Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MPV Super Mewah Lexus LM350 Lancar di Malaysia, Harga RM1.1j!
Roda4

MPV Super Mewah Lexus LM350 Lancar di Malaysia, Harga RM1.1j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS Malaysia hari ini melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah baharu, LM350 (2021), iaitu model import penuh (CBU) dari Jepun, direka khas buat mereka yang mementingkan keselesaan, kemewahan dan kehalusan rekabentuk.

LM350 (LM bermaksud Luxury Mover) mengetengahkan rekaan eksklusif Lexus dan didatangkan dengan empat kerusi yang memberikan ekstra ruang kepada penumpang. Dijual pada harga RM1,145,000, pembelian MPV ini akan dipakejkan bersama waranti lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

Berikut ciri menarik LM 350 (2021):

  • Datang dalam dua pilihan warna, White Pearl Crystal Shine (putih) dan Black (hitam). Bahagian dalaman turut ditawarkan dua pilihan warna iaitu Black (hitam) dan White (putih) serta dipadankan kemasan Gin-Sui-Boku (cat perak) yang diilhamkan daripada lukisan cat Jepun.

  • Trenkuasa digunakan enjin 4-lejang 24-injap petrol V6 3.5L aspirasi natural (NA) berkuasa 296hp dan tork 361Nm serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Bahagian depan menampilkan gril spindel besar sebagai rekaan signatur Lexus, lampu depan dan lampu siang (DRL) LED yang memberikan fiil sofistikated. Lampu belakang juga LED yang direka bersambung sepanjang pintu but dari sisi ke sisi.

  • Antara model Lexus terbesar dengan panjang 5,040mm, lebar 1,850mm dan tinggi 1,895mm. Bagaimanapun, bahagian sisi diberikan rekaan dinamik 3-dimensi untuk menyerlahkan ciri premium tanpa menjadikan saiz kenderaan yang besar terlalu menonjol.

  • Ruang kabin menghidangkan unit infotainment skrin sentuh 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Port pengecas wayarles turut disediakan di konsol tengah.

  • Tempat duduk baris belakang menggunakan kerusi jenis VIP Lounge Seats dengan kemasan kulit semi-anilin dan dilengkapi busa (foam) responsif AdaptiPedic mengikut bentuk badan penumpang untuk memberikan keselesaan dan postur badan betul.
  • Kerusi ini juga mempunyai fungsi urut dengan tujuh program tetapan urutan dan lima tahap tekanan. Juga ada ciri pengudaraan untuk mengurangkan haba dengan efektif.
  • Bahagian belakang dilengkapi sistem hiburan peribadi dengan skrin 26 inci dan 720 piksel definisi tinggi (HD) dengan pelbagai pilihan sambungan media dan cakera Blu-Ray. Ada juga disediakan peti sejuk 14 liter untuk menyimpan minuman.

  • Hadir dengan bumbung bulan kembar Twin-Moonroof dan lampu ambien dalam 16 warna pilihan. Sistem audio mendapatkan khidmat Mark Levinson yang dilontarkan menerusi 19 pembesar suara.
  • Sistem suspensi menggunakan jenis strut MacPherson di depan dan Double Wishbones di belakang yang dilengkapi absorber injap ayun (swing valve shock absorber).
  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu Lexus Safety System+ (LSS+) yang terdiri daripada ciri Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi Henti-Jalan (Stop & Go), Amaran Tukar Lorong (LDA), Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Ciri keselamatan standard diberikan ialah Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Pemantau Titik Buta (BSM), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Pemantau Tekanan Tayar, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan tujuh beg udara.

BACA >>> #PanduUji: Berbaloi Tak Beli Lexus RX 300 F Sport Edisi Naik Taraf Ini?
BACA >>> MPV Super Mewah, Lexus LM350 Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.1 Juta

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Lexus lexus lm 350 Lexus Malaysia MPV MPV Mewah Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.