Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Marc Marquez Cipta Sejarah Baharu Dengan Kemenangan Ke-100 Di GP Hungary
MotoGP

#MotoGP2026: Marc Marquez Cipta Sejarah Baharu Dengan Kemenangan Ke-100 Di GP Hungary

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez, terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pelumba terhebat dalam sejarah perlumbaan motosikal apabila meraih kemenangan ke-100 dalam karier Grand Prix selepas menjuarai MotoGP Hungary 2026 di Litar Balaton Park.

Kejayaan itu meletakkan namanya sebaris dengan legenda perlumbaan seperti Giacomo Agostini dan Valentino Rossi yang turut pernah mencapai angka kemenangan tiga digit sepanjang karier mereka.

Persaingan Sengit Sepanjang Perlumbaan

Lebih manis, kemenangan tersebut hadir selepas Marquez melalui tempoh panjang pemulihan kecederaan dan berjaya melengkapkan hujung minggu sempurna dengan menjuarai Sprint serta perlumbaan utama.

Di belakang Marquez, Pedro Acosta dari Red Bull KTM Factory Racing menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas memberi tentangan sengit, manakala rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia, melengkapkan podium di kedudukan ketiga.

Drama Besar Selekoh Pertama Libatkan Pencabar Kejuaraan

Perlumbaan bermula dengan insiden besar di Selekoh 1 apabila Jorge Martin dari pasukan Aprilia Racing kehilangan kawalan ketika membrek selepas jentera Aprilianya kelihatan mengalami masalah pada bahagian hadapan.

Kemalangan tersebut mencetuskan kesan berantai yang turut membabitkan pendahulu kejuaraan dan rakan sepasukan Martin, Marco Bezzecchi, Raul Fernandez (Superfile Trackhouse), Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing) dan Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing).

Kesemua lima pelumba terjatuh, namun hanya Di Giannantonio berjaya meneruskan perlumbaan. Martin dan Bezzecchi kemudian dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut, namun kedua-duanya dilaporkan tidak mengalami sebarang patah tulang. Susulan insiden itu, Martin dikenakan hukuman dua Long Lap Penalty yang akan dilaksanakan pada perlumbaan seterusnya.

Acosta Beri Cabaran Awal Kepada Juara Dunia

Marquez yang bermula cemerlang pada awal perlumbaan bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila Acosta memintasnya di Lap 2 untuk mendahului perlumbaan. Pelumba muda Sepanyol itu menunjukkan rentak mengagumkan apabila berjaya membuka jurang melebihi satu saat di hadapan Marquez selepas beberapa pusingan.

Sementara itu, Bagnaia mengambil kesempatan daripada kekecohan di Selekoh 1 untuk mengukuhkan kedudukan ketiga, jauh di hadapan kelompok pelumba yang diketuai pelumba Prima Pramac Yamaha, Jack Miller .

Di bahagian tengah perlumbaan, turut berlaku sentuhan antara Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) dan Joan Mir (Honda HRC Castrol) yang menyebabkan Bastianini dikenakan Long Lap Penalty sebelum tercicir ke kelompok belakang.

Pertarungan Marquez-Acosta Jadi Tumpuan

Selepas tayar belakang medium Ducati mencapai suhu operasi optimum, Marquez mula meningkatkan tekanan terhadap Acosta. Jurang yang pernah mencecah 1.6 saat mula mengecil secara konsisten sebelum Marquez berjaya menghampiri Acosta menjelang pertengahan perlumbaan.

Pertarungan sebenar tercetus pada Lap 14 apabila kedua-dua pelumba bertukar posisi beberapa kali dalam aksi yang mendebarkan penonton.

Marquez terlebih dahulu cuba memintas di Selekoh 9, namun Acosta berjaya mendapatkan semula kedudukan pendahulu. Tidak lama kemudian, juara dunia itu sekali lagi melancarkan serangan di Selekoh 15 tetapi masih gagal menembusi pertahanan pelumba KTM tersebut. Pada lap berikutnya, Marquez kembali mencuba di lokasi sama dan kali ini berjaya memintas Acosta dengan kemas sebelum terus membuka jurang.

Ducati, Marquez Kembali Tunjuk Taring

Selepas merampas semula kedudukan pendahulu, Marquez terus mencatat rentak luar biasa apabila mencipta pusingan terpantas perlumbaan 1 minit 38.313 saat. Menjelang enam lap terakhir, jurang ke atas Acosta meningkat kepada lebih 1.5 saat sekali gus memberi petanda jelas bahawa kemenangan tidak lagi mampu dicabar.

Bendera penamat akhirnya mengesahkan kemenangan pertama Marquez musim ini, selain menghadiahkan kemenangan ke-100 Grand Prix dalam kariernya dan kemenangan ke-100 buat Ducati. Lebih penting, kejayaan tersebut menjadi isyarat bahawa juara dunia bertahan itu kini benar-benar kembali berada pada prestasi terbaik menjelang baki musim 2026.

Acosta Cemerlang, Bagnaia Terus Konsisten

Walaupun gagal menamatkan perlumbaan di tangga teratas, Acosta tetap boleh berbangga kerana menjadi satu-satunya pelumba yang mampu memberi tekanan kepada Marquez sepanjang perlumbaan. Keputusan tempat kedua turut memberikan kutipan mata berharga dalam perebutan kejuaraan selepas beberapa pencabar utama gagal memperoleh mata atau sekadar mengutip mata minimum.

Bagnaia pula meneruskan momentum positif apabila meraih podium ketiga berturut-turut selepas sekali lagi menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Keputusan Lengkap Mata GP Hungary

Ai Ogura (Superfile Trackhouse) meneruskan prestasi cemerlang dengan menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas memintas Luca Marini (Honda HRC Castrol Factory) pada penghujung perlumbaan. Marini membawa pulang keputusan kelima, manakala rookie Brazil, Diogo Moreira (Pro Honda LCR), mencipta keputusan terbaik MotoGP setakat ini menerusi kedudukan keenam.

Iker Lecuona yang menggantikan Alex Marquez turut mencuri perhatian apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Jack Miller meraih kedudukan kelapan, diikuti Enea Bastianini dan Brad Binder(Red Bull KTM Factory) yang melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Toprak Razgatlioglu dari pasukan Prima Pramac Yamaha pula mencatat keputusan terbaiknya dalam MotoGP setakat ini dengan kedudukan ke-11, manakala Fabio Di Giannantonio berjaya bangkit daripada kemalangan awal untuk mengutip mata di tempat ke-12.

Alex Rins (Monster Energy Yamaha), Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46) dan Maverick Vinales (Red Bull KTM Tech3) melengkapkan senarai pelumba yang berjaya membawa pulang mata dari Balaton Park.

Seterusnya: GP Republik Czech di Brno

Dengan kemenangan bersejarah ini, tumpuan kini beralih ke GP Republik Czech di Brno yang akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kebangkitan Marquez, prestasi konsisten Acosta dan perebutan kejuaraan yang semakin sengit dijangka menjadi antara cerita utama yang bakal mewarnai pusingan seterusnya musim MotoGP 2026.

SUMBER: MotoGP

Aprilia Racing Balaton Park BK8 Gresini Racing Ducati Lenovo Francesco Bagnaia GP Hungary GP Republik Czech jorge martin Marc Marquez MotoGP2026 Pedro Acosta Pertamina Enduro VR46 Racing Red Bull KTM Factory Racing Superfile Trackhouse
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Moto3

    #Moto32026: Insiden Awal Hentikan Cabaran Hakim Danish Di GP Hungary

    08/06/2026
    Moto3

    Hakim Danish Cipta Sejarah Di Mugello, MB Terengganu Sifatkan Kejayaan Luar Biasa

    03/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Dijangka Kembali Berlumba Di Mugello

    28/05/2026
    Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.