Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mr Bean Seronok Pandu Toyota GR Yaris Kuasa Hidrogen
Auto Terkini

Mr Bean Seronok Pandu Toyota GR Yaris Kuasa Hidrogen

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ROWAN Atkinson atau lebih popular sebagai Mr Bean muncul di Goodwood baru-baru ini dengan memandu Toyota GR Yaris H2 Concept sebagai sokongan terhadap bahan api alternatif, hidrogen.

Menurut Atkinson, kereta itu masih menggunakan enjin 3-silinder 1.6L pengecas turbo standard, tetapi sistem pengurusan enjin diubah suai supaya menggunakan hidrogen. Ini bukan kenderaan sel bahan api, tetapi menggunakan hidrogen yang disuntik terus ke dalam enjin untuk pembakaran dalaman (ICE).

Menurut aktor itu, yang turut memiliki GR Yaris,  kereta konsep berkuasa hidrogen itu amat seronok dan beliau turut memuji Toyota dan Formula Satu (F1) kerana berusaha memastikan trenkuasa ICE terus hidup dengan bahan api alternatif bersih.

Toyota juga sedang membangunkan prototaip GR H2 Le Mans sebagai jentera lumba dengan bahan api hidrogen pada 2026. F1 pula akan beralih kepada trenkuasa hibrid dengan bahan api mampan dalam tempoh masa sama.

Atkinson ialah pemegang ijazah kejuruteraan elektrik dan elektronik, serta menjadi kritikal terhadap kereta elektrik hingga menulis artikel untuk Guardian yang mendakwa dia rasa ‘ditipu’.

Dalam artikel itu, beliau menggalakkan pengeluar automotif meneroka bahan api alternatif seperti hidrogen sebagai cara menggalakkan kemampanan enjin ICE.

Namun, itu bukan bermakna dia tidak menyukai idea kereta elektrik (EV), cuma EV dengan bateri litium-ion yang berat dan mahal bukan ‘penawar alam sekitar’ seperti didakwa.

Selain Toyota GR Yaris, Atkinson juga memiliki (atau pernah memiliki) McLaren F1, Lancia Delta Integrale HF, dan Acura NSX.

BACA >>> 5 Ciri Toyota GR Corolla (2022) yang Lebih Berkuasa daripada GR Yaris!
BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!

SUMBER: Motor1

Auto Terkini Enjin ICE Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) Goodwood Festival of Speed GR Yaris H2 Concept (2023) mr.bean Rowan Atkinson Trenkuasa ICE
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.