• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MPV Super Mewah, Lexus LM350 Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.1 Juta

MPV Super Mewah, Lexus LM350 Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.1 Juta

December 24, 2020 By AI Leave a Comment

287
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS Malaysia membuka tempahan model kenderaan pelbagai guna (MPV), LM350 untuk pasaran Malaysia pada harga jualan RM1.14 juta. Bagaimanapun harga di Langkawi lebih murah, iaitu RM688,000.

LM350 dijana enjin 3.5L V6 berkuasa 296hp dan tork 361Nm, manakala transmisi jenis anjakan terus (direct-shift) automatik 8-kelajuan untuk hantaran kuasa lancar ke roda depan.  Apa ciri lain yang menarik tentang MPV mewah dari Jepun ini?

Luaran
  • Menampilkan rekabentuk badan dinamik dan elegan dengan gril spinder ikonik yang diapit lampu depan projektor LED ultra kompak.
  • Garis pinggang yang tinggi menawarkan ruangan lebih lapang.
  • Rim 18 inci metalik krom.
  • Ditawarkan dalam dua warna pilihan: Black (hitam) dan White Pearl Crystal Shine (putih mutiara).
Ciri Keselamatan
  • LM350 dilengkapkan 7 beg udara dengan teknologi bantuan pemandu Lexus Safety System + (LSS+), terdiri daripada:
    • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
    • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
    • Bantuan Pengesan Lorong (LTA)
    • Amaran Tukar Lorong (LDA)
    • Lampu Tinggi Adaptif (AHB)
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
Dalaman

  • Kemasan upholsteri menggunakan material kulit semi-anilina.
  • Ruang kabin dihidangkan unit infotainment skrin sentuh 12.3 inci dengan pad sentuh dan konektiviti telefon pintar Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ruang belakang tersedia dua kerusi lounge VIP jenis AdaptiPedic yang boleh lipat rata berserta fungsi urutan Ottoman dan  pemanas-penyejuk.
  • Sistem audio menggunakan 19 unit pembesar suara Mark Levinson.

  • Ruang belakang juga disediakan skrin definisi tinggi (HD) penuh 26 inci yang boleh memainkan audio dan video, termasuk opsyen sambungan untuk mengadakan mesyuarat.
  • Juga ada ciri privasi menerusi pengadang cermin yang boleh naik-turun menerusi kawalan punat.
  • Ada peti sejuk mini untuk menyimpan minuman.

LM350 dijadualkan berada di pasaran pada Mei 2021. Pemilik pertama akan menerima kunci pada bulan berikutnya. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

BACA >>> Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman

Lexus LM350_4
lexus-lm350-malaysia-9
Lexus LM350_6
Lexus LM350_5
lexus-lm350-malaysia-10
Lexus LM350_1
lexus-lm350-malaysia-5
Lexus LM350_2
lexus-lm350-malaysia-18
Lexus LM350_3
lexus-lm350-malaysia-6
lexus-lm350-malaysia-7
lexus-lm350-malaysia-2
lexus-lm350-malaysia-4
Lexus LM350_3
Lexus LM350_1
lexus-lm350-malaysia-15
Lexus LM350_2
lexus-lm350-malaysia-12
lexus-lm350-malaysia-1
lexus-lm350-malaysia-3
lexus-lm350-malaysia-8
lexus-lm350-malaysia-11
lexus-lm350-malaysia-13
lexus-lm350-malaysia-14
lexus-lm350-malaysia-16
lexus-lm350-malaysia-17
287
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Lexus, Lexus Lm, Lexus LM350, Lexus Malaysia, MPV, MPV Mewah, Pra tempahan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
    TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my