• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

#TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

February 17, 2021 By Aryon Leave a Comment

336
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENUNGGANG basikal sudah jadi trend popular masa kini dengan pelbagai jenis model boleh dibeli di pasaran. Walaupun jenis basikal hari ini bercirikan multi-jantina, juga disebut uniseks, tetapi sebenarnya memang ada perbezaan antara basikal lelaki dan perempuan.

Hari ini mari kita belajar serba sedikit perbezaan antara basikal lelaki dan perempuan.

Basikal lelaki biasanya ada palang lintang (crossbar) yang melintang rata antara bahagian hendal dan pelana, sebaliknya palang lintang basikal perempuan senget ke bawah. Kenapa direka begitu?

Jawapannya, pada awal ciptaan basikal di Eropah dulu, terutama era Victoria (abad ke-18) golongan wanita biasanya memakai pakaian jenis gaun atau skirt labuh ketika di luar rumah.

Jadi dalam pemikiran pereka basikal (lelaki) pada masa itu, palang lintang akan menyukarkan wanita mengangkat dan melangkah kaki mereka. Malah boleh tersadung kerana pakaian gaun itu sendiri membuatkan wanita tidak dapat melihat kaki mereka.

Iklan basikal pada 1971. Lihat ada perbezaan antara basikal lelaki dan perempuan.

Jadi rekabentuk basikal perempuan direka dengan frem jenis langkah bawa step-through, juga jenis frem sama digunakan pada motosikal jenis kapcai, dan skuter. Ia juga menjadi simbolik untuk orang ramai mengenali masa ada basikal itu milik penunggang lelaki atau perempuan.

basikal-perempuan-5
basikal-perempuan-1
basikal-perempuan-4

Walaupun bukan satu kemestian, tetapi boleh dikatakan orang lelaki sama sekali tidak akan membeli basikal dengan palang lintang ke bawah, sebaliknya tiada masalah untuk perempuan menunggang basikal yang bukan khas untuk jantina mereka.

Bagaimanapun rekabentuk sebegitu lebih kepada basikal gaya klasik dan bukan basikal moden masa kini, atau jenis basikal jalanan (road bike). Lagipun, perempuan hari ini sudah tidak lagi menunggang dengan memakai skirt atau gaun.

Penjual basikal sekarang tidak lagi membezakan jenis basikal mengikut jantina, tetapi menyarankan pembeli membeli basikal mengikut postur badan, keselesaan dan tujuan tunggangan, termasuk ciri komponen dimahukan seperti pelana, bar hendal, suspensi dan lain-lain.

Malah, banyak juga pengeluar basikal prestasi bereksperimen dengan basikal dengan palang lintang ke bawah dan tidak rigid pada gaya horizontal rata semata-mata.

Jadi kepada penunggang wanita yang mahu membeli basikal, berikut beberapa kriteria yang perlu anda pertimbangkan:

  • Pelana: Basikal perempuan memiliki pelana lebih pendek dan lebar. Namun, bagi basikal prestasi, penunggang wanita kerap memilih pelana jenis tirus untuk memudahkan kayuhan. Apapun, ini bukan isu besar kerana bahagian pelana adalah antara aksesori yang biasanya ditukar untuk disesuaikan dengan keselesaan penunggang.
  • Stem: Bahagian batang hendal ini antara komponen paling banyak ditukar sebaik saja membeli basikal. Pemilihan saiz stem yang pendek atau panjang adalah cara mudah memadankan sesebuah basikal dengan fizikal dan gaya tunggangan. Misalnya, perbezaan stem akan membuatkan posisi bar hendal lebih untuk memberikan lebih keselesaan menunggang.
  • Bar hendal: Secara purata, wanita memiliki bahu lebih tirus berbanding lelaki. Jadi bar hendal tirus diperlukan. Jika bahu rasa sakit selepas menunggang, itu menunjukkan bar hendal perlu ditukar.
  • Suspensi: Penunggang dengan berat badan ringan memerlukan suspensi yang ditala mengikut berat mereka. Boleh lakukan di kedai atau buat sendiri di rumah
  • Tuil brek: Penunggang ertubuh rendah memiliki tangan kecil yang menyukarkan jari mereka mencapai dan menarik tuil. Sesetengah tuil ada skru boleh laras yang membolehkan kita melaraskan capaian jari. Pilihan lain ialah pasangkan tuil brek pendek.

Bagaimanapun, basikal jenis uniseks adalah pilihan terbaik boleh dibeli kerana menawarkan spesifikasi mengikut fizikal lelaki dan perempuan.

BACA >>> Kajian: Lorong Basikal Punca Lebih Banyak Pencemaran Alam Sekitar?
BACA >>> Basikal Elektrik Pertama Harley-Davidson, Serial 1 Buka Tempahan, Harga Mula RM13.8k

Artikel Berkaitan

336
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, basikal, Basikal Perempuan, roda2, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my