Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»MotoGP 19 Kini dengan Kepermainan AI Lebih Pintar yang Betul-Betul Mencabar!
Autotainment

MotoGP 19 Kini dengan Kepermainan AI Lebih Pintar yang Betul-Betul Mencabar!

ZYBy ZY19/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Nama Permainan: MotoGP 19
Pembina: Milestone S.R.L
Pengedar: Milestone S.R.L
Platform: Sony Playstation 4 Slim

KEPADA peminat permainan video @ game, khususnya simulasi perlumbaan motosikal, siri MotoGP daripada Milestone ini memang pembelian wajib setiap tahun.

Memang diakui, berbanding simulasi perlumbaan kereta yang lebih banyak menerima penghalusan dari segi grafik dan kawalan permainan, simulasi perlumbaan motosikal masih ketinggalan. Bagaimanapun untuk MotoGP 19 tahun ini, ada banyak pembaharuan yang kami yakin dapat mendekatkan lagi jurang dengan simulasi lain di pasaran.

Sebelum menyentuh hal kepermainan yang lebih teknikal, harus dijelaskan terlebih dahulu bahawa barisan pelumba dan jentera sudah dikemas kini mengikut musim Kejuaraan MotoGP 2019 sebenar. Jadi, anda boleh jangka Hafizh Syahrin kini bersama pasukan KTM, manakala jentera Moto2 kini dikuasakan enjin 765cc daripada Triumph dan beberapa perubahan lain lagi.

BACA >>> Kajian: Main Game Dapat Tingkatkan Skil Memandu?

Kembali semula kepada game.

Jika anda harapkan Milestone menaik taraf grafik, anda pasti kecewa kerana tiada sebarang perubahan signifikan dari segi kosmetik, tetapi kadar bingkai (framerate) turut dikunci pada 30fps (frame per second) untuk pengguna konsol seperti MotoGP 18 sebelum ini.

Jadi jika anda mahukan pengalaman lebih lancar dengan framerate lebih tinggi, dapatkan versi PC jika PC anda cukup berkuasa seperti ditunjukkan video di bawah ini.

Namun, tanpa mengira apapun platform game anda, perubahan sebenar boleh dirasai selepas anda memulakan perlumbaan, dan aksi MotoGP ini rasa lebih susah!

Salah satu kemas kini terbesar tahun ini ialah dari segi ‘kebijaksanaan’ sistem kepintaran buatan (AI). Tidak seperti sistem AI sebelum ini yang mengikut paten tertentu ditetapkan, cabaran kali ini datang daripada Neural AI.

Secara teori, Neural AI akan ‘belajar’ mengadaptasi cara tunggangan anda. Awalnya, AI ini mudah diatasi, tetapi lebih banyak anda berlumba, maka lebih banyak AI ini belajar daripada anda dan seterusnya kepermainan akan jadi lebih sukar dicabar. Bagaimanapun sistem AI bukanlah 100 peratus sempurna dan ada masanya ada kesilapan kurang pintar berlaku.

BACA >>> Siapakah Layak Digelar Pelumba 'Game Changer' MotoGP?

Antara pembaharuan dan penambahbaikan menarik ialah:

  • Career Mode – Perjalanan karier anda kini boleh terus bermula dari kelas berbeza hingga MotoGP. Ini bermakna, jika anda berminat mencuba kelas Moto2 terkini, anda boleh terus langkau ke kelas tersebut.
  • Historical Challenge – Mod baharu ini memberikan anda peluang untuk merasai sedikit banyak momen penting dalam sejarah MotoGP, pelumba legenda seperti Mick Doohan, jentera GP 500cc 2-lejang dan lain-lain.


Sayangnya, ia didatangkan sebagai DLC berharga RM20, bermakna anda perlu bayar dan muat turun berasingan, tetapi berbaloi untuk dapatkan!

  • eSport Mode – Jika anda mahu berlumba dengan pelumba lain secara atas talian, mod eShaport baru ini memberikan pengalaman atas talian terbaik berbanding siri MotoGP terdahulu. Seperti sistem eSport permainan lain, game ini menggunakan sistem rank yang mana anda dinilai berdasarkan skil dan attitude berbanding pemain lain. Jadi jika anda mahukan pengalaman yang lebih realistik, mod ini memang untuk anda.

KESIMPULAN

Keseluruhannya, MotoGP 19 bukan cuma salin semula daripada siri MotoGP 18 walaupun nampak sama. Ada sistem AI yang lebih mencabar, mod eSport yang menjadikan pengalaman atas talian lebih baik dan seimbang, dan ‘kehadiran’ pelumba dan jentera lejen (walaupun melalui DLC). Ini semua menjadikan MotoGP 19 sangat kami rekomenkan kepada kaki game dan peminat MotoGP!

PRO

  • AI lebih mencabar.
  • Pilihan mod perlumbaan lebih banyak dan menarik.
  • Mod eSport setanding simulasi lain.
  • Grafik dan fizik lebih baik daripada permainan/simulasi perlumbaan motosikal pesaing.

KONTRA

  • Framerate kurang stabil utnuk konsol atau PC spesifikasi rendah. Walaupun dikunci pada 30fps (untuk konsol), susut frem (frame drop) masih terjadi pada sesetengah bahagian dan menjejaskan fiil berlumba.
  • Grafik belum setanding simulasi lain, terutama jika sudah terbiasa dengan grafik simulasi kereta seperti Gran Turismo Sport atau Forza Motorsport 7.

BACA >>> 5 Game Simulator Perlumbaan Terbaik Sepanjang 2018

game Hafizh Syahrin motogp 19 MotoGP 2019 motogp game motogp milestone permainan video video game
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.