada kalangan pengguna supaya disediakan lorong khas basikal untuk menggalakkan orang ramai berbasikal dan mengurangkan jumlah kenderaan atas jalan.

Namun, kajian pasukan saintis dari UK baru-baru ini mendedahakan kewujudkan lorong basikal sebenarnya lebih berbahaya dan menyebabkan lebih banyak pencemaran.

BACA >>> Ford Bangunkan Sistem Amaran Keluar Kereta, Elak Dirempuh Penunggang Basikal

lorong-basikal-uk-1
lorong-basikal-uk-2

Berdasarkan hasil kajian didedahkan akhbar The Telegraph, tinjauan waktu puncak pagi dan petang di laluan basikal di Harrow, London, lorong basikal didapati bertukar jadi empat lorong hingga mengambil laluan untuk kenderaan lain. Ini membuatkan kenderaan lain bergerak perlahan, dan  berada lebih lama dalam trafik, sekali gus menyebabkan berlaku lebih banyak pencemaran.

Menurut kajian, ada lebih 34,000 kenderaan di lapan laluan jalan yang disediakan lorong basikal. Namun, daripada ribuan kenderaan itu, cuma 608 penunggang basikal yang diambil kira. Kajian juga mendedahkan, Kerajaan memperuntukkan £6,153 (RM33,190) untuk membina lorong basikal yang hanya digunakan seorang penunggang yang berulang-alik menggunakan laluan khas tersebut.

Sekiranya skim itu berterusan hingga 2030, situasi itu melibatkan pembayar cukai di Britain yang bernilai kira-kira £400 juta (RM2.1 bilion) setahun.

BACA >>> Penunggang Basikal Maut Kena Langgar Myvi
BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R

SUMBER: MotoPinas

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktiviti Berbasikal, auto terkini, kajian, Kajian UK, Lorong Basikal, Lorong Basikal Berbahaya, lorong sikal, Penunggang Basikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my